Tuesday, September 30, 2008

Surat Pilihan: Satu Buku, Dua Terjemahan

Assalamualaikum, Puan. Semoga Puan dalam keadaan sejahtera dan dirahmati Allah s.w.t.

Saya ialah M.Fakhrulrazi, salah seorang bakal penulis di PTS apabila buku karangan saya, Bisnes Ikan Keli dan Bisnes Cendawan ditebitkan. Saya ada beberapa persoalan tentang buku terjemahan.

1. Jika sesebuah penerbitan telah menerbitkan buku terjemahan, bolehkah syarikat lain menerbitkan lagi? Dengan kata lain, dua syarikat menerbitkan dua terjemahan  buku yang serupa dengan penterjemah yang berlainan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan hak penterjemahan untuk karya luar negara?

3. Saya telah membaca buku "Blue Ocean Strategy" dan tertarik tentang idea yang terkandung dalam buku tersebut. Saya ingin menterjemah buku tersebut tetapi malangnya buku tersebut telah diterjemahkan ke  dalam bahasa melayu Indonesia. Buku tersebut telah dijual di kedai buku sekarang. Setelah membelek buku tersebut, saya dapati agak susah  untuk memahami isi kandungan kerana menggunakan bahasa Indonesia dan diterbitkan oleh syarikat Indonesia (Serambi.co.id). Saya fikir, buku tersebut tentu lebih laku keras jika diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.

4. Apakah pendapat Puan jika saya mahu menterjemah karya tersebut dalam Bahasa Malaysia?

5. Jika pihak PTS bersetuju menterjemahkan karya ini ke dalam bahasa Malaysia, saya amat berbesar hati jika PTS melantik saya menjadi penterjemah tersebut.

Akhir sekali, saya amat berbesar hati jika Puan dapat menjawab emel saya ini. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.

Terima Kasih.

................ 

Nota Sifu:

Perkara 1: Yang berhak menentukan siapa, dan berapa pihak, boleh menterjemah sesebuah buku adalah pihak yang memiliki hakcipta buku itu. Terpulang pada apa yang ditulis dalam perjanjian pelesenan buku itu. 

Perkara 2: Bagi mendapatkan lesen penterjemahan, caranya adalah dengan membuka laman web penerbit tersebut dan dapatkan maklumat di situ.

Perkara 4: Jangan menterjemah apa-apa buku sebelum mendapatkan lesen penterjemahannya. 

Perkara 5: Buat masa ini PTS mempunyai tim penterjemah yang sudah saya latih sehingga kemahiran mereka menterjemah mencapai piawaian PTS. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sang Pemimpi Previous entry: Selamat Menyambut Hari raya
MBA  on  09/30  at  03:05 PM

Salam;

Saya fikir buku Blue Ocean Strategy (BOS)memang sukar difahami. Penulisnya ialah profesor tersohor. Kesulitan memahami kandungan buku ini bukan kerana Bahasa Inggerisnya. Karya terjemahan dalam Bahasa Indonesia juga sukar difahami, bukan juga kerana bahasanya. Lantaran itu, jika buku BOS diterjemah ke Bahasa Melayu Tinggi (BMT) sekalipun saya fikir ia masih sukar difahami.

Oleh itu menulis semula BOS secara adaptasi adalah lebih bermenafaat daripada menterjemah. Sebenarnya saya sudah “siap” menulis buku adaptasi “Strategi Samudera Biru”. Ia tersimpan sahaja dalam cakera komputer saya. Sebelum menulis, ia memang telah mendapat persetujuan PTS Pro. Saya memang gunakan seoenuhnya KJ Method. Saya tulis empat buah buku serentak, iaiatu:-
1) 50 Kerjaya Terpilih Dalam Kerajaan
2) 50 Jawatan Pilihan Dalam ICT
3) Strategi Samudera Biru
4) Travelog Jepun.

Buku yang pertama dan kedua telah lama diserahkan kepada editor. Buku yang keempat masih saya belek-belek buat mekap di sana sini.

Buku ketiga, telah saya lupakan. Saya kembali mengingatinya setelah Editor Perolehan Baru PTS Pro menghantar mel bertanyakan manuskrip tersebut dan berminat untuk menerbitkannya. Tarikh baru penyerahan telah dipersetujui dalam masa sebulan lagi.

Sekian.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: