Surat Pilihan: PTS Macam Ibu Ketam
Assalamualaikum,
Saya telah membaca buku Fikah itu Memang Best. Memang menarik bagi saya, cuma saya kurang bersetuju dengan pakaian yang dikenakan watak kartun wanita yang berbaju ketat tetapi bertudung (yang juga tidak menutup bahagain yang sepatutnya ditutup iaitu leher dan dada).
Saya rasa adalah lebih baik dan sopan sekiranya watak kartun wanita memakai pakaian longgar atau berbaju kurung seperti yang dianjurkan agama kita. Mungkin pelukis/penulis nak seiringkan dengan fesyen semasa, namun jangan lupa bahawa apa yang dianjurkan Islam adalah sebaliknya. Tambahan pula, buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk menarik orang yang kurang pengetahuan agama mengamalkan apa yang sepatutnya.
Sekiranya perkara ini tidak diambil kira, mungkin pembaca lain juga seperti saya (mungkin atau saya terlalu sensitif dalam hal ini) akan mengatakan bahawa, "Hendak ajak orang ke arah yang lebih baik tapi gambar kartun dia pun tidak betul pakaian watak wanitanya". Bukankah ini seperti ibu ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan lurus?
Saya rasa itu sahaja yang saya nak komen sebab saya rasa bertanggungjawab untuk membetulkan. Benar Islam itu mudah tapi bukan boleh dipermudahkan. Maaf andai ada kata2 yang kasar yang tidak sedap dibaca. saya amat berharap agar saranan saya diterima dan kartun itu diubah. Islam itukan indah. Sekian, wassalam.
Linda Haron
UTM, Skudai, Johor.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Target buku ini mungkin untuk remaja masa sekarang, yang berpakaian seperti watak di dalam ilustrasi itu. Apabila sudah membeli dan membaca buku ini, mungkin mereka akan mengubah cara berpakaian. Kiranya, hendak mengumpan anak rusa kenalah sesuai umpanya. Nanti anak rusa lari.
Ini komen saya. ini kotak komen. saya menulis komen saya.
Isu pakaian watak pada kulit muka buku ini pernah saya sebut sebelum ni. Tapi sayang tidak ada respon dari sesiapa di PTS. Harap lepas ni Nakhoda Blue Ocean yang merupakan lepasan al-Azhar boleh berikan lebih perhatian terhadap isu ini.
Cuma komen saudara kita Fairul ini berdasarkan konsep dakwah yang macam mana? Berjalan di landasan yang salah untuk sampai ke destinasi yang betul? MMMmmm alahai
Saya rasa ada benarnya pendapat Linda. Lagipun sekarang sudah byk fesyen2 Islami yang sesuai diterapkan sebagai ilustrasi. Kita kan sudah ada Islamic Fashion Festival - boleh cedok idea sebanyak2nya dari sana dan kenakan dengan konsep dakwah yang disarankan Linda. Apapun, hanya pandangan saya, dengan rendah hati.
Saya rasa ada satu lagi kulit buku tidak sesuai.Aku Mahu Teman Tapi Mesra, karya Pn Ain Maisarah. Baju kuning dipakai gadis itu terlalu singkat ala-ala bawah pusat, siap nampak kulit.Boleh diperbaiki pada masa hadapan.
Saya sudah baca buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra, tak ada pun covernya ada pakai baju kuning dan nampak kulit.
Jumie… awak baca ke tak novel itu? Nampak sangat tak baca.
Hotahey,
Saya memang tidak baca buku itu lagi sebab saya sudah melepasi umur remaja.Anak pun belum remaja lagi.Saya lihat ‘cover’ buku itu dalam blog Puan Ain.
http://ainmaisarah.blogspot.com/2008/02/aku-mahu-novelcomel.html. Tidak tahulah pula kalau-kalau ada 2 cover buku yang berlainan di pasaran.
Sifu,
Saya cadangkan supaya diadakan kursus mengenai aurat, pemakaian menurut Islam, fesyen menurut Islam dan kalau kursus ini terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.
Mungkin ramai antara kita yang belum jelas mengenai aurat. Saya pun belum tentu jelas sepenuhnya mengenai aurat.
Harap-harap selepas ini tidak ada lagi isu aurat dalam buku-buku terbitan PTS.
Dan saya bersetuju dengan Hotahey, saya rasa Jumie tersilap tajuk buku. Saya difahamkan desain kulit buku Ain Maisarah itu mempunyai 2 versi, desain kulit buku versi pertama ditolak kerana dianggap terlalu kebudak-budakan, manakala desain versi kedua adalah versi yang ada di pasaran sekarang, dengan pelajar sekolah, seorang gadis, memakai tudung.
Maafkan saya Jumie, saya rasa anda tersilap pandang, kerana saya dimaklumkan secara terus daripada Ain Maisarah untuk kedua-dua versi kulit buku itu (sebelum dan selepas melakukan perubahan). Tidak ada desain menampakkan pusat untuk novel Aku Mahu Teman Tapi Mesra.
Kulit buku yang lain agaknya, mungkin anda perlu memeriksa semula judul novel itu.
Jumie,
Kulit buku di dalam pautan yang anda kirimkan itu:
http://ainmaisarah.blogspot.com/2008/02/aku-mahu-novelcomel.html.
BUKAN TERBITAN PTS! Itu bukan desain kulit buku yang diterbitkan oleh PTS, tetapi dibuat atas inisiatif penulis buku itu sendiri.
Apa pun, terima kasih buat Jumie kerana anda memaklumkan dengan jelas sumber kenyataan yang dibuat.
mendelah
org tua nih tau komplen je ke.. hah
Itu bukan terbitan PTS. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
bukan terbitan PTS. Tapi satu saja nak cakap, adik saya tegur saya balik, kata guna bahasa Melayu tinggi.
Tapi saya pula diperli-perli sebab ada campur-campur bahasa melayu rendah, bahasa inggeris dan apa-apa lagi.
Minta akan datang Maisarah gunalah bahasa Melayu baku sama dengan PTS janganlah campur-campur ya! (saya cadang PTS pada tiga orang adik)Nanti cikgu pun suka baca. Lepas itu cikgu galakkan. Sayang Maisarah!
Adik Hotahey,
Apabila komen/maklumbalas dibuat,itu tidak bermakna orang tidak suka ‘owner’.Bagi orang berniaga,maklumbalas dari orang lain untuk kebaikan produk sendiri memang dialu-alukan supaya produk akan datang dapat diperbaiki lagi.
Banyakkan membaca+tambah ilmu+ perbaiki akhlak lagi ya!
Post a comment