Monday, July 28, 2008

Surat Pilihan: Nasib Editor Freelance

Assalamualaikum, Puan Ainon.

Semoga puan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saya mohon khidmat nasihat daripada puan berkenaan masalah yang saya hadapi. Kebetulan pula puan memaparkan entri blog yang menceritakan sebuah buku yang  amat mahal. Untuk pengetahuan puan, saya adalah editor buku itu yang sudah disiapkan pada bulan April 2008.

Atas dasar kepercayaan (mungkin silap saya), saya tidak menandatangani sebarang dokumen tanda persetujuan menyunting buku beserta kadar bayaran. Akibat terlalu percaya kepada umat Melayu sendiri, sehingga kini saya masih belum memperoleh sebarang bayaran untuk suntingan buku itu (kira-kira RM5000 - manuskrip asal hampir 2000 halaman).

Walau bagaimanapun, manuskrip asal buku itu dan yang sudah siap disunting masih lagi dalam tangan saya. Hasil perbincangan dengan tunang saya (beliau seorang peguam), beliau mencadangkan supaya diberikan kepada penerbit buku itu surat tuntutan bagi menuntut hak saya. Namun saya masih lagi bersabar dan terus menghantar SMS dan e-mel untuk menuntut hak saya itu. Apa pendapat puan dalam keadaan ini? Terima kasih.

AM

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Walaupun Harga Kertas Naik, PTS Cuba Turunkan Harga Buku Previous entry: Ada-ada Sahaja: Dr. Tengku Asmadi dan After-Sales-Service
Atas Nama Keadilan  on  07/28  at  01:57 PM

Saya cadangkan saudara membuat solat hajat, semoga diberikan keadilan untuk saudara sejak di dunia lagi.

Semoga dengan begini, si pengkhianat akan menyesal dan insaf, lalu terselamatlah lagi seorang Islam (jika dia Islam) daripada api neraka.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.