Surat Terbuka kepada Puan Ainon Mohd (1)
mohd azlan idris wrote:
Assalamualaikum w.b.t.
Puan,
Baru-baru ini saya ada membeli novel Ros Oktober terbitan PTS One (Teen). Antara desakan utama untuk saya mendapatkan novel ini ialah penulisnya ialah rakan seangkatan saya di MPR dan komuniti esastera dot com.
Semalam, usai sudah saya membaca Ros Oktober.
Sejujurnya, sepanjang saya membaca novel ini, dari mula hingga selesai, saya amat terkejut dengan persembahan ceritanya. Saya cuba bersangka baik setiap kali menyelak helaian, bahawa akan ada iktibar besar dalam cerita ini disebalik lapis cinta yang dipaparkan. Tapi saya kecewa.
Dan kekecewaan saya memuncak apabila terjumpa babak Shaira disengajakan ditempatkan sebelah Azman di dalam kereta, di dalam panggung wayang, di dalam pizza hut, kecewa lagi saya apabila mereka berdua-duaan berjalan di kolej, berbual pada malam hari di tangga, makan bersama dan banyak lagi perbuatan-perbuatan yang pada saya amat tidak wajar diperkenalkan kepada pembaca remaja yang baru membesar dan bergolak hati mereka untuk bersama lawan jantina.
Saya sedikit keliru apabila mengingatkan dua sesi Puan Ainon yang pernah saya hadiri, bahawa di PTS, teori Surah Yusuf adalah wajib digunakan oleh penulis PTS di dalam berkarya. Tetapi, berlainan pula di dalam Ros Oktober yang saya baca itu. Adakah puan terlepas pandang, atau PTS One Teen dikecualikan daripada salah satu alternatif teori sastera Islami ini?
Saya harap, kekeliruan saya ini tidaklah keterlaluan. Saya amat menghormati puan, saban hari, saya mencedok setimba ilmu di blog puan. Semoga puan terus diberi kekuatan oleh Allah untuk membimbing kami penulis dan penggiat sastera yang sentiasa dahagakan ilmu-ilmu yang segar dan berkualiti.
Wassalam.
Mohd Azlan Idris (Amir Mukhriz)
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Ini komen daripada En. Meor Shariman Meor Shafie:
Saya amat tertarik dengan posting ini.
Sebagai seorang penulis, adalah wajar untuk dipaparkan realiti kehidupan dan apa yang disampaikan di dalam Ros Oktober adalah satu realiti. Pasangan remaja berdua-duaan, asalkan tidak dipaparkan mereka melakukan sesuatu yg keterlaluan dari segi agama, adalah ok bagi pendapat saya.
tak kanlah tidak boleh paparkan realiti hidup. pada pendapat saya, penulisan bercorak dakwah, perlu mengikut perkembangan semasa. apakah mahu penulis menulis sesuatu yg tidak benar? sesuatu yg kolot dan memberi pandangan bahawa remaja islam di malaysia ini terlalu terkebelakang?
apakah mahu penulis gambarkan semua remaja islam di malaysia tidak boleh berjumpa dengan kenalan yang bukan muhrim? dan jodoh perlu ditentukan oleh ibubapa?
Pada pandangan saya, adalah lebih elok realiti kehidupan ini dipaparkan. Malahan ia patut dipaparkan secara jujur tetapi ending cerita itu, perlulah digambarkan dimana watak utama itu kembali ke pangkal jalan.
pembaca remaja kini sudah pandai menilai mana yg baik dan mana yg buruk. Mereka membaca Harry Potter dan banyak buku2 bercorak tahyul daripada barat tetapi tak pula terdapat laporan2 mengatakan remaja malaysia memuja hantu atau menjadi ahli sihir.
Remaja kini dan dahulu amat berbeza minda mereka. remaja kini lebih mature dalam pemikiran dan jika dibantutkan pemikiran mereka itu dengan corak penulisan dakwah yang kerterlaluan, ini akan menyebabkan mereka menolak buku2 bercorak membina insan ini.
ini adalah pandangan saya kerana untuk menarik minat remaja kini untuk membaca, adalah amat sukar. mereka lebih suka memilih buku2 yg lain daripada yang sedia ada. Penulisan buku2 remaja di Barat berkembang pesat tetapi di Malaysia masih jauh ketinggalan mungkin kerana di Malaysia, penulis2 juga penerbit masih beranggapan cerita2 seperti Hardy Boys, Lima Sekawan dan nancy Drew masih digemari padahal ia sudahpun ketinggalan zaman di Barat. Malahan, siri2 tersebut sudah diberi nafas baru di Amerika.
——-
Ini komen seorang yang menamakan dirinya En. Hakimi.
Assalamua’laikum,
Sukalah saya mencelah dan ampun maaf sekiranya kirabicara saya ini mengganggu situasi. Langkahan sulung saya ke Tmn Permata suatu ketika dahulu telah diberikan sejuta rangsang oleh Pn. Ainon dan krew2nya. Salah satu dari matlamat perjuangan PTS adalah untuk mengembalikan kegemilangan Ketamadunan Ilmu Islam. Pada sessi perbincangan saya juga ada menyarankan agar PTS menubuhkan satu jawatankuasa/badan Syaria’h. Badan ini sama fungsinya dengan Jawatankuasa Syariah di Bank2 yang mengamalkan sistem perbankan Islam. Tujuannya adalah agar PTS tidak lari dari matlamat suci mereka. Mungkin saya masih baru menjadi ahli PTS, saranan saya itu dikesampingkan. Di sini saya juga ingin sekali lagi mencadangkan agar cadangan saya itu dinilai semula. Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada golongan yang mahir dengan penulisan berlandaskan syariah.
Mungkin penerbit di Malaysia masih tidak mempunyai satu panduan bertulis tentang Halal @ Haram dalam bidang penulisan. Namum pada pandangan kerdil saya, PTS boleh menjadi tunggak kepada ‘pencetusnya revolusi’ ini. Kalau bukan PTS siapa lagi?
Suatu ketika ada seorang sahabat yang datang bertemu Rasulullah. Sahabat itu mendapati rasul dalam kesakitan kerana sudah beberapa hari tidak makan. Maka atas daya usaha sahabat itu ia terus mendapatkan buah-buah kurma dari upah yang didapati dari kerja-kerjanya mengait buah kurma di ladang orang. Kemudian lantas dia memberikan buah-buah kurma itu kepada Rasulullah.
Rasulullah lalu bertanya kepada lelaki itu tentang perbuatannya. lelaki itu memberitahu, dia amat menyayangi Rasulullah. Dia tidak sanggup melihat rasul dalam kelaparan. Jawab rasul, sekiranya kamu benar-benar cinta dan kasih kepadaNya, maka tunggulah cabaran dan dugaan akan menimpamu sebagaimana air yang turun dari bukit.
Pengajaran dari cerita di atas ialah, PTS kemudian dari ini kenalah bersedia. Kerana PTS memperjuangkan Rasulullah dan agama Islam, tunggulah cabaran dan dugaan yang akan melanda.
Namun yang pasti itu semua akan lebih mendewasakan dan mematangkan PTS. Ia juga lebih mengharmonikan ketelusan perjuangan.
Semoga PTS tetap berjaya dalam setiap cabaran dan dugaan tersebut.
Pn Ainon,
Saya hanya penulis kecil, jadi saya pohon izin utk memberikan sedikit pendapat.
Secara dasarnya saya bersetuju dgn cadangan penubuhan Jawatankuasa Syariah (JS), tetapi apa yg saya nampak akan timbul sedikit masalah dr segi pelaksanaannya kelak. Sebagai sebuah sykt penerbitan yg meningkat naik, saya lihat PTS mungkin menghadapi masalah dr segi tenaga kerja dan kapasiti masa utk melakukannya. Ini adalah kerana dgn kesibukan kerja sekarang dan jumlah kakitangan yg terhad dan “buat semua kerja” (jack of all trades), sistem kerja yg memerlukan semua karya novel perlu melalui saringan JS pasti akan menambah bebanan kerja sedia ada.
Dari satu segi pula, JS tentu sahaja terdiri beberapa individu yg perlu menyaring setiap novel yg dicadangkan. Ini tentu akan mengambil tempoh pernerbitan yg lebih lama dan akan “mencekik” sasaran dateline yg ditetapkan.
Sebaliknya, saya suka mencadangkan diadakan satu Garis Panduan bertulis tentang pendekatan cerita yg dibenarkan. GP ini bertindak sebagai polisi panduan kpd semua penulis dan editor (sepenuh/separuh masa) tentang jalan cerita yg digalakkan. Cara ini sama spt yg diamalkan dalam industri perbankan dimana Bank Negara mengeluarkan GP bertulis dari masa ke semasa utk dipatuhi oleh semua bank. Di bawah cara ini, pemantauan awalan akan dilakukan di peringkat editor, seterusnya editor kanan dan ke peringkat yg lebih tinggi; yg mana saya percaya sama dgn prosedur yg diamalkan sekarang. Jadi para penulis dan editor tidak perlu mengubah prosedur amalan kerja sekarang yg mereka sudah biasa dengannya.
GP yg dicadangkan di atas tidak bermakna cerita2 cinta dan cerita2 pergaulan tidak dibenarkan langsung, tetapi akan ada satu polisi panduan yg jelas norma2 persahabatan yg dibenarkan oleh Islam.
Cuma cadangan 2 kupang saya, harap jangan ada yg tersinggung. Semoga PTS semakin berjaya dgn perjuangannya.
Assalamualaikum Puan,
Saya agak terkejut apabila membaca surat daripada pengirim yang memberi komen tentang Ros Oktober. Saya belum pernah membaca buku itu sepenuhnya cuma sempat membaca bahagian belakang buku itu.
Pada saya sekiranya jalan cerita itu tidak mendatangkan keghairahan atau menimbulkan rasa ghairah atau seumapanya itu, cerita Ros Oktober adalah satu cerita yang halal.
Adegan-adengan yang haram tidak dilukiskan atau dilakonkan dalam cerita itu. Apa yang diceritakan adalah realiti hidup remaja masa kini.
Kita cuma paparkan sahaja untuk contoh teladan remaja supaya mana yang buruk jangan dicontohi. Ambil yang baik-baik sahaja.
Bagi saya remaja yang suka membaca adalah remaja yang pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Asalamualikum, Puan Ainon.
Dengan seikhlas hati, saya juga ingin menyatakan yang saya amat bersetuju dengan luahan dan kegusaran hati yang menimpa rakan penulis kita yang memberi teguran itu.
Di dalam suasana kritikal remaja Islam kita yang gemar berpeleseran dan bergaul bebas di antara jantina, saya rasa PTS mestilah mempunyai genre buku-buku untuk ‘young adults’ yang memberikan panduan dan tunjuk ajar secara halus akan adab-adab pergaulan dalam Islam menerusi buku-buku untuk remaja keluarannya.
Dan sememangnya saya agak terkilan dengan sesetengah buku remaja PTS dalam pasaran terkini… Ada satu buku itu.. saya beli, sudah tidak ingat tajuknya.. ada adegan watak perempuan memukul lengan watak lelaki… yang pada saya tidak wajar ada…
Walaubagaimanapun diharap PTS akan lebih hati-hati dalam hal ini pada masa yang akan datang… dan tidak menjadikan “terlepas pandang’ sebagai alasan…
Sekadar memberikan pandangan..
Penulisan merupakan salah satu medium utk menyampaikan mesej kepada masyarakat.Justeru itu sesuatu mesej yg hendak disampaikan perlu dengan cara dan teknik yang menarik namun jangan sampai menyentuh sensetiviti masyarakat. Soal haram dan halal adalah satu persoalan yang tidak boleh diperlecehkan dan diambil ringan.
Saya sedikit bersetuju dengan pendapat saudara Meor Shariman bahawa realiti hidup harus digambarkan dengan keadaan sebenar.Ertinya apa yang berlaku dalam masyarakat perlu dipaparkan tanpa berselindung. Namun kita perlu ingat selama mana remaja kita hendak disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang mengasyikkan sehingga perlakuan yang dibuat semasa berada di alam percintaan begitu menghanyutkan. Islam tidak melarang umatnya untuk merasai apa itu cinta tetapi bagaimana didikan agama dapat membataskan perlakuan kita semasa bercinta. Sesuatu novel itu perlu digarap dengan sebaik mungkin jika kita mahu mendidik masyarakat tentang hidup yang dituntut oleh Islam. Soal bagaimana kita hendak menarik minat remaja untuk membaca novel yang berbentuk Islam adalah cara bagaimana kita menyampaikan sesuatu cerita itu. Memang betul jalan berdua,berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan merupakan realiti hidup yg sedang berlaku dalam masyarakat dan mungkin di akhir cerita kita akan menulis tentang watak kembali ke pangkal jalan tetapi bagaimana persepsi sesetengah masyarakat yang menganggap tidak salah melakukan sesuatu kesalahan terlebih dahulu kerana akhirnya kita akan tahu akan balik ke pangkal jalan.Bukankah lebih baik menyedari terlebih dahulu akibatnya samada baik atau buruk jika ingin melakukan sesuatu?
Apa yang dimaksudkan saudara dengan menyatakan bahawa remaja islam akan dipandang kolot dan terkebelakang?Adakah jika sesuatu watak itu digambarkan sedang bercinta tetapi tidak boleh bertemu diantara satu sama lain dianggap kolot? Islam tidak pernah melarang utk seseorang yang berminat dengan seseorang dari bertemu tetapi dalam situasi yang bagaimana?Iaitu perlu ada bersama orang tuanya ataupun secara beramai-ramai.Ini bermakna jelas bahawa yang haram tetap haram tetapi yang halal tetap halal.Tidak boleh yang haram dihalalkan semata-mata untuk menarik minat orang lain pada sesuatu perkara.Berbalik kepada cerita sesuatu novel maka jika kita benar2 mahu menegakkan teknik penulisan cerita berdasarkan surah Yusuf maka harus dilaksanakan dengan bersungguh2.Sebelum ini penulisan novel tidak bersandarkan kepada cara teknik surah Yusuff di tulis kerana tiada lagi seseorang yang menengahkannya.Namun kini usaha yang dilakukan oleh PTS dan khususnya oleh Sifu PTS sendiri memberikan nafas baru kepada corak penulisan novel Islami yang sebenar.Memang sesuatu yang baru itu sukar untuk diterima oleh masyarakat pada awalnya namun kita perlu berusaha ke arah itu dan ini kita ambil sebagai cabaran.
Realiti kehidupan yang berlaku dalam masyarakat perlu dipaparkan tetapi perlu ingat!Biarlah apa yang realiti itu disulami dengan didikan sebenar menurut Islam. Apa salahnya kita katakan contoh ayat:“Jika diturutkan hati mahu sahaja Rashid menggenggam tangan Rina kerana ingin menunjukkan kasih sayangnya namun dia menyedari antara dia dan Rina masih tiada ikatan”.Ayat ini jelas bahawa setiap yang bercinta memang berkeinginan untuk melakukannya dan itu realiti yang sedang berlaku namun sebagai pencerita kita perlu bijak menyatakan bahawa perbuatan berpegangan tangan tetap salah dan jelas bahawa kebijaksanaan perlu ada bagi seorang pencerita atau penulis untuk menyampaikan sesuatu realiti kehidupan dalam masyarakat dengan tidak melupakan untuk menyelitkan unsur didikan.
Soal haram atau halal bukan sahaja dipandang dalam soal makanan sahaja tetapi dalam penulisan juga ia perlu diambil kira. Jika benar mahu memperjuangkan teknik menulis secara Islami berdasarkan surah Yusuf maka itu yang perlu dipegang. Jika ada novel2 yang mungkin tidak selaras dengan teknik surah yusuf ini mungkin ianya terlepas pandang tetapi untuk masa akan datang ianya boleh diperbaiki. Ini adalah sekadar pandangan tidak semestinya ia boleh diterima oleh semua pihak.Hanya pandangan dari seorang insan kerdil yang masih merangkak dalam bidang penulisan ini.
Asalamualikum, Puan Ainon.
Berani saya katakan, PTS akan pergi lebih jauh apabila mendapat dokongan dan sokongan dari seluruh pencinta Islam. Cuma PTS perlu mempunyai sandaran dan sedia terbuka menerima teguran. Sandaran yang dimaksudkan ialah tempat rujukan. Tujuannya agar landasan kehidupan yang kita longsori ini tidak tergelincir. Sementelahan akhir zaman, yang punya segala ‘mehnah’ yang kerap kali mengaburi dan menyilaukan pandangan mata hati.
PTS juga punya prinsip tersendiri yang begitu saya kagumi.
Mengubah minda bukan kerja mudah. Menukar ‘Nabi’ kepada ‘nabi’ sudah boleh menterbalikkan akidah kata mereka.
Teruskan usaha2 yang dilakarkan itu, cuma ianya perlu ‘istiqamah’.
Para nabi dahulu juga bukan sedikit darah dan air mata mereka yang tumpah. Malah mereka turut dihina dan dinista. Sedangkan mereka adalah kekasih Allah. Perjuangan mereka juga buka sehari dan dua hari untuk menukar tamadun.
Teruskan perjuangan! Saya dan seluruh warga penulis PTS pasti bersama puan!
Wassalam
Saya bersetuju dengan Amir Mukhriz. Bukan sebab dia betul dan Puan salah. ATAU. Bukan sebab Puan betul dan dia salah… Saja je nak sokong dia! Ekekekekekeke…
Psssttttt, Lan, maggi mi macam biasa, tempat biasa… Kau belanja! Boleh?
Ha ha.
NOTA: Dan, saya syak, selepas membaca komen saya ini - Panah Arjuna akan panah saya bertubi-tubi! Ha ha. Bunuhlah aku berulang, Hideyoshi, bunuhlah aku berulang! Ha ha.
Saya hendak mengulas tulisan Meor Shariman, yg setahu saya dia penulis filem Main2 Cinta (maaf kalau saya tersalah orang) yg katanya filem itu tidak pulang modal pun. Penerbitnya rugi teruk.
Pendapat Meor yg mengatakan apa yg realiti patut dihidangkan dalam novel, filem dan tv adalah pendapat orang yg terikut2 perkembangan budaya hiburan Amerika. Bagi golongan ini kalau Amerika boleh, kita pun boleh. Ini pandangan orang yg sesat lagi menyesatkan. Media massa kita sekarang diterajui oleh orang2 yg satu puak dengan Meor Shariman, orang2 yg sesat. Tengoklah apa yg dihidangkan dlm siaran tv sekarang.
Meor kata remaja kita lebih matang sekarang, kalau lebih matang mengapa makin banyak jenayah berat melibatkan remaja. Mengapa lebih setengah juta remaja Melayu menjadi penghuni pusat serenti? Mengapa lebih 60 ribu anak luar nikah dilahirkan oleh remaja2 kita?
Pegang-pegang tangan, duduk berdua-duaan, bukankah itu perbuatan yang mendekati zina? Tak baca hadiskah?
Kepada PTS, teguran yg dikirimkan oleh penulis surat itu adalah ikhlas dan dengan niat mahukan supaya novel2 terbitan PTS ikut apa yg Sifu PTS ajar dalam kursusnya dan dalam blognya. Jangan Sifunya kata lain, anak buahnya buat lain. Kalau Sifu PTS tak boleh betulkan kerja-kerja anak buah sendiri, macam mana nak betulkan orang lain….
Saya cadangkan kepada Sifu, sebelum ambil editor, mereka kena duduk ujian kefahaman Surah Yusuf. Ijazah saja tak cukup.
Jangan marah Sifu…. nanti kena jual!!!
Saya Ida Munira Abu Bakar, penulis Ros Oktober,
Assalammualaikum semua,
Kepada saudara sekalian yang memberi komen, saya pohon bacalah buku itu dahulu dan timbang dengan seadil-adilnya sebelum memberi komen.
“Dan kekecewaan saya memuncak apabila terjumpa babak Shaira disengajakan ditempatkan sebelah Azman di dalam kereta, di dalam panggung wayang, di dalam pizza hut, kecewa lagi saya apabila mereka berdua-duaan berjalan di kolej, berbual pada malam hari di tangga, makan bersama dan banyak lagi perbuatan-perbuatan yang pada saya amat tidak wajar diperkenalkan kepada pembaca remaja yang baru membesar dan bergolak hati mereka untuk bersama lawan jantina.”
