Syarat Ikut Serta Menulis Novel Profesional
Bagi saudara yang bakal menulis novel profesional, saudara wajib datang 3 kursus:
(1) Bengkel teknik Surah Yusuf - ini adalah mazhab rasmi penulisan kreatif PTS.
(2) Bengkel teknik merekodkan maklumat autobiografi Sang Profesional yang kisah hidupnya akan saudara novelkan.
(3) Bengkel KJ Method - ini adalah teknik menulis buku yang terbukti produktif dan efisien.
Dengan mempelajari ketiga-tiga teknik itu saudara dapat menuliskan novel dengan cepat dan kualiti novel saudara juga tinggi.
Siri novel profesional ini mewajibkan heronya adalah seorang profesional. Kalau tukang masak, dia tukang masak profesional. Kalau tukang kayu, dia tukang kayu profesional. Kalau pemain bola, dia pemain bola profesional.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Andainya watak itu pembunuh upahan, seorang pembunuh upahan profesional… begitukah Sifu?
Ya Sheikh! Bilum fasang dua… minda sudah tidak bitul….
——-
Maaf Puan Sifu,
Apabila saya perlu tukar perkataan “pembunuh” kepada perkataan “jurunikah”, ayat di atas menjadi lebih relevan dan betul, ya Sifu?
[Oh, ya. Semasa saya bacakan komen Puan di atas, dia minta saya sampaikan salam kepada Puan]
Puan kalau saya belum lagi menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan pihak Puan tapi saya berminat untuk menulis.
Sedangkan hendak membuat kek pun perlu belajar teknik-teknik yang betul membuat kek, inikan pula hendak menjadi penulis, suatu profesion yang lebih sukar daripada membuat kek.
Salam Puan Ainon,
Saya telah terlepas untuk mengikuti bengkel KJ Method yang di adakan pada minggu lepas atas faktor keluarga yang sememangnya di saat-saat akhir.
Minggu ini Inysa’Allah saya akan hadir untuk mengikuti bengkel Teknik Surah Yusuf. Jadi jika dilihat pada syarat-syarat wajib yang telah Puan nyatakan di atas, memerlukan kita menghadirkan diri ke 3 kursus yang dinyatakan.
Boleh Puan bagi pandangan terhadap kes saya ini? Adakah akan diadakan bengkel KJ Method selepas ini?
askum.. saya sedang berjinak dalam dunia penulisan dan memerluan maklumat pembelajaran dan bengkel yang dianjurkan… harap boleh dapat serba sedikit maklumat dari pihak tuan.. sekian
Post a comment