Saturday, July 26, 2008

Surat Pilihan (I): Tiada Konsep Hakcipta dalam Islam

Assalamualaikum, Puan Sifu.

Saya menerima sepucuk emel daripada seorang pembaca blog saya yang bunyinya adalah seperti di bawah ini. Apakah pendapat Sifu tentang pandangan pengirim emel ini?

NR 

...............


Saudari,

Saya suka membaca artikel-artikel dalam blog anda, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan anda tulis: Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan sesiapa menyalin semula ayat-ayat pada karya ini dengan apa cara dan untuk apa juga tujuan, melainkan dengan izin bertulis daripada pengarang.

Kenapa mesti ada hakcipta setiap artikel dakwah kita? Siapa yang mencipta undang-undang hakcipta? Adakah undang-undang hakcipta itu berasal daripada hukum ALLAH dan Rasul ataupun undang-undang hakcipta ini berasal daripada sistem kapitalis?

Apakah anda tidak sedar bahawa setiap artikel yang anda tulis ini dibaca, disalin, difotokopi oleh semua orang diberi pahala oleh ALLAH? Tanpa perlu ada hak cipta pun.....

Adakah Imam Bukhari, Imam Ahmad, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ghazali, Imam Hanafi menulis "Hakcipta Terpelihara" pada kitab-kitab mereka?

SESUNGGUHNYA TIADA HAK CIPTA DALAM ISLAM. SEMUA BERHAK MENYALIN DAN MENYEBARKAN ILMU ALLAH KEPADA SEMUA MANUSIA. Setiap ilmu yang disebarkan kita dapat pahala....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Menulis untuk Jurnal Previous entry: Bahasa Mengajak-ajak
Mohd Nadzrin Wahab  on  07/27  at  03:15 AM

Salam UNIKA Sifu, NR dan saudari yang tidak bernama,

Saya bukan alim dalam din Islam, tetapi saya akan cuba menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan.

“Kenapa mesti ada hakcipta setiap artikel dakwah kita?”
Pada pendapat saya, kemestian hakcipta waima untuk artikel dakwah adalah bagi melindungi maruah dan nama baik penulis.

Yang penting di sini adalah perkataan keizinan, dan Islam meletakkan nilai yang terlalu tinggi pada keizinan dan kerelaan. Kita tidak tahu ke mana dan di mana penulisan kita akan muncul dan kita tiada kawalan ke atas penampilan bahan tersebut.

Sebagai satu contoh, seorang sahabat saya, Ustaz Z pernah dijemput memberi ceramah agama oleh sebuah kumpulan pseudo-persilatan berimejkan Islam. Ceramah itu dirakam dan dijual secara meluas di kalangan ahlinya tanpa keizinannya.

Malangnya, apabila kumpulan itu akhirnya diharamkan kerajaan beberapa tahun kemudian, nama sahabat saya turut terpalit dengan kekotoran itu. Sehingga hari ini, beliau sukar menjernihkan keadaan di kalangan orang yang tidak rapat dengannya. Padahal ceramah asalnya itu tiada unsur-unsur meragukan.

Tetapi, ramai sahaja penulis yang memberi keizinan terbuka, seperti Allahyarham Ahmad Deedat yang membenarkan bukunya The Choice (dan banyak buku lain) diterbitkan semula untuk maslahat umum. Tetapi, beliau tetap mengenakan syarat agar kandungannya tidak diubah, walau setitik.

“Siapa yang mencipta undang-undang hakcipta?
Adakah undang-undang hakcipta itu berasal daripada hukum ALLAH dan Rasul ataupun undang-undang hakcipta ini berasal daripada sistem kapitalis?”
Sudah tentu undang-undang hakcipta ini mulanya bukan berasal daripada sistem Islamiyyah, tetapi pada pendapat saya, selari dengan hukum Takzir.

“Apakah anda tidak sedar bahawa setiap artikel yang anda tulis ini dibaca, disalin, difotokopi oleh semua orang diberi pahala oleh ALLAH? Tanpa perlu ada hak cipta pun…..”
Saya setuju. Tetapi, adakah mereka mendapat dosa jika tidak melakukannya? Maka, jika tidak, perkara ini jatuh sebagai Sunnah, bukannya Wajib.

“Adakah Imam Bukhari, Imam Ahmad, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ghazali, Imam Hanafi menulis “Hakcipta Terpelihara” pada kitab-kitab mereka?”
Tidak. Tetapi kita tidak lagi dapat bertanya kepada mereka apa pendapat mereka jika penulisan mereka disalahgunakan dan jika pada keadaan masakini, mereka akan merelakannya atau turut meletakkan Hakcipta pada karya mereka. Wallahua’lam.

“SESUNGGUHNYA TIADA HAK CIPTA DALAM ISLAM. SEMUA BERHAK MENYALIN DAN MENYEBARKAN ILMU ALLAH KEPADA SEMUA MANUSIA.”
Sila baca di sini http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503543972

“Setiap ilmu yang disebarkan kita dapat pahala….”
Ilmu atau penulisan?

Salam persilatan,

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/27  at  05:06 AM

Salam,

Sekadar menambah,

Kata-kata ‘tiada hakcipta dalam Islam’ ini biasa juga dicanangkan oleh mereka yang ingin mengamalkan cetak rompak. Baik VCD, mp3, buku, aplikasi lembut (software) dll.

Saya pernah menghadiri satu kuliah agama di sebuah madrasah di Melaka. Menurut Ustaz (lebih kurang yang saya faham dan ingat) pandangan ‘tiada hakcipta dalam Islam’ itu salah dan memburukkan nama Islam. Malah dalam Islam, Allah mengiktiraf asal sesuatu amalan. Contoh, penukang rumah yang membuat madrasah, setiap majlis ilmu yang dijalankan di madrasah, penukang rumah akan mendapat ‘royalti’, walaupun dia menerima upah. (Kalau tidak ambik upah, itu kira sedekah. Pahala berganda lagi. Tapi almaklum sedekah, tidak boleh dipaksa, dan setiap orang ada tahapnya. Contoh Saidina Abu Bakar nabi terima 100%, Saidina Umar 50%.)

Konsep royalti seolah2 kita mengikut sunnatullah yang meraikan sesiapa sahaja yang terlibat dalam amalan baik dengan memberi imbalan berbentuk pahala.

Amalan cetak rompak pula amat tidak patut. Penghasilan media dakwah berkualiti memerlukan modal besar dan hasil yang berkualiti ada impak tersendiri dalam usaha dakwah. Justru bila kita amalkan cetak rompak, kita secara tidak langsung membunuh usaha dakwah.

Dari segi software pula, kalau kita guna program cetak rompak untuk hasilkan produk islami, maka kita mendedahkan hasil kita dengan bahaya ‘hilang berkat’. Saya ada buat kajian sendiri. Ada Ulamak yang menghalalkan software cetak rompak. Dalam hujah mereka, mereka meletak syarat iaitu,
1 - Kita tidak mampu beli dan benda tu perlu dan tiada equivalent opensource atau freeware
2 - Susah mendapatkan original (tiada wakil pengedar)

Alasan pertama ‘tidak mampu’ itu sering digunakan orang. Contoh mereka tidak mampu membeli Microsoft Office atau Corel Paint Shop Pro, dan sanggup ‘mencuri’ dengan menggunakan produk cetak rompak. Padahal orang yang sama mampu beli kereta yang ternyata lebih mahal. Kenapa mereka tidak curi sahaja kereta. Bukankah ia lebih teratas di dalam carta keperluan.

Ada pula yang kata Microsoft kampeni yahudi, kampeni US. Harus diingat Nabi tidak mencuri dari Yahudi. Juga tidak membenarkan umat Islam mencuri dari Yahudi. Malah jika difikirkan, setiap produk microsoft ada gantian alternatif, malah ada yang freeware atau opensource. Kenapa harus curi?

Wassalam

Macam Astora Jabat  on  07/27  at  08:44 AM

Bunyinya macam ajaran sesat. Penulis blog itu membuat tafsiran sendiri dan kenyataan lebih berunsur sesat. Atau, mungkin dia tidak memahami erti harta intelektual?

Masih ingatkah dia mengenai cerita sebiji epal dan anak dara pemilik epal yang dikatakan buta, bisu dan pekak?

ICe  on  07/28  at  01:03 AM

Oh.. komentar blog seperti ini seperti pernah saya jumpa.

Tapi di mana ya? eh wanzu? wink

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/28  at  04:00 AM

Ada kekeliruan rasanya. Yang dihakciptakan bukanlah idea dan ilmu, tetapi ‘expression’. Pengetahuan dalam buku boleh disampaikan, tetapi tidak boleh menyalin buku tersebut. Ia boleh jadi plagiat, atau lebih teruk cetak rompak.

Al Quran milik seluruh ummat, tetapi untuk mencetak jilid al Quran versi tertentu, perlu dapat kebenaran empunya pencetak yang menyusun, menulis, memeriksa, mengesah dan menghasilkan mushaf tersebut. Ia adalah hakcipta terhadap usaha menghasilkan ‘fizikal’ kitab/buku tersebut.

Untuk menghasilkan karya yang sedap dibaca, akademik, senang difahami, cantik grafik, berkualiti kertas, kemas rekaan; sudah tentu memerlukan kos. Untuk promosi juga perlu kos. Untuk masuk kedai pun perlu kos. Siapa yang nak tanggung kos itu kalau semua orang boleh cetak rompak semua buku keluaran orang Islam?

Kesian Astora Jabat celup…

Amiene Rev  on  07/28  at  05:54 AM

Saya bersetuju dengan En. Hambali.

Beginilah agaknya konsep hakcipta dalam penerangan di atas:

Kita semua ambil logik sebegini. Kita melihat satu objek, katakan buah epal.

Imej dan bayangan buah epal itu sudah ada di dalam kepala kita tetapi kita tidak mengambil buah epal itu.

Sekiranya kita mengambil buah epal itu, kita sudah mencuri, tetapi sekiranya kita melihatnya sahaja, itu belum dikira mencuri.


Begitu juga dengan penghasilan karya. Ia mengambil masa, tenaga dan idea untuk dihasilkan.

Karya dan ilmu memiliki persamaan. Tetapi karya bersifat intelektual, manakala ilmu bersifat global, milik semua.

Ilmu itu sudah sedia ada, tetapi karya itu sesuatu yang dijahit, sesuatu yang ditenun. Kita membuat baju atau kain dan menjualnya. Kita membuat kerusi, meja daripada kayu dan membinanya.

Kita juga boleh menyewa baju itu. Kita juga boleh menyewa kerusi meja itu. Atau kita boleh menjualnya sahaja tetapi kalau kita menjualnya, kita tidak akan dapat mengutip sewa lagi.

Maafkan saya sekiranya penerangan saya ini ada salah dan silapnya, saya berharap agar Puan Nisah Haron akan turun padang memberi penjelasan lanjutan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.