Surat Pilihan: Minta Tip Bagaimana Hendak Bercakap Mempromosi Buku Sendiri
Assalamualaikum wbt...
Puan, setelah berusaha sendiri dengan susah payah berhubung dengan pihak MPH, akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengadakan book talk bersama MPH pada 22 Jun depan.
Untuk pengetahuan Puan, saya akan membicarakan tentang parenting bersumberkan buku Panduan Menjadi Ibu Bapa Cemerlang yang diterbitkan oleh PTS.
Sebenarnya ini adalah kali pertama saya akan membicarakan tentang buku saya. Saya memang tiada pengalaman dan kemahiran dalam book talk.
Apa yang saya perlukan ialah nasihat dan tunjuk ajar dari Puan agar book talk kendalian saya berjalan dengan baik dan mampu menarik minat pendengar, seterusnya menarik pendengar supaya membeli buku saya.
Semoga Puan memberi kerja sama dengan baik. Jutaan terima kasih diucapkan. Sekian.
Saat Sulaiman http://en.netlog.com/saatcham
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalammualaikum.
Tuan Saat Sulaiman, terima kasih dan tahniah atas inisiatif itu.
Kami Jabatan Pemasaran PTS akan hubungi tuan berkenaan program itu.
Insya-Allah kita bekerjasama.
Sekian, terima kasih.
Post a comment