Wednesday, October 29, 2008

Surat Pilihan: Mahu Menulis Buku Permotoran

Assalamualaikum Pn. Ainon yang dimuliakan,

Pertama sekali saya ingin memberitahu bahawasanya saya ini pembaca setia blog Pn. Ainon. Mengutip semangat dan motivasi untuk terus berkarya melalui entry yang puan tulis di Unika PTS walaupun tidak pernah meninggalkan jejak. Kerana saya menganggap bahawa saya sedang berkuliah di situ, menimba ilmu pengetahuan dunia penerbitan.

Saya sememangnya teruja kerana saya sedang berurusan dengan En. Ikram tentang buku mengenai pelumba negara. Malah saya sudah pun memberitahu En. Ikram wawasan saya yang berpanjangan untuk memberi sumbangan kepada budak-budak motor. Kerana dari dulu saya berkobar-kobar mahu mengetengahkan tentang dunia permotoran kerana saya melihat ini satu usaha yang baik untuk memberikan sesuatu kepada Mat Rempit.

Oleh kerana saya selalu juga berada di litar yang bedekatan mengikuti perkembangan Malaysian Cub Prix, lebih-lebih lagi Elly Idzlianizar dan adiknya yang berlumba di situ sudah saya anggap seperti keluarga saya sendiri.

Mengenali pelumba-pelumba di situ dan melihat jumlah penonton yang datang, saya bertanya sendiri betapa mereka ada komuniti tersendiri yang begitu besar jumlahnya. Tetapi terpinggir dan masih ramai yang tidak mengetahui. Malah mereka sendiri memberitahu saya, kebanyakan mat rempit merempit kerana mereka tidak tahu hala sebenar dan bagaimana mahu berlumba dengan cara yang betul. Kerana itulah mereka semua sangat teruja dan menyokong kuat bila saya datang menyatakan hasrat saya itu.

Lagipun saya tidak sekadar mahu menulis tentang pelumba sahaja. Saya juga mahu meneruskan dengan menulis tentang dunia lumba itu sendiri agar dapat memberi pengetahuan kepada budak-budak motor bahawa harapan untuk mereka masih ada. Mahu memberitahu mereka cara sebenar menyertai dunia perlumbaan.

Ringkas kata, buku tentang kerjaya pelumba. Sebab rasanya tiada orang di luar sana menyangka bahawa dengan berlumba juga boleh meraih pendapatan puluhan ribu setahun. Apatah lagi jika berada di kelompok teratas.

Saya sendiri ternganga mendengar jumlah gaji bulanan mereka yang berlumba dengan pasukan profesional. Kalau tidak masakan ramai pelumba yang saya kenali berkereta besar dan mewah malah ada yang mempunyai perniagaan sendiri dengan hanya meraih pendapatan daripada berlumba. Ini kenyataan dan saya mahu menghebahkannya supaya semangat anak-anak muda teruja.

Malah saya pernah berbincang dengan pihak pengurusan sebuah kelab lumba untuk menulis buku tentang pelumba dan mereka berbesar hati kerana mahu mahu membawa buku itu menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak untuk setiap pusingan kelab itu. Lagipun saya melihat buku-buku seperti ini tiada di pasaran. Jadi saya mahu memulakan sesuatu. Saya mahu menjadi 'leader' dalam bidang penulisan motor ini.

Tetapi malangnya, hasil usaha itu pernah ditolak dengan alasan buku-buku seperti itu tiada pasaran dan tiada sesiapa pun yang mahu membaca. Sedangkan sebelum menulis saya sendiri turun ke padang melihat perkembangan dunia mereka yang meriah! Betapa melihat sorakan budak-budak muda yang melihat perlumbaan itu menaikkan semangat saya. Bahawa mereka sebenarnya penyokong kuat dunia permotoran.

Kerana itulah otak saya melihat sesuatu yang mungkin tidak dilihat oleh orang lain yang memandang sinis kepada buku-buku seperti atau mungkin mereka tidak mahu menghulur 'bantuan' untuk memberi sumbangan kepada mat rempit kerana mungkin mereka menganggap golongan mat rempit itu tidak wajar dibantu.

Maaf, panjang lebar saya menulis kerana merasakan semangat saya kembali meruap. Di sini, saya ingin meminta izin dari Puan Ainon, bolehkah saya menampal entry yang puan tuliskan itu di blog saya?

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca tulisan saya ini. Wassalam.

Nora Ismail
Subang Jaya

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Bagaimana hendak Menjual Buku Terbitan Sendiri Previous entry: Buku untuk Guru yang Ditendang Muridnya
Nora  on  10/30  at  01:38 AM

Alamak… (tersengih sambil menggaru kepala yang tiba-tiba terasa gatal).

Apapun, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Pn. Ainon dan PTS khususnya kepada saudara Ikram.

Alhamdulillah…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.