Ingin saya perjelaskan di sini, Azman dan Shaira tidak berdua-duaan dalam kereta tetapi berlima. Salahkah mereka makan bersama di kafe yang ramai orang, di tangga kafe tempat yang terbuka dan terang, bukan di tangga di lorong gelap, di pizza hut mereka makan berlima bukan pun berdua. Di perpustakaan sekalipun bukannya tiada pelajar lain menelaah seperti di taman bunga. Berjalan di kolej, bukan tiada orang lain yang lalu lalang. Saya hanya memaparkan realiti remaja yang masih tidak melampaui batas.
Bagi ayat sdr:
“Banyak lagi perbuatan-perbuatan yang pada saya amat tidak wajar.”
Sdr, tiada satu pun adegan bersentuhan antara SHAIRA dan AZMAN dalam novel ini.
ps: Sdr Azlan, kelmarin dan semalam awak berbual mesra dengan saya melalui sms mengenai buku saya ini dan bertanya ada sambungannyakah novel ini? Hairan sungguh, saya mendapat kejutan pada hari ini. Terima kasih kerana memberi komen di belakang saya.
Setelah membaca apa yang disampaikan oleh penulis buku itu saya membuat satu kesimpulan terhadap isu ini. Kita baca buku itu dahulu tidak kiralah beli atau pinjam dari halaman ke halaman. Kemudian kita beri komen secara objektif….insy allah…
This post has been removed by a blog administrator.
Ida, saya baru belek buku tu di MPH, belum tergerak lagi untk beli,sebab biasanya saya akan beli dan bagi adik saya baca.
Walau apapun, tafsiran sesetengah orang mungkin berbeza antara satu sama lain. Nak berdakwah itu bukannya kerja mudah dan juga bukan kerja susah. Tak semua orang boleh terima sesuatu yang kita buat walaupun benda itu benda baik. Apa yang penting sekarang ni, PTS dah membuka satu senario baru dalam industri buku. Saya dah perhatikan lama tentang perkembangan buku-buku tak sihat di Malaysia. Setelah ada PTS, banyak syarikat lain cuba mengekori jejak PTS. Syukurlah, PTS ibarat peneraju revolusi industri buku di Malaysia.
Nak memberi kebaikan bukan boleh di tunjukkan terus jalannya. Kalau nak beri ayam makan, kita kena panggil dia dulu. Kalau kita terus tabur jagung, mula-mula dia lari, lepas tu dia tengok, dan perlahan-lahan baru dia datang dan makan.
Saya tak pasti analogi ini betul atau tidak, tapi buat Ida Munira, teruskan berkarya.
Assalamualaikum Puan Ainon. Minta maaf kalau saya menyusahkan puan, tapi sebab puan pakar sastera Islam, jadi saya rasa puan dapat menjawab kemusykilan saya. Sebagai penulis baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan, saya mohon puan terangkan adakah babak-babak remaja lelaki dan perempuan makan berdua dalam restoren, sambil berbual-bual berpandangan mata senyum berbalas senyum, tengok konsert pop berdua, naik LRT berdua, walaupun tak bersentuhann dan terdapat ramai org di sekeliling, bolehkah babak2 seperti itu digambarkan dalam novel Islami? Maaf puan kalau soalan saya nie macam soalan bodoh. Dalam blog puan persoalan ini belum diterangkan. Mungkin lepas ini puan boleh terangkan dengan lebih terperinci babak2 yang tak boleh digambarkan dalam novel Islami.
Saya budak baru belajar….
Saya fikir isu yang ditimbulkan amat remeh temah. Kalau buku remaja tak ada pergaulan anatra rakan sebaya remaja (pergaulan di sini masih dalam batasan susila kita) tak menariklah ceritanya.
Apa salahnya berjalan berdua-duaan di kolej, berbual di malam hari (tempat terang dan ada orang lain juga), minum bersama, duduk sebelah Azman dalam kereta (sebenarnya bukan berdua tapi berlima), makan bersama (sebenarnya ada lagi teman-teman lain- berlima sebenarnya) tapi tidak melakukan apa-apa yang salah di sisi agama.
Senario ini kan amat biasa. Kalau terlalu banyak larangan, ceritanya tidak lagi original.
Kalu kita terlalu dikongkong dengan soal remah temeh, (ada lagi isyu besar dalam agama) kita sepatutnya tak boleh lagi menulis atau menerbit cerita fasal remaja.
Kita terbit buku agama sahaja, bincang fasal hukum halal haram, dan segala larangan.
Kita sepatutnya melihat kepada moral cerita ini, iaiutu pasal persahabtan di kalangan remaja bukan bercinta. Dalam cerita ini, Bila dah rasa suka, si minah dah pindah ke kolej (UITM). Jadi apa masalahnya.
Tak kan dalam cerita aspek persahabtan yang bermoral dan jujur tidak boleh diketengahkan. Inikan asam garam dunia remaja dalam menjalin poersahabtan di kalangan mereka, baik lelaki atau perempuan.
Kalu ini dijadikan isu, kita tak boleh terbit buku fasal alam remaja. Wataknya mesti semua lelaki atau semua perempuan. Kan tuhan suruh saling berkenalan lah antara umatnya, aku ciptakan manusia ada perempuan dan lelaki, itu fitrah Allah.
Sekian pandangan daripada Tuan Haji yang moden dan tidak kolot. Terima kasih dan wasalam
Selepas membaca komen Haji Moden, saya hairan, betulkah dia ini dah menunaikan rukun Islam yang kelima? Macam haji Islam Liberal saja…. Pengikut Gus Dur agaknya.
Mengapakah PTS sebuah penerbit yang amat saya hormati selama ini sekarang terikut2 dengan trend menerbitkan novel2 cinta yang murahan? Adakah PTS sudah hilang arah? Di mana perjuangan PTS? Adakah PTS sudah terbawa2 dengan matlamat mencari untung wang semata2? Adakah PTS pun nak jadi mcm Alaf? Saya harap Puan Ainon betulkan haluan PTS yang nampaknya dah ada tanda2 lari drpd landasan yang diwarwarkan. Selama ini saya amat kagum dengan PTS, tetapi sebagai seorang pendidik saya mula hairan dan kecewa melihat ada novel2 remaja PTS yang terbaru seperti novel picisan. Sepatutnya PTS banyakkan novel mcm Impian Harlina dan Askar Berjalan Kaki. Sekian, maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan Puan Ainon yg saya hormati.
situasi membuat karya remaja lebih sukar dari situasi karya kanak-kanak ye.mungkin saya akan tumpukan berkarya pada kanak-kanak dulu,semoga bila depa besar depa tak buat laa mende2 lagho dan jadi pejuang islam insyaAllah.
sokonglah usaha saudara anda kerana hendak menongkah arus perlu juga kayu sokongan untuk menjayakan tongkahannya…mm betul ke ayat aku ni?
Assalamualaikum warahmatullah.
Sedikit penjelasan berkenaan letak duduknya perkara ini.
Satu) Surat ini asalnya ialah e mail saya kepada Puan Ainon bertajuk “Keliru dengan babak-babak haram di dalam Ros Oktober.”
Dua) Jika diteliti keseluruhan surat saya, yang saya mohon penjelasan daripada Puan Ainon ialah keperluan menggunakan teori alternatif sastera Islami iaitu teori Surah Yusof di dalam karya-karya PTS. Puan Ainon memberi respon yang sangat positif dengan pertanyaan saya. Tetapi malangnya, kebanyakan yang memberi komen terhadap kandungan surat ini nampaknya sedikit tergelincir dari landasan.
Tiga) Berkenaan contoh-contoh yang saya kemukakan untuk diberi perhatian, saya yakin dengan contoh-contoh yang saya bawakan. Walaupun pasangan itu bersama sekumpulan rakan-rakan yang lain, perbuatan mereka yang di’kenen’ untuk duduk sebelah menyebelah(di kedai makan, di panggung wayang, di dalam kereta), serta beberapa contoh lain, pada saya tidak wajar di dalam karya yang beracuankan teori sastera Islami yang dipromosikan PTS.
Empat) Tiada niat saya untuk mengkritik mana-mana penulis novel, editor atau penerbit buku di dalam surat tersebut. Jauh sekali ingin menikam dari belakang. Saya cuma mahukan penjelasan dari penerbit(dan Puan Ainon seperti yang saya katakan di atas, memberi respon yang sangat positif, terima kasih).
Lima) Kepada mereka yang terpaksa bekerja lebih hasil kekeliruan saya, saya mohon maaf, dan anggaplah tugasan saudara itu sebagai satu jihad dalam memperkasakan PTS sebagai sebuah syarikat penerbitan yang memartabatkan teori sastera Islami di dalam karya-karyanya.
Selamat maju jaya.
Wassalam.
-Mohd Azlan Idris (Amir Mukhriz)-
1515, Advencer Si Peniup Ney, Detektif Indigo (Faisal Tehrani), Cinta Madinah (Abu Hassan Morad), Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus (Zaid Akhtar), Mencari Locus Standi (Nisah Haron). Kesemuanya adalah novel remaja yang mengikut lunas-lunas Islam. Tetapi meraih hadiah sastera Utusan. Fikirkanlah…
Asalamualaikum Puan Ainon, terebih dulu sy minta maaf kalau apa yg saya tulis ini puan tak suka. Sy terbaca perkataan ‘shit’ dlm novel Amnesiac, muka surat 80. Sy tak sangka PTS boleh membenarkan perkataan ‘shit’ yg maknya ‘tahi’. Bagi sy perkataan spt itu sama jugak dengan mencarut. Patutkah ayat2 yg mengandungi perkataan2 kotor dihidangkan kpd remaja? Spt pengunjung yg bernama Hamdan, sy pun mula kecewa dengan mutu buku-buku PTS sekarang. Adakah puan tidak pedulikan kualiti lagi sbb mengejar keuntungan?
Sy minta maaf terpaksa meluahkan rasa kecewa sy di sini.
Salam.
Perbincangan ini dah semakin luar dari topik. Kepada yg lain-lain yg mengkritik novel Ros Oktober tu dah baca ke belum novel tersebut? Bulan lepas buku PTS - Biografi Muhammad bin Abdullah di ulas di Ikim.fm. Ada beberapa yg memberi kritikan pedas tapi belum lagi membaca novel itu.
Kpd pengkritik atau penyokong boleh lah sama-sama berikan cadangan GP (garis panduan) menulis novel Islami. Bolehlah meringankan tugas tim Pn Ainon agaknya..
p/s: Saya tak berani menyokong atau mengkritik sebab belum baca lagi novel itu. (peminat blog UTPTS)
yang komen-komen, kritik-kritik ni dah ada ke karya saudara/i? cakap memang senang, tulis memang pandai, hentam memang mudah, -tapi, bagi komen biar berpada-pada, saudari pengarang kita baru nak bermula, perjalanannya masih jauh. kritikan biar membina, bukan menjatuhkan. berlaku adillah kepada pengarang dan penerbit. walaupun saya tahu ramai yang sayang kepada PTS. bukan ini caranya.
kpd gil in da box, takkanlah nak jadi pakar kanser kita mesti sakit kanser dulu! Logik awok tu tak betul… Ada orang kerjanya menulis novel, ada orang suka baca saja, ada orang jadi profesor sastera wlpn tak tulis novel, tapi dia banyak buat kajian, masing2 orang ada tugas masing2. Terimalah pandangan dan teguran dengan fikiran positif. Macam pn ainon, dia sanggup kena kritik. Itulah sikap yg betul.
Askm wbt. PTS sepatutnya menjadi “Captain” dlm dunia buku2 remaja bukan jadi “Follower” sebab dlm PTS ada tokoh pemikir yang hebat macm Pn Ainon dan suaminya Pr Abdullah. Kenapa masih ada mentaliti “me-too”. Alaf 21 buat novel cinta tebal utk dewasa, PTS ikut juga tapi dgn buat novel cinta mini untuk budak2 sekolah. Alaf 21 buat buku cinta di mana watak2nya orang dewasa, PTS buat novel cinta yg watak2 terdiri dr budak2 remaja. Watak2 novel Alaf 21 berasmara di coffee-house, watak2 novel PTS berasmara di tangga kolej. Kalau inilah jenis novel PTS sekarang, nampaknya PTS sudah jatuh tarafnya lebih rendah dari Alaf 21. Mungkin Puan Ainon “terlepas pandang”. Tapi belum terlambat, masih boleh diperbaiki. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Post a comment