Wednesday, July 23, 2008

Surat Pilihan: Watak Kucing

Hayakallah Sifu,

Semoga Sifu berada dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia selalu. Saya di sini ingin bertanya sesuatu keraguan dalam penulisan novel ini, berkaitan dengan sekiranya cerita itu diolah menjadi skrip drama:

1. Saya sukakan watak kucing mewah yang boleh bercakap di dalam novel saya. Saya dapati industri penerbitan drama tempatan sukar menerima kewujudan kucing seperti ini. Adakah ini benar?

2. Saya memikirkan idea mahu menukar watak kucing mewah itu kepada watak manusia, tetapi saya kurang suka dengan idea ini. Oleh itu bagaimanakah nanti watak seekor kucing itu ditukar menjadi watak manusia dalam skrip drama?

3. Seekor kucing ataupun seorang manusia? Saya masih ragu-ragu mana satukah bentuk watak yang patut saya pilih. Apa pandangan Sifu mengenai hal ini?

Sekian, terima kasih.

AR 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sifu Endorse Previous entry: Khidmat Masyarakat: Teater "Syurga atau Neraka"
cikin  on  07/24  at  06:22 AM

klu sy la kn…watak manusia la…klu wt watak kucing cm xmnarik sgt owg nk bace…bg sy la raspberry

iEn  on  07/24  at  10:22 AM

mana2 pun boleh.. janji kreatif

Manusia kacak  on  07/24  at  10:48 AM

Saya bayangkan ia sesuai untuk diadaptasi pada filem 3D. Sekawan dengan kungfu panda dan madagastar.

Di Malaysia juga ada cerita seperti ini. Namun, ia masih baru. Apapun… jadilah yang asli. Yakin dengan apa yang dibuat.

shay  on  07/24  at  11:29 AM

j1 : pada saya jika cara garapannya menarik tiada masalah untuk dramakan watak kucing seperti yang awak hendaki…

j2 : jika watak kucing itu dikartunkan seperti contoh kartun SHREEK mungkin ada sambutan dan tak mustahil kucing mewah awak tu didramakan…

j3 : jika mahukan pembaharuan tak salah memilih watak kucing… Tetapi jika ingin mengikut selera penonton watak manusia pilihan yang tepat…

ini je jawapan yang dapat saya berikan… smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/24  at  01:33 PM

Rasanya ada beberapa kelebihan kalau watak kucing itu dikekalkan:
1. Ada lebih ruang untuk diselitkan unsur humor apabila kucing itu di’orang’kan - mengingatkan saya pada filem Stuart Little.
2. Ada ruang untuk diselitkan unsur sindiran kepada manusia tanpa siapa-siapa terasa disindir, sebab ia dari kacamata kucing. Ini berdasarkan pengalaman saya menulis cerpen dengan watak kucing (Dewan Masyarakat, Ogos 1984).

Amiene Rev  on  07/24  at  02:17 PM

Hmm… kedua-dua pandangan En. Zakaria menepati apa yang saya mahu sampaikan.

Masalahnya, adakah di Malaysia terdapat trainer yang boleh melatih kucing-kucing (mungkin berpuluh-puluh ekor kucing) untuk melakukan aksi-aksi lakonan berkaitan di depan kamera video.

Dan bagaimana pula dengan kosnya nanti, dan risiko nyawa kucing-kucing kalau berlaku apa-apa kemalangan.

Bagaimana untuk mengawal kucing-kucing dalam bilangan yang ramai, sebab dikhuatiri kucing-kucing akan ketakutan apabila pelakon bertindak garang (lakonan) dan seumpamanya.

Hm…

Amiene Rev  on  07/24  at  06:09 PM

ralat “bilangan yang ramai, sepatutnya bilangan yang banyak”

Tapi cadangan Shay dan Zakaria pun ok juga. Sekiranya dijadikan animasi 3D, maka tak ada masalah lagi untuk kucing.

Nampaknya kedua-dua pilihan pun ada pro dan kontranya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/25  at  04:43 PM

Salam,

Ini pandangan saya. Untuk drama, watak ‘kucing yang boleh bercakap’ bukan satu yang baru. Cuma, penerbit drama tempatan tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk mewujudkan watak tersebut lantaran ia membabitkan kos CGI yang tinggi apatah kerana ia watak utama.

Untuk dijadikan animasi pula, ia tidak punyai ‘sesuatu yang unik’. Mungkin lebih menarik jika watak kucing itu dijadikan sebagai pahlawan melayu, sebagaimana animasi Thundercats yang popular satu masa dulu?

wasalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/25  at  05:26 PM

Saya nak berlakon menjadi abang kucing

Kelab Kucing  on  07/27  at  04:47 PM

Cerita Thundercats dan cerita He-Man, kedua-duanya ada watak kucing, kucing kecil dan kucing besar.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: