Tuesday, December 18, 2007

Surat Pilihan: Warkah dari Mesir

Assalamualaikum…

Perkembangan buku di Mesir memang begitu cepat sekali. Keberadaan Al-Azhar yang mendidik ratusan ribu pelajar dari pelbagai penjuru dunia secara tidak langsung menjadi faktor utama perkembangan ini. Tambahan pula, ulama-ulama dari pelbagai mazhab fiqih dan ulama dari pelbagai manhaj (salaf, khalaf, sufi) sebahagian besarnya berada di Mesir. Maka, penerbitan buku disini sangat pesat. Disamping buku yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat besar yang mendapat perhatian penerbit-penerbit luar, terdapat banyak juga buku-buku yang sangat berkualiti namun kurang terkenal kerana penerbitnya berskala kecil.

Alangkah baiknya jika adanya sebuah gerakan menterjemah secara teratur dilaksanakan sehingga memberi manfaat kepada masyarakat muslim di Malaysia.

Antara penyebab mengapa orang Malaysia tidak melakukan terjemahan:

1. Tidak ada keyakinan bahwa usaha mereka akan berbaloi. Tidak sedikit yang mencuba tetapi kerana sulitnya birokrasi menyebabkan banyak usaha yang gagal.

2. Kurangnya minat yang ditunjukkan oleh penerbit-penerbit Malaysia dalam mencapai matlamat ini. Berbeza dengan penerbit indonesia yang bersungguh-sungguh menunjukkan minat dengan menanamkan modal besar ke arah ini.

3. Pelajar-pelajar Malaysia mendapat bantuan zakat dan pinjaman yang membuatkan mereka tidak tertarik dengan gaji kecil menterjemah.

Walaupun demikian, kita juga melihat bahwa ia merupakan sebuah kerugian jika peluang ini tidak dimanfaatkan. Pelajar Malaysia di Mesir saat ini hampir menceceah 8000 orang. Jadual belajar di Mesir juga memang sangat memungkinkan untuk usaha menterjemah dilakukan.

Seandainya pihak penerbit benar-benar bersungguh-sungguh untuk menterjemah buku-buku Arab maka saya cadangkan agar pendedahan mengenai penterjemahan disampaikan kepada para pelajar yang ada di sini. Tentunya, penerbit mungkin perlu membuat bengkel-bengkel pelatihan yang akhirnya dapat dibentuk sebuah tim penterjemah berpejabat di Mesir di bawah naungan syarikat penerbit tersebut.

Abdul Shahiid
Nasr City, Cairo Mesir

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Sama Senasib dengan Dr. Tengku Asmadi Previous entry: Cara Mencipta Nama dan Harta Sebagai Penterjemah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/21  at  12:01 PM

Menterjemah buku2 arab tiada masalah… tapi nak dapatakan hak cipta tu yang susah… kalau azhari di sana boleh jadi juru runding untuk penerbit2 di malaysia .. ok jugak?

taqeyyabella  on  12/22  at  04:36 PM

Rasanya perkara itu hanya teknikal. Pasti ada penyelesaian. Bahkan penerbit di sini pun akan bergembira.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: