Monday, June 02, 2008

Surat Pilihan: Penulis Tidak Puas Hati dengan Layanan PTS

Asalamualaikum, Puan Ainon.
 
Mengapakah tidak semua penulis PTS mendapat layanan baik? Memang tidak dinafikan ada sesetengah penulis kerdil merasa kecewa kerana program bersama penulis PTS hanya melibatkan penulis tertentu sahaja. Ini akan melahirkan tidak puas hati dan rasa sedih penulis.
 
Jika PTS bercadang membuat program book talk dan lain-lain, cubalah beri peluang kepada semua penulis agar mereka merasa mendapat keadilan sepenuhnya. Sebagai contoh, program di PWTC book fair.
 
Ada penulis yang mendapat program tahun lepas, mendapat lagi program bersama PTS tahun ini. Memang tidak dinafikan, penulis tersebut memang baik bukunya namun penulis lain mahu juga berkesempatan mendapat peluang program sedemikian.
 
Memang susah untuk memberi layanan sama rata kepada semua penulis kerana sesebuah penerbit mempunyai ratusan penulis dan mungkin ribuan. Namun usaha perlu dilakukan demi menjaga kebajikan semua penulis tanpa mengira nama, pangkat ataupun keturunan. Wasalam.
 
SS

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Memilih Buku yang Dijadikan 'Lead Product' Previous entry: Komik 'Anak-anak Sidek' Diekspot ke Brazil
Shamsuddin Kadir  on  06/02  at  09:54 AM

Salam kepada saudara/i SS,

Sebagai seorang penulis juga, saya juga melalui jalan yang sama.

Saudara/i juga boleh mengadakan ‘book talk’ dengan menghubungi pihak pemasaran MPH Bookstore.

Mereka akan memberikan peluang kepada anda sekali. Jika ianya mampu menarik pengunjung kedai buku tersebut, mereka akan meluluskan permohonan saudara bagi ‘book talk’ yang seterusnya.

Ini adalah salah satu kaedah yang saya lakukan pada peringkat awal penglibatan saya dalam penulisan. Alhamdulilah, saya dijemput bagi mengadakan ceramah bagi kali kedua oleh MPH melalui kerjasama dengan tim PTS bahagian jualan dan pemasaran. Kini, peluang itu terus datang dari masa ke semasa.

Tuan Zamri Mohamad juga melakukan perkara yang sama, iaitu mencipta peluang. Beliau amat kreatif dan pandai mencipta peluang dengan mengadakan ‘book talk’ di Mahkota Parade bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk rakan seperjuangan yang lain.

Untuk berjaya mencapai matlamat yang kita tetapkan, kita perlu pastikan ianya dapat dicapai walaupun tanpa mengharapkan peluang itu datang didepan mata kita.

Saudara boleh mencadangkan nama saudara kepada Tuan Roslan Md Isa bagi mengisi slot ‘book talk PTS’.

Entri terbaru di http://www.shamsuddinkadir.com

Fadzli Yusof  on  06/02  at  05:56 PM

Idea yang baik daripada Sdra Shamsuddin. Kita mesti proaktif!

Memang benar kata SS, peluang amat terhad. Penulisnya ramai. Kualiti buku berbeza. Promosi adalah kos. Masa, ruang, khalayak, poster, kain rentang, penganjuran, pengurusan, dan prestij adalah kos.

Mungkin ada idea-idea yang boleh difikirkan untuk menguruskan situasi ini.

p/s: Saya menjangka SS telahpun mempromosi bukunya di blog, email listing, emailgroup dan promosi persendirian secara agresif. Penulis yang mempunyai daya usaha sebegini memang patut diberikan ruang promosi lain juga.  Semoga hari ini menjadi lebih baik!

Zamri Mohamad  on  06/02  at  07:13 PM

Salam alaykum,

Isu penulis dan penerbit ini saya kira dapat diatasi dengan pendekatan-pendekatan berikut.

1. Sentiasa mendapatkan maklumat daripada penerbit berkenaan aktiviti-aktiviti promosi buku pada tempoh terdekat. (Sebelum ia dikeluarkan secara rasmi di laman web PTS dan UNIKA.

2. Konsisten menghasilkan buku-buku terbaru bersama PTS. Ini juga membantu membina hubungan dengan editor dan pengurusan dari masa ke semasa. Malah ia memenuhi janji kita kepada penerbit PTS iaitu penulis mesti menghasilkan lebih sebuah buku.

3. Turun memberi sokongan kepada penulis-penulis lain dalam program ceramah buku mereka. Ia bergantung kepada waktu lapang kita untuk turun padang.

4. Peranan bengkel penulisan Puan Ainon memberi peluang kepada para penulis kerap berjumpa sesama mereka dan berbincang projek-projek baru termasuklah program promosi dan ceramah buku.

5. Dalam kes PWTC, saya melihat begini. Tokoh-tokoh penulis yang diketengahkan adalah magnet yang menarik pembaca datang ke gerai PTS dan mengukuhkan jenama PTS. Selebriti seperti Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Tuan Ann Wan Seng, Tuan Hj Ahmad Fadzli Yusof, Dr Daniel Zainal Abidin dan beberapa lagi adalah ikon yang membawa tanggungjawab besar membawa jenama PTS kepada khayalak. Tempias populariti mereka juga sedikit sebanyak dirasai oleh penulis-penulis lain.

6. Dalam kes PWTC juga, ada juga penulis yang mengisi slot-slot kosong bagi mempromosikan buku-buku mereka. Sebagai contoh, Tuan Shamsuddin Kadir, Tuan Osman Affan, Tuan Salehuddin Md. Dahlan yang sama-sama berkongsi platform membuat ceramah buku mereka yang sebenarnya tidak ada dalam jadual program. Usaha berkumpulan seperti ini kesan daripada pertemuan kerap di bengkel-bengkel anjuran Puan Ainon.

7. Tetapi sejak kebelakangan ini sudah makin ramai penulis PTS yang diberi peluang muncul dalam ceramah buku dan paparan media. Sebagai contoh, penulis-penulis Sci Fi PTS mendapat liputan di radio KL FM, Tuan Tamsir Ali muncul di Pesta Buku di PWTC, penulis siri Chit Chat Remaja dan beberapa nama lagi.

8. Tidak dinafikan sebagaimana disebutkan oleh Tuan Fadzli Yusof, promosi melibatkan banner, poster dan seumpamanya. Maka penulis yang menghasilkan lebih sebuah buku dalam sebuah genre menjimatkan kos promosi dan memudahkan kerja penerbit. Kaedah kedua yang dapat dilakukan ialah mengumpulkan penulis-penulis dalam genre yang sama dalam penghasilan banner.

Ini yang dilakukan apabila Puan Norlela Zubir, Ammar Mahmood dan Tuan Shamsuddin Kadir dipilih bagi promosi buku di Melaka pada 7 Jun ini dengan membawa tema Bisnes, Minda dan Kewangan.

10. Untuk pengetahuan, tema ini adalah cetusan idea kesemua penulis ini bagi promosi buku mereka sempena Pesta Buku Thai Kuang ke-60 tahun. Mereka bersetuju sesama sendiri dikelompokan dan dipromosi dalam satu pakej.

11. Agenda promosi didukung satu sama lain dengan masing-masing memainkan peranan mempromosi sesama penulis dengan membuat jemputan kepada institusi, surat kepada media, surat kepada organisasi dan seumpamanya mengikut cara masing-masing. Ini adalah sumbangan mereka bagi membantu PTS.

12. Budaya book talk masih belum menjadi budaya dan kegilaan masyarakat tempatan, maka semua penulis bereksperimentasi dengan pelbagai kaedah bagi mempromosikan agenda ini.

13. Ini ibarat biji-biji benih yang ditanam dan bakal membesar menjadi pohon yang kuat.

Penulis-penulis masing-masing bekerja sebagai tim agar budaya book talk akan menjadi seperti ceramah agama apabila orang ramai akan berhimpun mendengar program percuma ini tanpa mengira penulis itu selebriti atau orang baru.

Apabila ada orang mendengar ‘booktalk’ sahaja menderu-deru datang dan pergi.

Itulah misi membudayakan aktiviti ilmu yang sama-sama kita usahakan.

————————————————————————————
ZAMRI MOHAMAD
http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com
http://www.motivasimindamu.blogspot.com

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  06/02  at  07:22 PM

Saudara SS,

Sebelum kita minta orang lain tolong kita, kita hendaklah tolong diri sendiri dahulu.  Memang tidak dinafikan saya antara yang bertuah tahun lepas dapat berdiri di pentas utama dan mempromosikan buku.  Namun begitu tahukah saudara, sebelum PTS melakukan apa-apa usaha mempromosikan buku saya, saya telahpun terlebih dahulu mencetak 10,000 keping pamplet berwarna dan diedarkan kepada umum.

Saya juga tidak menanti PTS melakukan promosi untuk saya sebab saya sedar terdapat begitu ramai penulis di bawah naungan mereka.  Sebab itulah saya menggunakan setiap kesempatan yang ada untuk mempromosikan buku saya sendiri.  Malah semasa pesta buku di PWTC Tahun lepas sebahagian besar mereka yang hadir semasa sesi promosi saya adalah anak-anak dan ibu bapa yang pernah hadiri program-program motivasi saya.

Malah pihak PTS ada nyatakan bahawa mereka rasa bersalah kalau tidak lakukan apa-apa untuk saya sedangkan saya begitu bersungguh-sungguh mempromosikan buku-buku saya itu.  Jadi kenapa tidak SS lakukan perkara yang serupa.  Lakukan sesuatu di pihak SS dan pastikan PTS dimaklumkan tentang usaha-usaha dan langkah-langkah yang telah diambil.  Saya percaya selepas itu mereka akan ‘nampak’ SS pula.  Dengan begitu ramai penulis kita mesti lakukan sesuaut agar penerbit ‘nampak’ kewujudan kita. 

Mungkin pula SS berkata, keadaan saya berbeza sebab saya sudah ada pasaran sendiri.  tetapi kalau SS sabar dan terus istiqamah maka SS juga pasti akan sampai ke situ juga.

Sekian.

Fadzli Yusof  on  06/03  at  01:11 PM

Setuju dengan pandangan Dr Tengku Asmadi. Nampakkan diri kita dahulu, maka orang lain akan mula nampak kita. Pada pemerhatian saya, antara penulis yang sungguh proaktif (selain daripada Dr Tengku) ialah Sdr Shamsuddin Kadir, SdrOsman Affan, Sdr Salehuddin Md. Dahlan, http://www.Saifulsham.com (dulu masa buku baru keluar-tak sabar menanti kelahiran buku kedua Saudara berdua!) dan Ustaz Ann Wan Seng. Rasanya ada lagi, tapi tak terfikir pula sekarang. Kebanyakan mereka mendapat tempat dalam peluang-peluang promosi PTS, setelah PTS ‘nampak’ kesungguhan mereka.

Selamat Berjaya smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: