Surat Pilihan: Tentang Penulis “Middle Brain”
Puan Sifu,
Salam.
Saya ada membaca satu artikel (saya tidak ingat sumber itu) yang menyatakan jika seorang profesional (jurutera, doktor, akauntan) mempunyai bakat menulis karya fiksyen bererti dia tergolong dalam kumpulan yang dipanggil “middle brain”.
Kelebihan seseorang itu bergantung pada sama ada dia adalah seorang “left-brain” atau “right brain”. Itu juga menjelaskan kenapa sesetengah orang dikatakan lebih cenderung dengan angka dan sesetengah yang lain lebih berminat dengan bahasa atau karya kreatif (muzik, lukisan, penulisan). Bagaimana pula golongan “middle brain” ini?
Menurut artikel itu juga, golongan “middle brain” ini adalah “endangered species”. Daripada sepuluh orang pemimpin yang dikenali dunia, majoriti adalah “middle brain”.
Apakah pendapat Puan Sifu ?
HIDAYATI KASUMA ABDUL HADI
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment