Surat Pilihan: Mahu Menulis Buku bagi Memotivasi Suri Rumah
Assalamualaikum, Puan Ainon, semoga Puan & Prof sentiasa dirahmati ALLAH s.w.t.. Amin.
Saya ingin menulis buku dengan tajuk "Rahsia SURIRUMAH jutawan" atau "Rahsia JUTAWANita".
Golongan "Surirumah" ini jarang dapat bergelar "jutawan". (Banyak jenis label jutawan lain-berjaya dalam bidang berlainan.)
Makna "JUTAWAN" bagi Surirumah ini bukan dari segi material sahaja.
Begitu banyak nilai-nilai intrinsik serta pengorbanan yang dibuat oleh golongan surirumah tetapi tidak mendapat "pengiktirafan" yang sebenar kerana nilai tersebut tidak dapat diukur secara material.
Ramai wanita bekerjaya dan berjaya, balik ke rumah menjadi pengurus rumahtangga SEPARUH TETAP (siang di tempat kerja, balik perlu pakai apron surirumah).
Ada juga, pengurus rumahtangga yang SAMBILAN (ini golongan surirumah yang memakai apron ketika membuat kerja-kerja sambilan dari rumah).
Ramai yang berpelajaran tinggi akhirnya, atas dasar komitmen pada keluarga, menjadi pengurus rumahtangga TETAP. Golongan ini sentiasa memakai apron dan tidak mempunyai pilihan lain, juga kerap dianggap "doormat".
Tetapi, secara KESELURUHAN, golong yang bergelar "surirumah" inilah yang berjaya mengamalkan multi-tasking.
Saya hendak membuat research dan menulis sesuatu untuk membangkitkan SEMANGAT, terutama sekali, bagi wanita-wanita yang selalu dianggap sebagai "doormat" ini.
Berilah tajuk: Kejayaan mendidik anak cemerlang, kejayaan menerap disiplin pelajar, kejayaan wanita bekerjaya, Tips menjadi isteri soleha cemerlang, ibu kepada pelajar SPM 21A, ibu angkasawan gemilang, wanita pertama menjejak kutub artik, ibu tunggal usahawan berjaya yang gigih, malah ibu/isteri pada anak/suami jutawan dsbg.
Kesimpulannya, jika ada SUAMI berjaya maka ada isteri (pemakai apron) berjaya juga, jika ada ANAK berjaya maka ada ibu (pemakai apron) berjaya, jika ada WANITA berjaya tentu sekali ada wanita (pemakai apron) berjaya dan jika ada IBU TUNGGAL berjaya tentu ada ibu tunggal (pemakai apron) berjaya juga.
Bukankah golongan "pemakai apron" ini atau surirumah atau pengurus rumahtangga layak bergelar JUTAWAN atau JUTAWANita?
Sebenarnya golongan yang bergelar "surirumah" ini juga memberi sumbangan tinggi dalam membentuk sesebuah keluarga, ekonomi, sosial, rohani yang berjaya dan stabil.
Cuma, kerapkali nilai jutawan itu atau kekayaan nilai-nilai pengorbanan itu tidak berupa wang tunai atau tidak material.
Saya tidak tahu pasaran untuk buku jenis ini. Buku ini akan menarik minat pembacakah? Bagaimana pendapat puan? Terima kasih.
RA
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(Respon ini masuk melalui emel Sifu.)
Salam.
Pandangan saya adalah berdasarkan pengalaman lalu dalam bidang ‘retail’.
Sebenarnya teori tentang ‘suri sumah tidak masuk kedai buku’ adalah tidak tepat sama sekali, kerana dalam bidang ‘retail’ para suri rumah adalah adalah target utama dan disusuli oleh kanak-kanak dan kaum bapa. Kerana kuasa membuat keputusan untuk membeli adalah terletak di tangan isteri/surirumah, walaupun suami memegang duit namun segala keputusan/kelulusan untuk membeli adalah perlu mendapat kelulusan isteri/surirumah.
Oleh sebab itulah, jika diperhatikan kanak-kanak masuk ke premis perniagaan dan mahu membeli sesuatu dia akan meminta kepada ibunya dan jika dia meminta kepada bapanya pula pasti bapanya akan meminta kanak-kanak itu meminta persetujuan dari isteri/ibu.
Oleh sebab itulah para ‘retailer’s’ mensasarkan kaum ibu sebagi target mereka, begitu juga dalam perihal kedai buku, yang mana perlu disediakan bacaan untuk kaum ibu/surirumah sebagai sasaran yang padahal sasaran sebenar adalah kanak-kanak.
Tentang buku motivasi untuk suri rumah itu saya amat bersetuju jika ada penulis yang dapat memenuhi keperluan bacaan suri rumah ini, namun jika dilihat pada tajuk “Rahsia SURIRUMAH jutawan atau Rahsia JUTAWANita.” adalah kurang sesuai dan boleh mengelirukan bakal pembeli, kerana apabila saya membaca sinopsis tersebut saya juga keliru, kerana saya beranggapan tajuk itu adalah untuk tip-tip para suri rumah untuk menjana pendapatan berdasarkan penglibatan secara sampingan dengan melibatkan diri dalam bidang MLM(Zuhlian, Sendayu Tinggi, Felisa dll) ataupun pembukaan Taska persendirian di kawasan perumahan serta pelbagai lagi cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan yang ada antara mereka bergelar jutawan dan saya rasa suri rumah amat ternanti-nanti buku yang sedemikian rupa tentang bagaimana untuk menjana kewangan dalam masa yang sama menjadi suri rumah sepenuh masa. Kita ada pelbagai tajuk tentang MLM tetapi tidak difokuskan kepada suri rumah/wanita.
Boleh difikirkan tajuk yang lain untuk motivasi suri sumah ini seperti ‘Rahsia Sebagai Suri Rumah Berjaya’, ‘Bagaimana Menjadi Suri Rumah Berjaya’ , ‘Rahsia Pengurus Rumahtangga” dan sebagainya.
Harus diingat bahawa suri rumah bukan masuk ke kedai buku hanya untuk mencari buku masakan ataupun agama namun mereka juga perlukan buku motivasi untuk menguruskan rumahtangga dengan jayanya. Kerana itulah buku “La Tahzan: Jangan Bersedih” majoriti dibeli oleh kaum Ibu/suri rumah dan laris hingga kini.
Itulah sahaja pandangan saya setakat ini. Sekian.
Ikhram.
Post a comment