Sunday, May 04, 2008

Surat Pilihan: Portal PTS

Assalamu'alaikum Puan Sifu,

Semoga dikurniai Allah kesejahteraan selalu demi meneruskan perjuangan memandaikan bangsa.

Setelah lebih enam tahun PTS melestari dunia buku dan penulisan tanah air, kedudukan PTS dalam arena buku Melayu sudah boleh dibanggakan, walau pun perjalanan masih jauh dan perjuangan memang masih belum selesai.

Sepanjang tempuh itu dan akan datang, tidak dapat dinafikan para penulis PTS merupakan salah satu daripada mata-rantai yang penting dalam jaringan perniagaan PTS. Sebab itulah PTS telah mengambil banyak langkah pro-aktif untuk mempromosikan penulisnya, seperti interview dengan radio, PTS-TV dan sebagainya.

Di sini iznkan saya membuat satu cadangan untuk menambahkan satu lagi tindakan bagi memberi pendedahan penulis PTS kepada khalayak pembaca dan warga internet, iaitu mempamerkan serta membuat link dari Portal PTS ke blog para penulis PTS.

Memandangkan kepelbagaian stail dan wajah blog para penulis PTS, demi menjaga piawaian PTS, kerana link kepada blog penulis ke Portal PTS boleh memberi kesan negetif atau positif kepada imej Portal PTS, maka PTS bolehlah membuat penilaian kepada setiap blog penulis yang ingin dipamirkan link dari Portla PTS. Hanya blog yang lulus penilaian itu saja dibenarkan link dipamir di Portal PTS.

Promosi penulis sebegini merupakan salah satu marketing tool bagi PTS di samping mempromosikan penulis PTS.

Sekian sedikit cadangan, semog memberi manfaat kepada kita semua. Wassalam dan terima kasih.

Imran Yusuf @ Alang Kelana.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hubaya-hubaya! Penulis Komen dalam Blog Dituduh di Bawah Akta Hasutan Previous entry: Notis! Ahad 18 Mei 2008 Kursus Bahasa Melayu Tinggi untuk Semua Penulis PTS
Shamsuddin Kadir  on  05/09  at  11:12 AM

Satu cadangan yang amat baik bagi dipertimbangkan oleh Puan Sifu.

Halaman Unika adalah pusat bagi setiap pelawat yang ingin mengenali ataupun menghubungi para penulis PTS.

Saya menyokong usul yang dibawa oleh Tuan Imran Yusof

Entri terbaru di http://www.shamsuddinkadir.com

MBA  on  05/09  at  04:54 PM

Salam.

Saya juga menyokong cadangan ini. saya telah asingkan blog peribadi (http://mba2u.blogspot.com) dengan portal penulisan buku (setakat ini cuma buku Kerjaya Dalam Bidang ICT) di http://muhamadbinali.com

Wassalam.

 on  05/09  at  05:16 PM

Assalam alaikum wbt

Sebenarnya perkara ini pernah dibawa perbincangan pada hari kedua pertemuan para penulis PTS Millenia yang dianjurkan dahulu. Bagi mereka yang pernah menghadiri perjumpaan selama dua hari (23-24 Febuari 2008) ini juga sedia maklum isu ini.

Beberapa isu yang timbul dan dibincangkan pada hari itu adalah,

Pertama, sistem yang digunakan kini dalam laman web PTS ‘canggih’ sehingga ia menyukarkan pentadbir yang terdiri daripada semua editor menambahkan isi kandungan dalam portal.

Jika kita ingat, sistem dahulu sebelum 2007, setiap berita PTS dimuatkan berserta gambar dan laporan yang panjang dan memuaskan hati. Kini ia bertukar kepada pengumuman ringkas.

Kedua, persoalan siapa yang akan menguruskan perkara tersebut kerana ia akan melibatkan beratus-ratus penulis, dimaklumkkan salah satu anak syarikat PTS sahaja mempunyai 300 penulis. Ia akan menjadi satu senarai panjang.

Ketiga, alternatif yang dicadangkan ialah begini, setiap penulis menghantar biodata mereka disertakan bersama url laman web mereka agar ia dapat dimasukkan bersama.

Tetapi, ramai penulis PTS masih tidak mengemaskini biodata mereka di dalam portal rasmi PTS. Itu juga situasi yang masih belum selesai.

Keempat, ada cadangan agar web penulis dikategorikan mengikut bidang sama seperti kategori buku, tetapi ada pula penulis yang menulis lebih dari satu bidang, maka ia akan jadi pengulangan. Jadi apakah cadangan solusi ini?

Kelima, sebenarnya itulah cadangan saya apabila mewujudkan portal forum tidak rasmi di http://penulispts.forumotion.com bagi melihat seramai mana penulis PTS yang akan mendaftar bagi menyenaraikan url mereka kelak, tetapi tidak mencapat angka sasaran (paling minima 50) agar saya dapat senaraikan seperti SOPO

Keenam, jika ada penulis yang sukarela membantu membuat direktori sementara PTS itu lebih bagus, ini memudahkan pihak PTS apabila senarai itu disediakan kelak. Mungkin dapat dimulakan dengan mengikut kaedah http://sopo-sentral.blogspot.com/ atau guna kaedah yang lebih mudah atau gunakan sistem yang sedia ada.

Sebenarnya isu penglibatan penulis PTS selain berkarya adalah perkara yang timbul dalam mengetengahkan cadangan ini. Seramai mana akan terlibat dan seramai mana sukarelawan akan terlibat?

Terima Kasih
--------------------------------------------------------

ZAMRI MOHAMAD
http://www.motivasimindamu.blogspot.com

MBA  on  05/09  at  08:00 PM

Assalam alaikum wbt

Pada hari Ahad 11 Mei ini, surau Al-Hidayah di sebelah rumah saya akan melancarkan portalnya. http://al-hidayah.surau.info Saya bangunkan portal tersebut minggu lepas dan kebetulan Ahad ini ada AGM. Oleh itu AJK ingin lancarkan sekali portal tersebut walaupun ia masih dalam pembinaan.

Saya ingin mengajak semua penulis PTS untuk beramal. Sdra/i boleh pilih mana-mana surau yang dikehendaki. Bina portal atau blog untuk mereka. Saya sediakan DNS secara percuma atas nama xxxx.surau.info atau surau.info/xxxx . Hmmmm dengan nama tersebut, masjid kurang sesuailah.

Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya.

Jom beramal kepada surau melalui ICT.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: