Saturday, October 27, 2007

Surat Pilihan: Perihal Sekolah dan Buku

Assalamualykum wbh,

Tahniah buat PTS yang memilih jalan diredai Allah.  Moga Allah berikan kekuatan untuk terus istiqamah dengan IMAN dan TAQWA. 

Awal tahun ini saya kemukakan senarai buku PTS dengan harga sebagaimana tertera di belakang buku kepada salah satu perpustkaan negeri.  Namun saya dimaklumkan bahawa bajet pembelian buku dibekukan untuk tahun ini. 

Sebagai orang baru dalam bisnes buku dan dijalankan secara kecilan sahaja kerana modal terhad, saya agak hairan bagaimana bajet pembelian buku boleh dibekukan.  Sedangkan di luar sana pelbagai projek dan perbelanjaan yang tidak menguntungkan apatah lagi memandaikan bangsa boleh pula dilaksanakan tanpa berkira-kira. 

Begitu pula apabila saya ke sekolah-sekolah.  Guru Pusat Sumber ‘kecur liur’ melihat senarai buku yang ‘best-best’ judulnya.  Namun mereka terpaksa main tarik tali dengan peruntukan sekolah yang terhad. Ia bergantung pada pengetuanya.  Jika sekolah yang berpengetuakan ulat buku ataupun memandang pentingnya sumber rujukan ilmu maka awal-awal lagi bajet beli buku dapat greenlight

Sebaliknya, di sebahagian sekolah dapatlah kita menjamu mata melihat indahnya landskap sekolah mereka terapi guru pusat sumbernya terkulat-kulat memikirkan cara mahu menambah bahan rujukan.

Bagaimana caranya kita mahu melahirkan generasi Ulul al-Bab kalau kita berkira dalam hal salah satu sumber ilmu terpenting yakni buku.

Memetik ucapan Prof Salleh Buang semasa berseminar dengannya di Kota Bharu.  Beliau mengatakan sikap kebanyakan kita apabila mahu membeli pakaian walau berharga ratusan ringgit sepasang, mereka akan kata, "Ala...murah saja".  Sebaliknya, apabila melihat harga buku bertanda RM30 ataupun RM50, akan terpacul "Alamak! Mahalnya." Seminar tersebut bukanlah seminar berkenaan buku pun tapi itulah mukaddimah beliau sebelum membentangkan kertas kerja di bawah topik Kehakiman Islam. Padahal, ilmu yang terkandung dalam sebuah buku (yang berfaedah) tidak dapat dinilai dengan wang ringgit! 

Teruskan PTS dalam usaha memandaikan bangsa.

WAN NOR AINON 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Sekolah
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Laporan dari Bangkok Previous entry: Karya Farish Nor dan Kassim Ahmad akan Diterbitkan

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: