Surat: Skandal Tender Buku di Kementerian Pelajaran
Assalamualaikum Sifu,
Setengah kilometer sahaja dari kediaman saya, terdapat seorang kontraktor binaan kelas F. Beliau banyak mendapat projek kecil JKR, Majlis Perbandaran serta beberapa agensi kerajaan lain.
Tiba-tiba dia mendaftarkan syarikatnya di Kementerian Kewangan di bawah bidang buku dan 2 bulan berikutnya dia dilantik menjadi kontraktor buku tanpa sebarang pengalaman dalam jualan buku. Penerbit buku yang beliau tahu tatkala itu hanyalah DBP sahaja.
Hairan binti ajaib! Pergilah ke pejabatnya sekarang... sebiji buku pun tiada. Yang ada hanya lambakan alat-alat binaan.
Lebih luar biasa, 4 bulan berikutnya dia dianugerahkan projek membekalkan buku melalui projek khas ke pantai timur bernilai RM1.2 juta. Projek RM60 juta ini juga dibahagikan hampir sama rata kepada 48 kontraktor lain tanpa ditenderkan.
"Lihatlah, kerja dua bulan menghantar buku dapat keuntungan bersih RM240,000," katanya kepada saya.
Sekalipun sudah hampir 3 tahun berlalu, ayat itu masih terakam lengkap dalam sanubari saya kerana banyak menimbulkan tanda tanya.
Sehingga sekarang saya sungguh sukar memahami ramuan yang beliau gunakan sehingga nampaknya begitu mudah dia mendapat projek sebesar itu tanpa ada sebarang pengalaman panjang sebagaimana pengedar yang lain.
ADNAN M
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam.
Contoh “seorang Melayu” yang berjaya dengan dasar D.E.B., yang penuh dengan kepuraan dan penipuan serta ketidakadilan.
Ataupun kita kata itulah dia orang betul “pandai” berniaga. Yg pentingnya ialah “bottom line.”
Assalamualaikum,
(Sebagai rakyat yang merdeka minda) Kita harus dapat membedakan antara tujuan murni dengan akibat yang jelik. Kalau tujuan murni tetapi kesannya jelik, mungkin ada kesilapan besar dalam pelaksanaan, bahkan mungkin konsepsi dasar ini sendiri.
Ini boleh kita lihat dari kesan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya murni dan memang telah menghasilkan kesan-kesan positif. Tetapi ia telah memberanakkan rasuah, kronisme dan nepotisme. Di kalangan masyarakat Cina, India dan lain-lain (kumpulan) minoriti, DEB dilihat sebagai instrumen perkauman. Meskipun ia dilancarkan untuk mengurangkan ketegangan hubungan antara kaum, tetapi kesan 30 tahun pelaksanaannya lebih memburukkan. Bahkan DEB disebut sebagai melembagakan perkauman.
Ternyata di Malaysia ada juga tender buku yang berakhir dengan kolusi. Di Indonesia memang banyak tender-tenderan buku yang ujung-ujungnya kolusi dengan banyak pihak.
Dan, banyak peserta tender yang sebetulnya tidak gaul buku menjadi pemenang tender tersebut.
Oh…. dunia
Post a comment