Wednesday, January 31, 2007

Syarat Google Memilih Penerbit yang Buku-bukunya Boleh Dipromosi: Minimum 400 Judul

Bagi membolehkan buku dipamerkan dalam books.google.com, ibu pejabat Google meletakkan syarat di mana penerbit yang hendak mempromosikan buku-buku terbitannya dalam books.google.com supaya mempunyai minimum 400 judul.

Syarat Google itu tidak memihak kepada penerbit-penerbit kecil.

Syarat yang dikenakan Google itu menjadi salah satu cabaran bagaimana penerbit kecil hendak mendapatkan penulis-penulis yang baik dan menjaga supaya mereka tidak lari ke penerbit besar.

Kita sangat berharap Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersikap positif terhadap projek Google ini kerana inilah kesempatan yang sangat berharga bagi buku-buku Melayu dipromosikan pada peringkat global.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buat Bisnes Buku dengan Google Previous entry: Bagaimana Buku PTS Dipamerkan dan Dijual oleh Google
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/31  at  03:55 PM

Dengan syarat begini, saya kira bolehkah jika penerbit-penerbit kecil bergabung?
Dalam posisi PTS sendiri sudah pasti memenuhi syarat ini.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/31  at  04:23 PM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Bagaimanakah mahu melihat antara peluang dan cabaran ia adalah sumber kekuatan yang tidak harus dilihat sebagai penghalang? Seumpama huluran bebas jiwa tidak terkurung untuk rasa merdeka adakah umpanannya kemajuan? Laksana sakit yang tidak dapat dikesan puncanya menjadi sebab sukar untuk diberi rawatan?

Tranformasi yang bersifat demokratik adakah meliputi ruang maklumat dan info yang menyebarluaskan penggunaannya kepada kumpulan sasar misal,lokasi yang tidak mendapat panarafan status melepasi garis kemiskinan,kelaparan oleh pemantauan pembinaan jurang kaya dan miskin berfokus oleh sistem pendidikan yang memisahkan persamaan biarpun sama darah seketurunan,...

Saya adalah peminat tutur bicara minda Puan,(buku-buku PTS) semoga kecekalan dan keazaman Puan akan membuahkan kerjasama yang telus dari ramai peminat Puan.

Kang  on  01/31  at  05:43 PM

Bagi penerbit kecil, saya syorkan guna ‘sistem Pixar’ (rekaan sendiri). Contoh sistem Pixar yang paling berjaya setakat ini ialah Walasri.com (ehem…). Secara asasnya—Walasri menyediakan pre-press dan PTS P&D mencetak dan memasarkan, mengedarkan mengikut rangkaian dan sistem yang sedia ada. Ada kira-kiranya.

Jadi, dapatlah penerbit kecil yang segala-galanya kecil bekerjasama (lebih tepat lagi: bernaung) di bawah syarikat besar bersistem.

Sistem ini telah lama diguna pakai dalam sektor produk lain, selain buku. Contohnya: pengedar dan pembuat produk kecil-kecilan tidak dilayan di hypermarket—jadi mereka bernaung di bawah syarikat pengedar gergasi seperti Bousted, Harper dan sebagainya.

Persoalannya: mengapa saya memilih PTS sedangkan ada syarikat penerbitan besar lain menyediakan cara begitu? Jawapannya mudah: sistem PTS!

Tambahan:
Teja: sila dapatkan buku “Stephen King on writing” di situ ada undang-undang penulisan yang menyebut, “Cut unwanted word”.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/01  at  04:00 AM

Terima kasih atas cadangan.
Saya lebih mengambil kira perbuatan berbanding dengan penulisan.
Sekadar mencari ilmu di sini dan senang dengan keterbukaan minda Puan Sifu tanpa memikir lebih dai itu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: