Surat Pilihan: Mengapa Cina Beli Komik ‘Kecemprengman’
Maafkan saya kerana mengambil masa puan membaca emel ini. Sudah lama rasanya tidak minum semeja dengan puan, berbual pelbagai perkara. Saya juga sudah lama tidak hadir ke bengkel PTS bagi menimba ilmu.
Saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang perjuangan bahasa dalam buku-buku terbitan PTS.
Pada Sabtu, 28 Jun lalu, PeKOMIK mendapat jemputan mengadakan program kecil untuk kanak-kanak dan remaja dalam acara pelancaran sebuah pasaraya, SOHO-KL di Mont Kiara.
Program sehari bermula jam 11:00 pagi hingga 6:00 petang diambil peluang oleh PeKOMIK mempromosikan pendaftaran ahli, menjual pelbagai komik lama dan baru, demonstrasi mereka watak komik, lakaran langsung karikatur dan lain-lain lagi. Pengunjung tidak begitu ramai kerana hujan dan kebanyakannya adalah berbangsa cina.
Dalam banyak-banyak komik yang diletakkan di atas meja, komik Kecemprengman terbitan Komik Malaysia PTS Millennia paling mendapat perhatian. Pembelinya bukan kanak-kanak Melayu tetapi berbangsa Cina, umurnya sekitar 9 hingga 11 tahun. (Memang golongan remaja tidak ramai pada hari itu.)
Kami berpandangan sesama sendiri. "Kanak-kanak Cina membaca komik Bahasa Melayu?" fikir saya.
Apa yang membuatkan kanak-kanak berbangsa Cina ini membeli Kecemprengman adalah kerana bahasanya. Kecemprengman menggunakan gaya bahasa Melayu yang mereka pelajari di sekolah. Jadi, kanak-kanak Cina itu boleh faham ceritanya, boleh faham dialognya, sebab itu mereka membelinya.
Selain itu watak super hero rekaan pelukisnya, rekaan kulit komik, dan harganya yang berpatutan juga menjadi sebab Komik Malaysia PTS dibeli.
Sayangnya, kami tidak merakamkan gambar kanak-kanak yang membeli komik Kecemprengman itu kerana tidak membawa kamera. Apa yang sempat dirakamkan adalah gambar kanak-kanak yang menyertai aktiviti mereka watak komik.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Yang benar, 
Puan, Tuan Jonos dan para pengunjung UNIKA.
Surat ini mengesahkan lagi pengalaman yang dilalui bekas Presiden UIAM, Tan Sri Sanusi Junid dalam pengalaman beliau ke Jerman.
Cerita ini disampaikan pada tahun lalu.
Apabila komik mengajar bahasa ibunda
Sebagai contoh apabila mempelajari bahasa asing. Dalam pengalaman beliau di Jerman, bagi memastikan rakyat dan orang asing dapat mempelajari bahasa Jerman mereka telah mencipta komik yang menggunakan watak Donald Duck sebagai ikon utama. Membawa komik ke sana-sini tidak menjadi beban.
Bagi memastikan komik itu mencapai objektif, kerajaan mengambil inisiatif memastikan komik Donald Duck menggunakan bahasa Jerman standard.
Satu ayat menarik yang disampaikan oleh Sanusi, “Jangan menyusahkan pemikiran orang lain bagi menjadikan orang lain menghargai kita.”
Komitmen menulis dengan bahasa Melayu yang betul adalah kebajikan. Mempermudahkan anak-anak bertutur dalam bahasa yang betul agar pemikiran mereka terbentuk dengan baik.
Malah ia mempercepatkan proses belajar di sekolah. Insya Allah, guru juga tidak akan merampas novel dan komik yang menggunakan bahasa Melayu Tinggi.
Di sekolah saya dahulu (SMK Tinggi Melaka) siri kartun Sun Tzu Art of War yang menggunakan bahasa Inggeris standard dipesan oleh guru sebagai koleksi perpustakaan sekolah. Malah koleksi ini selalu tiada di rak kerana dipinjam dan tidak dipulangkan.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Assalamualaikum…
Puan Ainon,
Terima kasih kerana menyiarkan kandungan emel ini.
Saya akan hadir melihat puan bercakap tentang buku-buku sastera kanak-kanak dan remaja di Malaysia pada
persidangan hari ini, (Rabu).
Tuan Zamri,
Sedikit kaji selidik PeKOMIK pada Pesta Buku Antarabangsa yang lalu, ibu dan bapa mengakui
bahawa anak-anak mereka lelaki atau perempuan,
menjadi minat membaca bermula komik.
Dari komiklah membuatkan anak-anak mereka mula
luangkan masa membaca berbanding keluar bermain.
Membaca itu seperti menjadi ketagih kepada diri
anak-anak mereka. Lalu mereka mula membaca majalah
yang ada di rumah, membaca buku cerita dan buku-buku pelajaran.
Pada waktu itu komik-komik sudah dikuasai dari karya
Jepun dan Hong Kong yang dialih bahasa ke Bahasa Malaysia.
Memandangkan terdapat beberapa unsur yang kurang baik kepada anak-anak mereka (tidak semua komik-komik itu), ibu dan bapa ini berhenti
membelikan komik-komik kesukaan anak-anaknya ini kepada
buku-buku cerita.
Semoga komik di bawah Komik Malaysia terbitan PTS Millennia menjadi satu bahan bacaan ketagih baru para pelajar dalam mengangkat bahasa
ibunda.
Amin…
jOnOs
Sebab orang Cina suka pada tajuk yang mereka susah hendak sebut. Kecempreng Man. Tajuknya catchy. Ini komik jadi berbeza sedikit dengan buku lain. Lagi susah tajuknya, lagi orang cina suka
Tahniah atas kelahiran kecemprengman. Cuma font yang digunakan untuk komik ini agak sakit mata nak membacanya.
Sekadar berpendapat.
Post a comment