Emel Pilihan: PTS Dituduh Ikut Cara Kristian Sebab Hendak Melariskan Jualan Buku-buku Agamanya
Assalamu'alaikum,
Memang ada beberapa penerbit masa kini yang meminta penulis menulis secara mudah agar dapat menarik minat pembaca awam. Persoalannya, sejauh mana kita hendak memudahkan penulisan, atau lebih tepat, mencairkan agama agar dengan itu ia menarik perhatian pembaca?
Persoalan kedua, adakah penerbit benar-benar hendak mendakwahkan Islam kepada orang awam atau mereka sekadar hendak melariskan jualan. Buku ilmiah memang slow, buku mudah memang pantas jualannya. Bukankah ada strategi lain, iaitu memudahkan buku ilmiah?
Contoh mencairkan agama yang saya maksudkan boleh dilihat pada buku berjudul: "Biografi Muhammad bin Abdullah". Manusia yang paling mulia digelar dengan namanya secara direct padahal Allah berfirman dalam ayat 63 surah al-Nur: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu.
Adapun singkatan s.a.w. selepas nama baginda, marilah lihat apa kata al-Imam al-Nawawi rahimahullah dalam Muqaddimah Syarah Shahih Muslimnya: Apabila penulis hadis Rasulullah menjumpai lafaz Allah, maka hendaklah dia meletakkan kalimah yang bermakna penghormatan untuk-Nya, seperti `Azza wa Jalla, Ta'ala, Subhanahu wa Ta'ala, Tabaraka wa Ta'ala, Jalla Zikruhu, Tabaraka Ismuhu, Jallat `Azhamatuhu dan bentuk kalimah pujian yang lain.
Begitu juga ketika penulis menjumpai lafaz Nabi, maka hendaklah dia meletak kalimah shallallahu 'alaihi wasallam secara lengkap, bukan ditulis dengan singkatan atau rumus-rumus tertentu.
Begitu juga jika dia menemukan nama salah seorang sahabat Rasulullah, maka dia sangat dianjurkan meletak kalimah radhiallahu 'anh. Jika nama yang dijumpai ialah dua orang sahabat, maka hendaklah penulis meletak kalimah radhiallahu 'anhuma. Sedangkan apabila penulis menjumpai nama salah seorang ulama' atau tokoh yang shalih, maka hendaklah dia meletak kalimah radhiallahu 'anh atau rahimahullah.
Demikian sekadar 2 contoh. Di sini saya bukan alergi kepada penulisan yang mudah, akan tetapi hendaklah ada sempadan kemudahan tersebut. Jangan hanya nak ikut agama Kristian, puluhan perubahan telah mereka lakukan semata-mata untuk memudahkan agama mereka.
Wassalamu'alaikum.
Ust. Z
.............
Nota Sifu: Tulisan di atas disebarkan melalui perbincangan yahoo-group. Penulis emel ini tidak pernah menghadiri bengkel penulisan buku-buku tentang Islam yang diadakan oleh PTS ISLAMIKA.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalam alaikum Puan,
Cadangan saya dikumpulan semua entri berkaitan perbahasan ini dalam UNIKA dan dimasukkan dalam satu entri atau fail khusus termasuk komentar yang dilontarkan pengunjung.
Selepas itu sesiapa mahu membangkitkan isu ini sekadar copy-paste senarai perbincangan itu untuk sebaran umum
ZAMRI MOHAMAD
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Apakah pembacaan upaya menghapuskan rasa beragama di dalam hati dan secara umumnya adakah lelaki yang pernah tidak melihat wanita di dalam keadaan tanpa pakaian?
Saya yakin 99.9% walau siapapun dia yang berwajah baru kini pasti pernah melakukannya jadi Al-Quran dibaca oleh siapa dan pemahaman di dalam Al-Quran di dalam bahasa yang difahami bagaimana upaya dibawa ke khalayak yang kini semakin longgar adat berbudayanya?
Tidak ada orang awam yang mahu mengambil tempat ulamak kerana masing-masing tetap meletakkan ulamak di tempat tertinggi yang menjadi tempat rujukan lantaran kelemahan minda awam untuk menguasai displin ilmu terutama di dalam lughrah nahu arab dan hukum fikh.
Siapakah yang membaca Al-Quran Hadis 40 Shahih Muslim Shahih Bukhari dan kitab muktabar yang tinggi huraian dan penjelasan dalil serta sanadnya yang kini tergambar prinsip-prinsip hak dan batil bercampur aduk untuk diamar makrufkan dan dinahi munkarkan lantaran ketidak boleh dan ketidakupayaan menguasai intisari permakluman asuh didikan Al-Quran dan Hadis.
“Bukankah telah dibinasakan orang-orang terdahulu dari kamu.”
Perkataan yang mudah makna ayat ini adalah kelumrahan yang terjadi kini telah juga berlaku dahulu saat manusia mengengkari seruan Allah menerusi seruan dakwah Rasul-Rasul yang didustakan konsep ketauhidan. Konsep tauhid adalah tidak bersyirik.
Membanyakkan hasil penceritaan tauhid ini membantu untuk pembaca mulai menyelak Al-Quran dan mulai menjejaki perspektif baru yang benar mengenai diri peribadi Rasulullah (salam dan selawat untuk nabi keluarga dan sahabat.
Andai saya silap perbetulkan kerana berfahaman bahawa penganut Kristian berupaya mengenali potensi diri mereka cuma menafikan Kristian sebagai agama akidah.
Diri muslim pula potensi diri tidak dibenarkan dikenali dan berasa khuatir untuk mengakui dengan yakin Islam sebagai Ad- Deen kaedah membentuk cara hidup.Di dalam hal ini orang Kristian dikira lebih berjaya sebagai ummat yang menzahirkan Keadilan dan Ketinggian Kasih Sayang Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Mengasihi mengurniakan rahmat untuk seluruh manusia(tidak hanya kepada muslimin sahaja bahkan diberikan juga kepada yang bukan muslim)yang bermanafaat untuk dihayati oleh golongan atheis jika mereka tidak hanya menggunakan akal sahaja.
Dengan rendah diri mohon dituntun untuk memahami.
Salam,
Sekadar ingin berkongsi.
Satu waktu dulu pernah tersebar di email isu penggunaan kata ringkas untuk ucapan ‘Assalamualaikum’. Contoh ‘A’kum’, ‘As’kum’, dll.
Kami pernah berbincang di sesi soal jawab satu kuliah.
‘Pada pendapat saya hukumnya harus’, kata Ustaz. Kami terperanjat. Jawapan Ustaz lain dari adat.
‘Tapi Ustaz, makna dia dalam bahasa yahudi tak elok’, si bertanya mula berbalas hujah. Ustaz hanya tersenyum.
‘Ustaz nak tanya, siapa di antara kita faham bahasa hebrew? Entah-entah email ini cuma tipu. Mana kita tahukan. Malah jika nak dibanding pelbagai bahasa, perbualan harian kita mungkin banyak sangat mencarut-marut’. Semua ketawa.
‘Tak ke lebih baik kita tulis perkataan penuh Ustaz. Lebih bersopan?’
‘Ustaz rasa kurang praktikal. Contoh sms. Habis credit ucap salam sahaja’. Kami gelak. Betul juga. ‘Malah kalau nak dikira fatwa yang ustaz tahu, tulis penuh lagi tak boleh.’
‘Maksud ustaz?’ Wah ini cerita baru.
‘Ada fatwa melarang kita menulis ayat quran dengan rumi… sebab huruf rumi tidak dapat menggambarkan secara tepat huruf quran. Tapi yelah… salam bukanlah ayat quran secara tepat kan. Tapi itu fatwa terdekat setahu Ustaz’, terang Ustaz panjang lebar.
‘Kenapa kita tak tulis aje dalam bahasa arab. Cut and paste ajer kan? Senang dalam computer’, ada yang mencadang.
