Tuesday, September 23, 2008

Surat Pilihan: MPH Almanda

Assalamualaikum Puan Ainon,

Minggu lepas saya beli buku LEFTTENAN ADNAN: WIRA BANGSA di MPH Alamanda, Putrajaya. Kenapa buku tersebut tidak diberi harga diskaun? Atau memang MPH tidak beri diskaun? Saya berpendapat, buku-buku PTS wajar diberikan diskaun, sekurang-kurangnya potongan 10 peratus. Sebab ada buku-buku penerbit lain, memberi harga diskaun antara 10 – 20 peratus.

Namun begitu, ketika pesta buku tempohari, sewaktu membeli buku-buku PTS, memang saya peroleh potongan diskaun. Malah hingga 30 peratus. Tapi itu PTS jual terus kepada pembeli. Tidak melalui pembekal. Mungkin juga sempena jualan Pesta Buku.

Perhatian puan terhadap emel ini amat diharga. Sekian, terima kasih.

ZAINAL ABDUL KADIR
Peminat Beli Buku
Seri Kembangan, Selangor.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Memilih Tema dan Topik Buku Previous entry: Surat Pilihan: Hadiah Misteri PTS ONE
MBA  on  09/23  at  04:11 PM

Puan Sifu san;

Mungkin boleh difikirkan supaya PTS menyediakan kad keahlian kepada pembacanya. Ia boleh diberi secara percuma ataupun berbayar. Berikan beberapa kategori seperti Kad Platinum, emas, tembaga, gangsa, perak, besi waja dan sebagainya.

Pemegang satu jenis kad boleh dinaiktaraf kepada kad yang lebih tinggi mertabatnya. Kad Platinum adalah untuk penulis dan keluarga PTS. Katakan kad Platinum dapat 35% diskaun. Emas 30%, tembaga 20%, gangsa 15% dan besi waja 5%. Diskaun ini hanya untuk pembelian terus daripada PTS secara dalam talian sahaja. Kelebihan lain kepada pemegang kad ialah peluang untuk bertemu penulis, buka kelab peminat dan sebaginya.

Selain daripada sebab di atas, kad ini saya rasakan perlu untuk penulis PTS. Khususnya apabila ingin mendapatkan diskaun daripada pembelian di PTS. Semasa pesta buku KL yang lepas, saya pergi ke booth PTS dan membeli beberapa buku. Sampai di kasyier, saya tanya diskaun. Saya kata saya ini penulis PTS. Kebetulan tidak ada seorangpun staf PTS yang saya kenal dan mengenali saya pada masa tersebut. Dipendekkan cerita, gadis penjaga kasyier tetap tidak berikan diskaun 35% seperti lazimnya. Rasa-rasanya dalam 25% sahaja. Jika ada kad penulis (yang masih aktif), perkara ini mungkin tidak berlaku.

Sekian mohon mencadangkan.

Web Sutera  on  09/23  at  10:31 PM

Saudara Zainal,

MPH memang terkenal sebagai kedai buku yang paling kedekut, hatta kepada pemegang kad keahlian mereka sekalipun. Saya pernah menjadi ahli kedai buku MPH selama dua tahun. Tetapi saya tamatkan pada akhir tahun ke-2 lantaran tiada benefit yang saya hajati.

Berlainan dengan keahlian rangkaian kedai Popular. Banyak benefit kepada penggemar buku. Saya sudah 5 tahun menjadi ahli.

Web Sutera  on  09/23  at  10:47 PM

Saya setuju dengan pandangan sdr MBA. Adakan kad keahlian PTS. Banyak kategori pun tidak mengapa. Sedangkan kedai Saba Media yang kecil pun boleh adakan kad keahlian, mengapa PTS tidak boleh?

Pengalaman saya semasa di Pesta Buku Selangor tempoh hari. Gerai PTS hanya menawarkan diskaun 10% kepada pembeli. Mengapa begitu kedekut? Sedangkan gerai-gerai penerbit lain boleh memberikan saya potongan 20%, seperti Ameenbooks, Alaf21 & Buku Prima, mengapa PTS terlalu berkira dalam hal ini. Saya pernah bangkitkan isu jualan di pesta buku ini di blog saya.

Pada mulanya memang saya berhasrat untuk ‘borong’ buku-buku PTS di gerai PTS semasa Pesta Buku Selangor 2008, tetapi hasrat saya mati lantaran sikap PTS sebegini.

Lebih baik saya beli buku-buku, termasuk yang diterbitkan oleh PTS di Popular. Rangkaian kedai Popular pandai dalam usaha menarik pembeli mereka.

Memang buku PTS ada mutu, namun begitu faktor harga juga memainkan peranan. Faktor harga pula dikaitkan dengan promosi yang dilaksanakan, termasuk diskaun di waktu-waktu tertentu.

Sekadar pandangan satu sen saya. Jangan marah, Sifu.

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  09/23  at  10:51 PM

Tuan Web Sutera,

Saya sentiasa mendapat 5% rebat dalam bentuk baucar belian dari MPH.  Ada ketikanya pula ditambah dengan kupon RM5/-.  Dalam tangan saya masih ada 4 keping kupon bernilai RM20/- yang belum digunakan lagi.  Hairan juga apabila saudara tidak menikmati apa-apa kelebihan sebagai ahli.

Web Sutera  on  09/23  at  10:57 PM

Sdr Tengku Asmadi,

Saya mahu tanya sdr. Berapa ratus ringgir sdr belanjakan baru dapat baucer 5%? Tidak cukup. Saya rasa masih amat tidak berbaloi. Setakat dapat point dan sekepas RM300 - RM400 sdr belanjakan, baru dapat 5% diskaun? Tidak patut.

Kedai buku Mukmin dan Minerva pun boleh tawarkan diskaun yang lebih menarik dari MPH.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/24  at  12:12 AM

Salam,

Semoga semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera di bulan puasa ini. Amin.

Untuk makluman, PTS hanya terlibat secara total di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sahaja. Setiap tahun, inilah “Hari Raya” penerbitan dan jualan PTS di mana kami sendiri dari semua unit dalaman yang bertungkus-lumus menjayakannya. Di waktu ini juga PTS boleh memberi diskaun yang lebih kepada peminat/pembaca/penulis yang setia. PTS lebih menekankan konsep promosi dan branding untuk menarik lebih ramai pembaca.

Lain pula untuk pesta-pesta buku yang lain, PTS memberi peluang kepada rakan niaga yang komited untuk menjayakannya. Di sini, mereka harus mengeluarkan modal sendiri untuk menampung segala kos yang berkaitan. (Sewa, upah pekerja, etc) PTS pula memberi sokongan dalam bentuk program bersama penulis, subsidi sewa dan diskaun runcit (trade discount) serta bahan promosi bagi memeriahkan lagi jualan mereka. Dalam erti kata yang lain, mereka ini berniaga.

Di kedai-kedai buku pula, PTS tiada kuasa menentukan diskaun yang diberi kecuali untuk apa-apa promosi yang telah dipersetujui. Ini termasuk juga diskaun tambahan yang harus dikongsi bersama.

Diharap ini dapat membantu menjelaskan persoalan yang timbul dan dibangkitkan di sini.

Terima kasih.

Zaharin Zain

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  09/24  at  04:38 AM

Tuan Web Sutera,

Saya hanya memperbetulkan kenyataan tuan tentang ‘tiada benefit’.  Tetapi kalau mahu dibuat perbandingan dengan kedai-kedai buku yang lain memanglah tidak seberapa jumlah 5% itu.  Sebagai ahli Kedai Buku Popular pun kita terus boleh membuat pembelian dengan potongan harga 10%.

Sekian.

Web Sutera  on  09/24  at  07:20 AM

Sdr Tengku,

Memang tiada benefit! Sedangkan kedai buku Minerva & Pustaka Mukmin pun dapat potongan paling kurang 7-10% & sehingga 20% tanpa perlu menjadi ahli. Memang kedai MPH paling kedekut!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: