Surat Pilihan: Mohd Nadzrin Wahab
Salam UNIKA,
Mengikut kajian kaedah penulisan Information Mapping di Harvard, saiz ingatan kerja (working memory) adalah 7+-2 iaitu 5 hingga 9 butir. Working memory dahulunya lazim dikenali sebagai short-term memory.
Jangka waktu ingatan pula ialah 20 saat.
Berdasarkan kajian itulah kaedah penulisan dokumen piawaian industri ProWriting dibangunkan di Malaysia. Malah, keseluruhan ProWritin dibangunkan atas kajian komunikasi dan penulisan dan bukan atas pengalaman persendirian. Ia kini digunakan untuk menulis manual, panduan kerja, polisi dan peta proses.
ProWriting antara kaedah penulisan dokumen yang paling sesuai dengan piawaian ISO. Ia juga mempunyai persamaan falsafah dengan kaedah penulisan PTS yang mementingkan pendekatan ‘reader-focus’, bukan ‘writer-focus’.
Antara pendekatannya menzahirkan falsafah ini adalah dengan mengaplikasi taksonomi 6 jenis maklumat (information types), setiap satunya mempunyai matlamat khusus penyampaian mesej kepada pembaca.
Industri perbankan dan petrokimia di Malaysia antara yang paling selalu mengaplikasikan kaedah ini. Dokumen yang ditulis adalah khas untuk BACAAN pekerja mereka.
Ini berbeza dengan kaedah dokumentasi lain (khususnya untuk mendapatkan pengiktirafan ISO) yang hanya sekadar merekod, bukan untuk dibaca.
Kini, SIRIM pula tertarik untuk mendapatkan kaedah ini kerana piawaiannya yang tetap dan konsisten.
Ramadan Mubarak!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment