Surat Pilihan: Penulis Gembira
Assalamualaikum,
Saya ingin berkongsi kegembiraan dan sedikit pengalaman. Alhamdulilah dalam kesibukan dan jadual mesyuarat yang padat, saya telah diizinkan Allah untuk dijemput memberi ceramah dan previu buku Haji Muda. Saya terkejut. Saya belum bersedia sebenarnya. Pada masa yang sama, saya tidak seharusnya menolak harapan orang.
Semalam saya berceramah tajuk Hajj: Changing One's Mindset di suatu organisasi korporat. Saya sempat 'cabut' sekejap dari pejabat semasa waktu rehat tengah hari.
Hari ini, baru sebentar tadi saya memberi tazkirah Ramadhan dan previu buku Haji Muda di sebuah surau di Shah Alam. Alhamdulilah, 20 buah buku habis. Saya tidak tahu apa rahsia keajaiban ini? Mungkin saya menulis buku dalam keadaan hati yang ikhlas sebagaimana keikhlasan Prof. Kamil. Saya yakin ini yang Prof. Kamil pernah alami dan rasai.
Semalam petang saya ziarah 3 orang profesor saya. Mereka terkejut bagaimana saya mampu menyiapkan satu buku motivasi, pada masa yang sama bekerja keras menyiapkan tesis kedoktoran dan bekerja sepenuh masa di sektor korporat? "Miracle and so thoughtful, Ridzwan!" begitulah feedback yang saya terima. Saya jawab, "Inilah dia rahsia Haji Muda!"
Seorang ulama (saya tidak ingat namanya) pernah menjawab soalan anak muridnya: "Bila masa tuan guru beristirehat. Saya perhatikan tuan guru bekerja di jalan Allah siang dan malam?" Maka jawab oleh ulama ini: "Saya kena bekerja keras sekarang dan rehat saya cuma di alam barzakh." Allahu akbar!
Saya yakin ada sesuatu yang Allah mahu kita lakukan melalui dakwah cara kita (DCK). Saya pohon keampunan Allah dan minta nasihat dan bimbingan Prof. Kamil dan SifuPTS. InsyaAllah esok saya hendak hadiahkan buku ini kepada seorang bukan Islam. Moga Allah memberi hidayah kepada beliau selepas membaca buku ini. Pahala ini juga bakal melimpah kepada Prof. Kamil dan Puan Ainon, InsyaAllah. Doakan saya.
(Sekarang sudah jam 12mlm, saya hendak tidur. Jam 3 pagi saya kena bangun untuk menjemput hati meniti renjisan kedamaian.) Salam.
Ridzwan Bakar
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Terima kasih kerana memaparkan surat ini pada khalayak. Tulisannya ikhlas dan memberi inspirasi pada saya. Bukti, ide yang langsung terbit dari hati dan diniatkan untuk jalan dakwah mampu memberi impak maksima (tanda adanya keberkahan barangkali). Judul biasa yang dipersembahkan secara luarbiasa.
Tulisannya merangsang saya untuk lebih aktif, lebih rajin dan perlu mendisiplinkan diri jika mahu berjaya sebagai penulis.
Justeru tidak ada yang mustahil jika kita mahu.
“Saya kena bekerja keras sekarang dan rehat saya cuma di alam barzakh.”
Kata-kata tersebut saya simpan sebagai inspirasi.
Allahu Akhbar…
Betul, rehat di atas muka bumi ini tidak bertujuan berehat, tetapi atas tujuan berkerja. Kerana tanpa rehat kita tidak dapat berkerja. Rehat bukan untuk rehat, rehat adalah untuk berkerja. Rehat di alam barzakh adalah rehat. Mudah-mudahan bila kita dikejutkan selepas rehat itu, kita dikurniakan pula berehat-rehat dan bersenang-senang yang abadi.
Post a comment