Friday, June 06, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Tahniah Buat Kerajaan BN

Pemilik motosikal buruk-buruk, mereka adalah orang miskin-miskin, yang tinggal di ceruk-ceruk kampung dan pedalaman.

Motosikal si miskin hanya digunakan dalam kawasan kampung, buat pergi menoreh getah, menghantar anak ke sekolah, ke masjid, ke kedai.

Orang miskin tidak membeli roadtax. Tanpa roadtax mereka tidak mendapat wang tunai rebet minyak walau 1 sen pun! Kerana rebet diberi kepada mereka yang memperbaharui roadtax.

Anak-anak buah saya di sebuah perkampungan Orang Asli suku Temuan di Ulu Yam berjalan kaki kerana tidak mempunyai motosikal. Antara mereka adalah Sari dengan anak isterinya seramai 8 orang. Walaupun Sari tidak membeli minyak motosikal, harga barang tetap naik.

Pekerjaannya sehari-hari masuk hutan mencari buluh. Bagi sebatang buluh sepanjang 21 kaki yang dijual kepada peraih Cina pembuat peralatan sembahyang, dia dibayar 80 sen.

Pada hari-hari tipikal, mereka makan nasi 1 kali sehari, jam 3 petang, nasi dengan lauk 2 ekor ikan kembung masin bakar, dikongsi ramai-ramai, dicicip seorang sedikit, buat menolak nasi masuk ke dalam tekak. Kalau ada kicap, itu bonus. Ada hari-harinya, hanya nasi dan air garam.

Kalau kita pergi ke kampung mereka jam 1 tengah hari, kita dapat tengok bibir budak-budak kecil di sana kering-kering belaka, sebab mereka belum makan. Ibu bapa mereka masih di dalam hutan, memikul dan menarik buluh-buluh keluar ke tepi jalan. Lori peraih pula tidak setiap hari datang.

Saya juga ada anak buah Orang Asli suku Semai yang hidupnya macam tikus di Bukit Tinggi. Ada yang mempunyai kad masuk Islam, tetapi apabila malam mereka anak-beranak tidur dalam kuil Cina.

Bukan tidak selalu Cina-Cina pemilik kedai-kedai makan di situ yang baik hati menyedekahkan kulit babi kepada mereka (daripada dibuang begitu sahaja....)

Menteri Dato' Shahril Samad yakin sistem yang diciptanya itu berjaya mengelakkan orang-orang kaya daripada menikmati subsidi minyak. Tahniah! Tahniah! Tahniah!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(16) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Siri KOMIK MALAYSIA PTS dan Strategi Brain-based Learning Previous entry: Akan Masuk Ulang Cetak Jun 2008
rastom  on  06/06  at  08:13 AM

Tahniah, tahniah, saya sudah beli basikal. Bukan ubah cara hidup tetapi sebagai tanda protes. Akan hanya berbasikal ke mesjid dan pasar. Sesuatu badan atau jemaah yang dilaknat sesungguhnya akan terus membuat keputusan yang bakal menjahanmkan diri mereka sendiri. Tiada jalan lagi untuk berpatah balik.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/06  at  10:02 AM

Salam, Puan.
Tuan Rastom,
Saya berulang alik ke pejabat sejauh 70 km. Kena bayar tol RM5.70 sehari. Memang parah kantung saya dengan kenaikan harga minyak ni. Dah kering anak tekak saya memaki hamun mereka, tapi si haprak tu buat pekak aje.
Nak jugak ikut Tuan Rastom naik basikal. Kalau saya naik basikal, jimatlah RM5.70 tu. Tapi, perlu wujudkan peruntukan untuk minyak urut… eh minyak lagi! Aduh, fobia betul dengan kata “minyak”!
Nak jugak cuba pengangkutan awam, tapi perkhidmatannya menyeksakan. Dari rumah saya ke pejabat, mula-mula tu naik bas RapidKL dan transit di Taman Sri Muda, kemudian baru naik bas ke KL, kemudian naik bas lagi ke Kota Damansara. Lepas tu, kena jalan kaki lagi untuk sampai ke pejabat. Habih camno, Tuan Rastom?!
Ada cadangan? Bergilir-gilir berkongsi kereta? Kena buat iklanlah pulak! Ada sesiapa yang berulang-alik dari Jalan Kebun Shah Alam ke Kota Damansara?

Amar Mahmood  on  06/06  at  02:30 PM

Salam buat semua pembaca..

Apabila pemimpin tidak berjiwa rakyat, inilah jadinya. Apa yang mereka fikir hanyalah yang besar-besar sahaja.Yang kecil-kecil mereka terlepas pandang atau memang tidak dalam kotak pemikiran mereka yang sempit itu.

Kita sebagai rakyat ada dua pilihan. Satu ubah cara hidup dan yang kedua ubah orang yang memimpin.

Riduan Khairi  on  06/06  at  03:04 PM

Saya terharu membaca entri kali ini.Trauma Andrea Hirata di Pulau Belitong 20 tahun lalu belum menjadi sejarah.

‘Menyalakan lilin lebih baik dari mengutuk kegelapan’.

Apa yang perlu/boleh saya/kita lakukan?

Sungguh-sungguh saya terharu.

fudzail  on  06/06  at  03:08 PM

Salam SifuPTS

Membaca entri ini di pagi Jumaat setelah bersarapan di kedai mamak Dubai yang baru menaikkan harga makanan dari 1 ke 2 dirham, memang terasa menyayat sekali. Menitis airmata.

Minyak di sini masih murah, kereta teramat murah (tanpa cukai langsung), cuma kenaikan bahan makanan disebabkan oleh krisis dunia dan sewa rumah yang agak tinggi kerana permintaan melebihi unit yang ada.
Tetapi Alhamdulillah, buat ekspatriat seperti saya, syarikat memberi kereta, minyak dan salik (tol) percuma, elaun rumah, utiliti dan pendidikan anak-anak yang menjadi masalah besar buat majoriti, masih belum terasa kenaikan kecuali kalau pergi membeli barang dapur….memang terasa perubahan.

Ramai sudah merancang untuk balik kampung, sama ada di India, England, Autsralia dan Amerika, termasuk Malaysia.

Dengan berita kenaikan minyak yang terlampau ini, maka ramai yang nampaknya rela bermandi hujan batu di negeri orang selagi hujan emas di negeri sendiri sekadar mitos.

Nampaknya tanahair semakin jauh untuk kami!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/06  at  03:34 PM

Salam Puan Sifu,

Saya tidak boleh komen panjang-panjang nanti jadi tak tentu hala. marah sangat, setiap hari ulang alik dari tempat kerja 120km, aduh. apa nak jadi ni.

Riduan Khairi  on  06/06  at  03:48 PM

Atau kerajaan nak acum kita saja. Macam larangan penjualan petrol 50km dari sempadan. Alih-alih tarik balik. Berbondong-bondong rakyat sempadan ucap terima kasih. Padahal!

Entah-etah esok lusa petrol turun dua tiga puluh sen. Dan rakyat akan bersampan-sampan ucap terima kasih dan tahniah. Padahal!

Web Sutera  on  06/06  at  08:44 PM

Saya sebenarnya malas mahu mengulas panjang lebar fasal kes harga minyak naik, takut tersasul cakap. Walau apapun, seperti entri dalam blog katering saya, kesan kenaikan harga minyak yang mendadak ini akan hampir pasti turut memberi kesan kepada harga barang makanan. Atau mungkin juga sudah semestinya harga barang akan naik?

Web Sutera  on  06/06  at  09:16 PM

Siapa ramai tinggal di kampong? Melayu. Kaum apa yang paling ramai golongan miskin / pendapatan agak rendah? Melayu. Siapa yang paling ramai undi BN? Melayu. Jadi biarlah kerajaan mahu naikkan harga apa sekalipun, setinggi mana pun. Itu yang Melayu harapkan, bukan!?

Abang Long  on  06/07  at  04:40 AM

Assalamu’alaikum dan salam hormat buat Puan Sifu dan seluruh pengunjung.  Semoga kehidupan anda mendapat keberkatanNya - AMIN.

Puan Sifu yang dihormati. Andainya seorang yang bergaji kecil sudah terasa bahang dan bahananya,  bagaimana pula diri ini yang sudah tiga bulan menganggur ? Terasa berat, pedih, azab dan seksanya, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Ingatlah wahai pemimpin. Do’a dari orang yang dizalimi,  tiada HIJAB disisi ALllah !. AMIN.

admin  on  06/07  at  01:19 PM

iya fudzail, tanah air semakin jauh kini ...:(

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/07  at  03:11 PM

Puan,

Saya amat berminat ingin tahu pendapat puan apakah implikasi kenaikan harga petrol kepada permintaan sektor buku terutama buku-buku fiksyen.

Apakah ini akan memberi impak besar kepada industri buku lantaran kenaikan harga ini juga bakal menyebabkan kenaikan harga-harga pencetakan.

terima kasih

PS: Tak sabar menantikan pembayaran royalti daripada PTS, yang sedikit sebanyak boleh membantu kos sara hidup. Agaknya bila ya?

hairul  on  06/07  at  11:20 PM

Panas………..makin panas.

Hangat……….kini sudah hangit.

Jom, simbahkan lagi minyak yang dah naik harga tu, pada api perbahasan ini.

Sorakkan emosi. Yeah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/09  at  10:32 AM

Salam dan yang semakna dengannya..

Stress yang amat sangat bila kerajaan menaikkan harga minyak dengan kadar yang memang melampau.

Perjalanan dari Telok Panglima Garang ke Bt Caves : 130km pergi dan balik (angggaran petrol rm30 sehari)+ tol rm12.60(pergi dan balik sehari) maknanya sehari perbelanjaan di atas jalan rm 42.60. Kalau di darab 20 hari bekerja maka sebulan adalah rm852. Berbanding sebelum kenaikan anggaran perbelanjaan hanyalah dalam lingkungan rm600 sahaja. Tertekan yang amat sangat rasanya.

Melihat keadaan ini, bukan sahaja segelintir yang merasa bahangnya, tetapi keseluruhan sektor.

Secara umumnya, rakyat akan tertekan dalam masa 3 sehingga 6 bulan yang akan datang ini, pasaran akan merundum jatuh dengan mendadak. Lihatlah hujung minggu, orang ramai rela memerap di rumah dari keluar ke mana-mana. Ekonomi akan malap, dengan kurangnya penawaran maka pendapatan pengeluar dan juga penerbit akan melayang ke bawah.

Wang lebihan yang sebelum ini dapat dibelanjakan dengan membeli buku akan terhenti sifatnya.

Mengharap kiranya adalah penulis yang dapat menulis buku yang bertajuk “Hidup Senang Walaupun Harga Minyak Naik” ataupun “Rahsia Bisnes Maju Semasa Harga Minyak Naik”, untuk mengurangkan stress di kala harga minyak melambung.

Apa-apa pun sebagai rakyat yang dizalimi, terpaksa jua meneruskan hidup dengan memandang ke hadapan walaupun dalam kegelapan.

Amin….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/10  at  11:07 PM

Salam!

Ramai di Malaysia terbaham akan kenaikan harga minyak. Sakit dikunyah bila tetaring pembaham mencarik-carik kulit, isi dan tulang-belulang. Makin kecil dan kurus si mangsa, makin senang ditelan. Hanya Allah pembela Agung. Moga diringankan kesakitan dan kepedihan yang membungkus.

Berdoa agar tetap aman dan tenang Malaysia tanahairku.

Amin

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/12  at  12:33 PM

Maaf atas kelewatan member komen, yelah orang naik kereta saya nak basikal , orang sampai dulu kita masih terkial-kial ( nukilan tulin terhasil semasa ini ).
Kenaikan harga minyak menyebabkan semua benda naik , termasuk darah naik, naik darah, nak harga , naik pening, naik muak dan semuanya bertitik tolak dengan naik..muga-muga saya boleh menulis pasal naik.
Adakah pasaran dunia telah mengubah harga ini ? adakah di zaman pemerintahan BN tetapi berlainan nakhoda dulu tiada kenaikan. Atau kemungkinan pakar penasihat kita sudah tiada ( ada dalam makhamah – kes luarnegara) yang menyebabkan kerajaan tiada pilihan.
Semua diskusi saya baca dan faham , dulu saya pun ulang alik sejauh 80 km pergi dan balik lagi tambah 80 km, naik kereta kita memang tidak larat nak bagi duit kat syarikat petroleum Negara pada masa itu tetapi sekarang kalau saya masih ditempat kerja lama memang aku terasa ( man bai ) kehangatan kenaikkan ini.
Adakah pihak kera jaan tidak mempunyai pilihan atau saja tak nak pikir. Cuba fikir kaedah lain , dulu kita ada dengan kempen kongsi kereta , kempen kereta tidak boleh masuk Bandar , gunakan pengangkutan awan tetapi semua tidak jadi , yang jadi adalah syarikat-syarikat yang menjadi pembekal bahan promosi pasal bagi mereka itu yang penting. Promosi penting tapi hasilnya. Tidak kah pihak kera jaan cuba buat pertandingan misalnya untuk mememinta rakyar untuk memberi pendapat atau idea, kita ada berjuta-juta penduduk tetapi kalau nak harap beberapa kerat ahli pemikir kat putrajaya tu memang itulah jawapannya – naik harga.
Kalau kita hanya bersuara dari sini , tetapi tiada sambutan , sudah-sudah seperti anjing menyalakk bukit , bukit disalak diam , tekak anjing menjadi kejang.

Sekian.

jangkang

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: