Saturday, November 24, 2007

Surat Pilihan: Pengalaman Penulis Bercakap di atas Pentas Mempromosi Buku Sendiri

Assalamualaikum Puan Ainon,

Saya doakan puan sihat sejahtera.

Di sini saya ingin berkongsi cerita. Minggu lalu adalah giliran saya berbicara di program "Bicara Penulis" sempena MPH Book Fair di Alpha Angle. Seperti tertulis di blog, saya kecut perut, puan. Beberapa malam tidak lena tidur kerana 'ketaq' untuk melalui pengalaman pertama berdiri di atas pentas dalam pusat beli belah bagi membicarakan buku-buku karya sendiri.

Dipendekkan cerita, walau pun jiwa bergelodak, saya berjaya melakukan peranan saya, puan. Semuanya  berlaku dengan izin Allah, dan tidak kurang juga kerana terdorong melihat sendiri betapa bersemangatnya rakan-rakan penulis lain memanafaatkan peluang yang disediakan pihak PTS. Terima kasih banyak, puan. Tim PTS sangat banyak membantu saya sehingga tidak terasa masa sejam berlalu di atas pentas.

Awal minggu ini saya menghadiri seminar anjuran SMIDEC di Hotel EQ, Melaka. Lebih kurang 250 peserta hadir.

Ketika sesi soal-jawab, seorang peserta mengadu bahawa sebahagian syarat yang dikenakan SMIDEC untuk memohon geran agak ketat dan menyusahkan. Contohnya untuk geran pembungkusan dan pelabelan, diperlukan syarikat bertaraf Sdn. Bhd. untuk layak memohon. Sedangkan syarikat pengusaha yang ingin memohon geran itu bertaraf enterprais sahaja.

Pegawai SMIDEC menjawab persolan itu secara ala kadar iaitu memang syaratnya sudah ditentukan begitu. Kemudian puan, kaki saya perlahan-lahan melangkah ke arah microphone dan saya berkongsi sedikit informasi kepada para hadirin.

Saya terangkan risiko besar bakal dihadapi oleh sebuah syarikat bertaraf enterprais apabila pemiliknya meninggal dunia : syarikat itu akan bubar secara otomatik. Alangkah rugi kerana kelulusan sijil halal, barcode, label buatan Malaysia, dll turut terbatal kerana kelulusan diberi atas nama syarikat enterprais yang bubar itu. Tapi semuanya akan selamat sekiranya syarikat berkenaan bertaraf Sdn. Bhd.

Kata saya: Info ini ada dalam buku saya, "Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya". Usahlah diulangi kesilapan yang merugikan ini yang sudah berulang kali dilalui usahawan lain. Laburlah sedikit wang dan dapatkan buku-buku saya dan buku-buku bisnes lain terbitan PTS. 

Bacalah buku-buku itu kerana di dalamnya ada banyak maklumat yang dapat membantu golongan usahawan seperti tuan-tuan dan puan-puan. Semua buku-buku bisnes terbitan PTS ditulis dalam Bahasa Melayu dengan gaya santai dan mudah difahami. Ambillah peluang ini kerana PTS mahu memandaikan bangsa kita, khasnya golongan usahawan...

Puan tahu apa berlaku selepas itu? Hmmm...

Pegawai SMIDEC pun mula membuat ulasan yang menyokong kebenaran info yang saya sampaikan itu. Beberapa orang peserta pula mula datang ke tempat duduk saya, meminta kad nama dan contoh buku. Ada yang mendesak mahukan buku-buku contoh yang saya bawa. Malang sekali saya tidak bawa buku-buku untuk dijual.

Andainya saya letak 100 naskah bagi buku pertama dan 100 naskah lagi bagi buku kedua saya, rasanya boleh laku semua, puan. Beberapa orang peserta telah menghubungi saya beberapa hari kemudian untuk mendapatkan buku dan saya menjual terus kepada mereka.

Saya rasa, puan, sasaran pembeli buku-buku saya ada di program2 usahawan seperti seminar dan bengkel.

Yang seronok sekali puan, saya dipanggil oleh Datuk Lugiman, Pengurus PKPKS,  iaitu agensi yang menguruskan usahawan-usahawan EKS di Melaka. Beliau mahu berbincang tentang modul latihan yang sudah saya sediakan dengan tunjuk-ajar puan.

Dalam pertemuan kami Selasa lalu, beliau berkata akan mempertimbangkan supaya saya turut serta men-desain modul-modul yang bersesuaian bersama panel yang kini mengendalikan latihan usahawan EKS.

Doakanlah saya, puan. Saya berharap usaha-usaha ini berhasil untuk saya memulakan langkah dalam bisnes latihan, insyaAllah.

Akhir kata, terima kasih banyak di atas segala bimbingan puan. Semoga Allah membalas budi-baik puan yang banyak membantu orang-orang seperti saya dengan rahmat yang berpanjangan.

Salam,
Norlela Zubir

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Bisnes
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Alangkah Baiknya Kalau.... Previous entry: Idea untuk Kempen Membaca
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/26  at  08:28 AM

Insyaa-Allah semoga segala usaha dan impian puan Norlela mendapat pertolongan dari Allah, Amin.

Yakin, Usaha dan Tawakal

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  11/26  at  11:05 AM

Syabas dan Tahniah.  Anda kini mula menemui permata sebenar dalam diri.  Gerak hati saya mengatakan yang saudari akan pergi lebih jauh selepas ini.  Sebab pengalaman pertama biasanya jika dimanfaatkan sepenuhnya akan menjadi batu loncatan untuk terbang lebih tinggi lagi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/26  at  03:56 PM

Kuat aura Dr. Asmadi, kata-katanya membuatkan saya sudah berada di angkasa.

norlelazubir  on  11/26  at  06:52 PM

Assalamualaikum Puan Sifu, En. Shamsuddin dan Dr. Asmadi,
Terima kasih dan doakan saya agar berjaya menurut jejak-jejak puan dan tuan-tuan.

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  11/26  at  07:59 PM

Saudara Shamsudin menyebut perkataan ‘aura’?  Ahem, baru pagi tadi saya membicarakan tentang Aura Positif.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/26  at  11:34 PM

Tahniah daripada saya. Saya nampak peluang puan yang cerah di hadapan dalam bidang latihan bagi memberi pendedahan kepada usahawan yang selama ini kekurangan maklumat untuk menembusi pasaran dan memperbaiki pengurusan bisnis mereka. Kami di PTS bersedia membantu dan memberi sokongan padu untuk Puan. Selamat maju jaya dari tim bisnis PTS Professional.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: