Monday, September 14, 2009

Tahun 2010 PTS akan Mula Mengiklankan Buku-buku Terbitannya dalam Media Radio Tradisional

Mulai 1 September 2009, Tn. Hisham Salmin (foto), Pengarah Kreatif PTS, kini dipindah ke jabatan marketing PTS bagi memperkuatkan lagi TimMarketing. Tugas-tugas lama beliau kini digalas oleh Tn. Zaidi.

Dengan kehadiran Tn. Hisham, kini anggota TimMarketing PTS menjadi 9 orang, 3 orang daripada mereka adalah bertaraf pengurus. PTS mempunyai rancangan menambah anggota TimMarketing menjadi 10 orang pada akhir tahun 2009. Ini menjadikan PTS sebuah penerbit buku ilmu yang mempunyai jabatan marketing paling kuat dan paling agresif.

Ketua pengurus jabatan marketing adalah Puan Norhazizam Abdul Rahman.

Ketua Unit Internet Marketing adalah Tn. Nazrul Samsudin (sebelum ini beliau adalah Pengurus PTS Profesional Sdn. Bhd.). Promosi dalam radio internet adalah di bawah tugas beliau.

Ketua Unit Periklanan adalah Tn. Hisham Salmin. Tuan Hisham kini menggalas tugas dan tanggungjawab membangunkan strategi periklanan PTS dalam media cetak, radio dan (akhirnya TV).

Puan Norhazizam menumpukan daya kreativiti beliau dalam aktiviti promosi PR (public relations), Events (promosi di dalam kedai buku dan di luar kedai buku) dan Merchandising (yang akan membolehkan jabatan marketing sebagai pusat keuntungan).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akademi Latihan Penerbitan PTS akan Berkembang Menjadi Organisasi Komersial Previous entry: Eksploitasi Penerbit ke atas Pelukis Kartun dan Komik
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/14  at  01:33 AM

Salam kepada Puan Ainon, semua warga PTS dan rakan-rakan.
Selamat Berpuasa.

Tahniah kepada PTS kerana menambah lagi tim Marketingnya. Semoga ianya akan melonjakkan lagi nama PTS dan menambahkan lagi jualan PTS.

Saya amat-amat berharap dan berdoa semoga cerita di bawah tidak akan berlaku kepada PTS.

Syarikat ABC adalah sebuah syarikat percetakan yang mencetak buku-buku yang ditempah oleh penerbit luar negara. Apabila bulan Julai sehingga September setiap tahun, ABC amat sibuk dengan kerja-kerja percetakan. Jabatan Sales dan Marketing amat sibuk mengambil tempahan dan cuba memenuhi target jualan mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan tempahan yang terlalu banyak, pihak pengeluaran / production tidak dapat memenuhi tempahan berkenaan atau dalam kata lain buku tidak dapat disiapkan dalam masa yang dikehendaki.

Pihak Sales dan Marketing menyalahkan jabatan Pengeluaran kerana kegagalan itu. Pihak pengeluaran membalas semula tuduhan itu dengan mengatakan mereka memaksimumkan kapasiti mereka sehingga telah mencapai 200% dari kapasiti biasa mereka. Masing-masing tidak mahu mengalah…tetapi hakikatnya nama ABC sudah menjadi buruk di kalangan pelaggan utama mereka.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah PTS mungkin menerima lebih banyak tempahan dengan adanya pertambahan tim Marketing itu. Tetapi PTS tidak boleh lupa bahawa kejayaan utama PTS ialah menerbitkan buku dan buku-buku itu ada di kedai buku pada waktu yang SESUAI. Apa yang saya maksudkan ‘sesuai’ di sini ialah menepati kehendak pelanggan atau “conformance to the client’s requirement”. Contoh: Buku mengenai puasa mesti ada di kedai buku sebelum atau di awal bulan puasa, bukan selepas seminggu berpuasa.

PTS juga tidak boleh lupa bahawa kedai-kedai buku adalah pelanggan utama PTS. Tuan punya kedai buku amat berbangga mengedar buku PTS kerana PTS sudah menjadi satu jenama yang terkenal. Mereka tidak perlu bersusah payah memperkenalkan PTS kepada guru-guru sekolah kerana guru-guru ini sudah kenal PTS. Tetapi tuan buku panik dan malu apabila buku yang ditempah dari PTS tidak sampai mengikut waktunya. Ini akan memburukkan nama tuan punya kedai buku itu ... sama seperti cerita syarikat ABC di atas.

Saya berharap agar cerita saya tidak berbelit-belit dan mudah difahami. Apa yang saya cuba sampaikan ialah PTS mesti “streamline all the processes” supaya matlamat utama PTS iaitu menjual buku-buku yang memandaikan bangsa akan tercapai.

Maaf jika terkasar bahasa. Selamat Hari Raya.

Saifuddin Awang.
Pembaca buku PTS sejak 2005.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.