Monday, June 26, 2006

Surat Terbuka untuk Puan Ainon Mohd. (2)

Assalamualaikum, Puan Ainon.


Sebagai seorang Muslim kita wajib menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai asas pegangan kita. Allah menjelaskan dalam surah al-Nisa' ayat 59, "Jika kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara, maka rujuklah kepada Allah (Al-Quran) dan rasul (sunnah Nabi Muhammad)."


Dalam perdebatan tentang teori sastera Islam ini, kita juga tidak terkecuali daripada maksud ayat tersebut. Mana-mana hujah yang dikemukakan hendaklah berdasarkan Al-Quran dan sunnah.


Saya bersetuju dengan komentar saudara Mohd Azlan Idris. Adegan-adegan yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti budaya 'coupling' dalam salah satu babak buku 'Ros Oktober' itu perlu dielakkan.


Namun jika babak itu dikemukakan sebagai bentuk pengajaran maka ia dibenarkan. Contohnya dalam surah Yusuf, ada adegan percubaan Zulaikha menggoda Nabi Yusuf TETAPI kemudiannya diterangkan pengajaran daripada adegan tersebut iaitu apabila Nabi Yusuf berkata, "Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kita melakukan perkara jahat."


Wassalam,


Arieff Salleh Rosman.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Dalam Kategori/Fakulti : • Pentadbiran Universiti
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Terbuka kepada Puan Ainon Mohd (1) Previous entry: Wang Besar! Wang Besar!
Lazyman  on  06/24  at  05:52 PM

Feh
——-

Anonymous  on  06/25  at  07:45 AM

Terima kasih ustaz kerana mengingatkan saya.

Anonymous  on  06/25  at  11:17 AM

Cinta dari pandangan Imam Al-Syafie

Message:

IMAM Al-Syafie banyak memberi
pedoman dalam
memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar
mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka
duka bersama.

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah,
katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan
ketika susah lebih mendekati musuh daripada
sebagai kawan.

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang
sejati kecuali yang menolong ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-
sungguh mencari sahabat sejati hingga
pencarianku melenakanku.

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu
negara pun yang penduduknya berhati manusia.”

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati
memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan
membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.

Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga
nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,
tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas
kasihan kepadanya.

“Banyak orang lain yang dapat menjadi
penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih,
meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

“Tidak semua orang yang engkau cintai,
mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala
dibalas dengan sikap tidak sopan.

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,
tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana
dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk
dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi
rahsia.”

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya
dengan menunjukkan rasa persahabatan.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku
menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki,
hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara
permusuhan.

“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku
sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan
agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa
persahabatanku kepada orang yang kubenci,
seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang
kucintai.”

Anonymous  on  07/27  at  11:40 PM

Maaf kiranya komen ini datang terlalu lewat..

Tetapi saya amat tertarik dengan topik yang hangat dibincangkan ini. Bukan hendak menghangatkan lagi keadaan, sekadar ingin menyuarakan pandangan.

Memang benar kita perlu memaparkan realiti kehidupan dalam karya kita. Tidak perlu jadi hipokrit atau menyorokkan keburukan dan menunjukkan yang indah-indah sahaja.

Saya ingat lagi 12 tahun yang lepas, jarang sekali kita lihat pasangan muda-mudi yang terang-terangan bercumbu dan berpelukan. Tetapi kini, di taman-taman, dalam komuter, LRT, hatta di tepi jalan, permandangan yang boleh mengganggu ketenteraman mental itu amat mudah ditemui.

Mengapa? Kerana filem-filem dan drama-drama terlalu banyak memaparkan REALITI. Tak kira filem dari luar atau filem tempatan. Kerana pendedahan realiti inilah, sekarang ini ia menjadi suatu kebiasaan. Jika dahulu, ia hanya realiti bagi segelintir masyarakat, tetapi disebabkan paparan realiti itu, ia kini menjadi realiti bagi sebahagian besar dari kita.

Realiti tetap realiti, tetapi mengapa tidak diketengahkan realiti yang baik-baik dan kita ketepikan realiti yang tidak baik? Saya percaya jika filem/ drama/ novel di negara kita banyak memaparkan adegan-adegan yang sihat, remaja kita akan jauh lebih baik dari yang ada sekarang ini. Ini kerana media massa, memang tidak dapat kita sangkal, sangat besar pengaruhnya.

Anonymous  on  07/27  at  11:48 PM

Percaya atau tidak, pada zaman millenium ini masih ada pasangan yang berkahwin atas pilihan keluarga, seperti pasangan-pasangan dahulu kala. Mereka tidak pernah bersua muka, tidak pernah berdating, tetapi bahagia.

Ada juga yang bercinta tetapi tidak pernah berdua-duaan, tidak pernah berpegangan tangan atau bertukar-tukar SMS yang memberahikan.

Mengapa bukan REALITI ini yang diketengahkan? Ini juga realiti walaupun mungkin realiti yang terpinggir (which I don’t really think so)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: