Saturday, July 26, 2008

Surat Pilihan: PTS Menyusahkan Katerer

Sifu yang saya hormati,

Sejak akhir-akhir ini saya lihat PTS dan kumpulan anak syarikatnya begitu aktif menerbitkan kumpulan novel yang bermutu dalam pelbagai genre, terutamanya novel dewasa, sai-fai, Islami dan thriller.

Saya sebagai pengemar buku dan novel sebegini cukup teruja dengan perkembangan sihat ini. Dalam kesibukan menguruskan rezeki anugerah Allah, saya sentiasa mengikuti secara dekat setiap perkembangan dunia penerbitan negara, terutamanya buku-buku dalam bahasa Melayu.

Jika 10 tahun lepas, dunia penerbitan buku bahasa Melayu agak malap, dewasa ini ianya semaki mengebu-gebu (pinjam kata-kata Sifu). Jika 10 tahun lepas saya susah untuk mencari novel-novel bermutu dari penerbit Melayu, sekarang alhamdulillah, payah pula untuk saya memilih! Kalau diikutkan hati, semua saya mahu beli dan baca.

Satu yang pasti, chef Lusiana Catering akan merungut, begini: "Nampak gaya saya kena beli rak buku lagi."

Teruskan perjuangan, Sifu. Saya sentiasa menyokong perkara yang baik, insyaallah.

Web Sutera dari http://themakan.blogspot.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bahasa Mengajak-ajak Previous entry: Editor dan Mak Andam
Web Sutera  on  07/30  at  06:03 PM

Terima kasih, Sifu. Sekadar makluman, saya sudah miliki novel Salju Sakinah dan Syahadat Cinta khusus saya hadiahkan kepada chef tersayang. grin

Saya pun akan baca juga, dan akan saya ulas, insyaallah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.