‘Lagi bahaya. Kita kena jaga jangan sampai terlangkah, terbawa tandas. Sebab ada tulis nama Allah. Pada Ustaz yang penting yang membaca faham apa yang nak disampaikan. Dia tahu tu maksudnya salam, dan dia jawab salam. Tapi kalau kita tahu orang yang membaca tu tak suka kita buat macam tu, kita tulislah dengan yang dia suka. Yang penting niat asal tak terjejas’, kata Ustaz menjawab cadangan.
Kami semua terangguk-angguk mendengar ulasan ustaz.
-----------
Saya suka jawapan ustaz ni. Mudah untuk dipraktikalkan. Contoh kalau sesama web pts, saya akan guna cara yang ditetapkan… sesama teman2 pula yang simple2 aje yang masing2 terima. Urusan rasmi atau recipient ada muslim non malay, saya tulis penuh.
Saya tiada pengalaman khusus tentang ucapan ‘s.a.w.’ atau ‘r.a.’. Rasa macam ‘loss opportunity’, pasal orang kurang selawat. Tapi kalau pembaca target ialah orang yang nak berjinak dengan ilmu agama (tak kira muslim atau tidak)… boleh park under siasah dakwah kot.
WaAllahualam
wassalam
Teja/teeja,
‘Fog index’ tulisan sdra/i sangat tinggi.
Saya lihat dari sudut yang lain. Ini petanda positif. Golongan ustaz sudah mula celik mata dengan buku-buku Pts. Ya! tentu sahaja di sana sini masih ada kekurangan. Mudah-mudahan mereka dapat membantu membaiki kekurangan itu. Jangan hanya ‘mengutuk kegelapan’ tanpa ‘menyalakan lilin’.
Nampaknya pokok yang kita goncang sekian lama sudah menampakkan hasil. Seperti ada buah yang akan gugur.
Alhamdulillah.
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Saya percaya sekiranya diadakan dialog di antara para ustaz dan pihak PTS, tentulah baik dan molek.
Zaman sudah berubah. Saya percaya pihak PTS menghadapi cabaran yang bukan mudah dalam perjuangan memandaikan bangsa. Saya percaya para ustaz juga ada berbagai aliran, pendapat dan pendekatan berdakwah.
Empat sifat para rasul dan nabi (alaihisalla tu wassalam..) ialah sidiq, amanah, tabligh dan fatanah. Akan tetapi sidiq, amanah dan tabligh itu sangat bergantung kepada sifat fatanah. Fatanah ertinya bijak/cerdik/pintar.
Pihak PTS tergolong daripada golongan yang cerdik/pintar dan saya percaya para ustaz pun begitu sifatnya.
Maka alangkah baiknya apabila kelebihan yang ada pada kedua-dua pihak itu digabungkan semoga hasilnya akan memberi menfaat ke arah memandaikan bangsa.
Setuju?
Teja,
Sudah lama saya ingin menegur sikap Teja yang suka menyalahgunakan bahasa Melayu tetapi sebab dah ramai yang dah tegur dia, saya pun biarkan. Namun, semakin menjadi-jadi pula si Teja ni.
Teja,
Peliknya, awak ni Teja, merosakkan bahasa Melayu dengan menggunakan ‘dos’ yang tinggi. Overdos! Benda mudah awak susahkan.
Pening. Kita tak dapat nak baca tulisan awak. Awak menyusahkan benda-benda yang mudah. Ini diskriminasi! Kita nak permudahkan, awak nak menyusahkan.
Harap awak sedar ketaksuban awak dalam merosakkan bahasa. Cukuplah. Banyak kesalahan dalam struktur ayat. Permudahkan ayat awak.
Awak nak bagi idea, pendapat atau komen, boleh, tetapi jangan rosakkan bahasa Melayu lagi.
Bahasa adalah alat untuk menyampaikan.
Kalau orang tidak faham, apakah sampai maksud yang nak disampaikan?
Jangan sampai kerana terlalu tinggi gaya bahasa sehinggakan orang tidak mahu memandang.Kadang-kadang ini yang berlaku apabila karya sastera yang terlalu tinggi tidak laku di pasaran.Jangan salahkan orang lain mengatakan mereka hanya mahu membaca karya selain sastera, sedangkan salah itu kerana sang penulisnya.
Assalamualaikum,
Saya mempunyai satu naskah buku itu (terima kasih PTS kerana menghadiahkan kepada saya). Bagi saya, kandungan buku itu elok dan sesuai untuk pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah swt sebagai nabi dan rasul.
Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Mungkin Ustaz Z berpendapat sebagai orang “alim” tetapi bagi saya seorang saudara baru, serta orang lain yang baru berjinak-jinak dengan Islam (harus disedari bahawa bukan semua pembaca buku PTS adalah orang Islam & Melayu sahaja)bentuk penulisan seperti buku ‘Biografi Muhammad bin Abdullah’ adalah yang akan dibeli dan dibaca, bukan yang berat-berat dengan istilah Arab. Kulit buku itu juga tidak perlu dibalut oleh pembaca bukan Islam yang risau minatnya terhadap Islam diketahui keluarga atau rakan-rakan lain
Bukankah Islam itu mudah?
Terima kasih & Syabas Sdri Aliya Yeoh. Sdri telah membuktikan teori PTS tepat dan betul.
Sebagai seorang yang belajar agama ke peringkat yang lebih tinggi. Memang ada perbincangan di kalangan para ulama’ tentang perkara ini. Namun bagi saya, ini kesimpulan yang saya dapat utarakan.
Katakanlah Nabi Muhammad s.a.w. yang kita sanjung dan teladani itu sekarang datang dan membaca buku tentang diri sendiri iaitu Biografi Muhammad bin Abdullah, adakah baginda akan berkecil hati kerana tidak ditulis selawat kepadanya. Adakah Nabi akan marah kepada penulis buku ini? Jawapannya kita boleh agak sendiri dari sifat-sifat baginda yang terpuji.
............
Tuan Saifuddin,
Satu lagi soalan hipotetikal, adakah Nabi Muhammad akan berkecil hati apabila beliau mengetahui ada antara pengikutnya yang bersusah payah menuliskan biografi beliau, dan ada pula penerbit yang mengambil risiko kewangan beribu-ribu ringgit bagi membiayai penerbitan biografi beliau itu, semata-mata demi supaya orang-orang bukan Islam mengetahui sifat-sifat baginda yang terpuji? Sepatah kata tuan, “jawapannya kita boleh agak sendiri”.....
Sudah menjadi kelaziman, apabila ada titik kecil di atas kertas putih yang besar, kita cuma nampak titik kecil tersebut, kita tidak nampak kertas putih yang besar itu.
Pahala yang tersedia bagi mereka yang bersusah payah berdakwah dengan mengarang sebuah buku biografi Nabi Muhammad bagi memperkenalkan beliau kepada orang-orang bukan Islam tentulah besar. Yang itu kita tidak nampak (disebabkan kita sendiri tidak menulis buku seperti itu).
Assalamualaikum,
Pada pandangan saya, buku ini sangat baik. Bak kata Puan Ainon, ianya ditulis bagi memperkenalkan Nabi Muhammad (S.A.W) kepada orang-orang bukan Islam. Kalau kita menggunakan terlalu banyak istilah bahasa Arab, matlamat murni ini mungkin agak tersasar. Jadilah sirah Rasulullah hanya untuk tatapan para ustaz dan ustazah sahaja, walhal kita sebagai umat Muhammad (S.A.W) mempunyai tugas besar bagi memperkenalkan biodata agung ini kepada seluruh manusia.
Saya ada 3 buah buku sirah, tetapi saya tetap akan dapatkan buku PTS ini kerana ia menggunakan pendekatan berlainan. Suka saya nyatakan di sini, sokongan saya kepada PTS tiada sebarang kepentingan. Saya bukan penulis PTS pun.
Post a comment