Friday, October 26, 2007

Surat Pilihan: Perihal Kontrak BBT, BTP dan PPK

Assalamualaikum Puan Sifu,

Umum mengetahui sistem yang diamalkan oleh BBT, BTP dan PPK. Saya pernah menerima tugas mengendalikan projek BBT dan BTP.

Biasanya para kontraktor gemar mengamalkan budaya kerja ‘last-minute’. Contohnya, tempoh menyiapkan buku teks adalah selama 8 bulan. Tempoh ini merangkumi penyelidikan, penulisan, gambar rajah, lay out, semakan dan pembetulan bagi buku setebal kira-kira 200 muka surat.

Malangnya kontaktor buku lebih menumpukan projek-projek lain (buku hanya satu projek bahkan bermacam-macam projek). Projek-projek ini biasanya mengambil masa hanya dalam masa 2 bulan setengah! Akibatnya, (a) buku yang dihasilkan ‘hancur’ (b) tumpuan kakitangan yang terlibat hilang (c) produktiviti menurun.

Bagaimana kontraktor boleh menang tender walaupun buku yang dihasilkan hancur?

Hehe.. tidak mahu cakap, nanti kena serahkan tape video. Hehe....

IMRAN 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Gosip industri
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengapa PTS Tidak Masuk Kontrak Kerajaan Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Pahala Teknik Quran dan Bahasa Quran
Mohammed Zakir Husin Bin Mohammed Zahid  on  10/26  at  11:57 AM

Assalamualaikum Puan,

Saya ingin menyambung sedikit komen saya terdahulu.

Ketika saya membelek buku anak-anak untuk memberikan masa berkualiti kepada mereka, selain hati saya berkata seperti pada komen yang lalu, saya juga secara spontan akan melihat buku tersebut kemudian menatap wajah anak kesayangan saya itu silih berganti.

Hairan melihat apa yang ada dalam buku itu sambil memandang sayu ke wajah anak saya. Mereka tersengeh sambil bertanya, “Mengapa ayah pandang ‘kita orang’ macam itu?”

Dalam hati kasihan pada anak-anak dapat bahan begitu. Namun tidak mahu diluahkan kepada mereka bimbang mereka akan ‘demoralize’ oleh ayahnya sendiri.

Terima kasih puan kerana mencelikkan mata saya dalam soal ini.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: