Surat: Siri ‘Usahawan Cilik’ PTS Berjaya Mendorong Daya Usaha Menjadi Usahawan
Salam, Puan Ainon. Semoga Puan sekeluarga dilimpahi rahmat Allah dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.
Kami selaku editor Teen PTS Pro yang menguruskan siri usahawan cilik mahu memaklumkan dua berita gembira yang diperolehi daripada salah seorang penulis kami iaitu Puan Hajah Ezee Rahmani.
Beliau memberitahu ada pembeli novel Puteri Kristal iaitu dua beradik yang baru berusia 9 dan 11 tahun sudah menjadikan novel kita itu sebagai sumber inspirasi mereka untuk memulakan bisnes gelang kristal.
Dua beradik itu menggunakan segala maklumat yang ada di dalam buku itu bagi mencari bahan-bahan yang diperlukan seperti cangkuk, manik, dan tali tangsi. Mereka mula menjual gelang kristal hasil kerja tangan mereka di sekolah. Perkara yang menggembirakan kami, mereka pernah memperolehi pendapatan sebanyak RM24 sehari.
Begitu juga dengan seorang guru yang membeli novel Abang, Adik dan Ayam dan menjadi inspirasi beliau untuk meniaga ayam kampung. Sekiranya di dalam novel, watak utama memulakan bisnes dengan membela senyak 30 ekor ayam dan akhirnya berkembang menjadi 100 ekor, tetapi mungkin kerana guru itu yakin dengan maklumat dalam buku itu, beliau teruja dan terus mengeluarkan modal sehingga RM1000 untuk membina reban ayam dan memulakan bisnes dengan 100 ekor ayam.
Nampaknya perjuangan kita untuk menerapkan nilai-nilai dan semangat ingin berbisnes terutama dalam jiwa anak-anak mula membuahkan hasil. Semoga siri ini mendapat tempat di hati ibu bapa dan guru-guru yang mahu anak-anak mahupun pelajar mereka memiliki sifat keusahawanan. Perjuangan kita masih belum selesai....
Editor yang teruja,
Cik Ann & Cik Shiela
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan,
Syabas PTS…
Salam,
Kebetulan pula. Baru tadi suami saya beri cadangan agar kami membela ayam selepas membaca artikel mengenai ‘ayam proses’/‘ayam daging’ lebih merbahaya dari rokok. Tetapi saya tak bersetuju (tak sanggup menghadap tahi ayam). Namun selepas membaca artikel yang ditulis oleh Cik Ann & Cik Shiela ini, tiba-tiba muncul pula minat. Saya nak beli buku “Abang, Adik & Ayam”. Mana tahu, anak kami berusia 4 tahun boleh dipupuk minatnya untuk membela ayam. Ini pun jika persekitarannya praktikal. Boleh kami sama-sama membina reban. Dia akan menjaga ayam-ayam dari kecil hingga besar, kemudian bolehlah dia mencuci sekali tahi ayamnya.
Assalamualaikum,
Sudah baca komen ringkas saya terhadap Taman Botani Harapan di sini; http://pasalbuku.blogspot.com/2009/12/taman-botani-harapan-terap-motivasi.html?
Post a comment