Susahnya Hendak Menjual Quran….
Sebuah syarikat rangkaian kedai buku yang besar dimiliki oleh bukan Islam sering menerima komplen daripada pelanggan Melayu (dan bukan Melayu) yang hendak membeli Quran dan buku terjemahan Quran kerana kedai-kedainya tidak menjual Quran.
Sebenarnya, banyak orang Melayu yang berpendidikan sekular dan tinggal di bandar-bandar utama hanya pergi ke kedai buku yang terletak dalam mall-mall sahaja, kerana di sanalah mereka menjalankan aktiviti shopping pada hujung minggu, yakni apabila mereka ada masa kerana pada hari lain mereka sibuk dengan urusan kerja dan bisnes. Jadi sambil shopping barang keperluan, mereka singgah juga ke kedai buku dalam mall itu.
Mereka tidak pergi ke kedai buku-buku agama tradisional sebab kedai-kedai itu terletak di tempat-tempat yang jauh dari kawasan perumahan mewah di mana mereka tinggal. Kedai-kedai itu pula tersorok dan susah mencari parking kereta.
Banyak orang tidak tahu bahawa kedai-kedai buku diwajibkan memohon lesen khas kalau hendak menjual Quran. Syarat pemberian lesen itu pula adalah kedai itu hendaklah dimiliki oleh orang Islam, dan semua pekerjanya mestilah orang Islam. (Orang bukan Islam tidak dibenarkan memegang Quran.)
Dua syarat itu tidak dapat dipenuhi oleh syarikat rangkaian kedai buku yang pekerjanya terdiri daripada pelbagai bangsa.
Sebenarnya, banyak orang bukan Islam yang mahu tahu tentang Islam, seperti mereka yang mempunyai rancangan berkahwin dengan pasangan Islam, oleh itu mereka berminat hendak membaca terjemahan Quran dan buku-buku lain tentang Islam.
Bagi orang-orang bukan Islam yang berminat dan mahu membeli dan membaca buku-buku terjemahan Quran, mereka takkan melangkah masuk ke dalam kedai-kedai buku agama tradisional yang ditunggui oleh Pak Haji dan Mak Haji.....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan,
Bagaimanakah pandangan Puan tentang pengaplikasian terhadap penggunaan teknologi maklumat yang upaya diakseskan penghayatan tafsiran Al-Quran yang tidak disentuh dengan tangan tetapi dengan hati jiwa emosi akal/pemikiran untuk menstabilkan batin rohani agar spritual itu menjasadkan jasmani?
Tertanya juga adakah model telefon bimbit buatan tanah air yang ‘berpaternkan media emerging’ untuk ‘dionlinekan’ mengikut piawaian kita seperti yang dilakukan oleh SIRIM terhadap kawalan mutu barangan eletronik bagi dihindari dikenal imej ‘pengganas’ oleh keuniversalan entiti muslim yang dikenali di seluruh dunia sebagai pengislah tamadun.
Ini adalah kerana terzahir pengulangan lampau bahawa barat tidak sedia mengiktiraf kemampuan muslim (kerana mudahnya disangka pengganas) sementelahan wujud penyertaan tenaga profesional tanah air di Pakistan dalam sektor pembinaan janakuasa.
Pemahaman kaedah hermeneutik telah dijadikan oleh masyarakat bukan muslim sebagai pembina yang menghubungkan sikap berproaktif dalam membentuk nilai-nilai positif yang diterjemahkan dari Bible sebagai motivasi dalam menginstitusikan sudut kemanusiaan.
Bagaimana pula sikap peka dan keperihatinan warga sedia dianggap sebagai memusuhi negara?
Adakah kemanusiaan itu sama ertinya dengan keinsanan yang mahu dilestarikan sebagai kaedah mengislah dunia?
Adakah menolak BN kerana bermusuh dengan rasuah dan salah etika upaya dilihat sebagai khianat?
Mohon tunjuk ajar.
Post a comment