Saturday, April 28, 2007

Taklimat Projek Buku Cerita Hantu-Mantu

Filem dan TV Melayu jelas sedang mabuk semula dengan cerita-cerita seram hantu-mantu. Di Bangkok, buku-buku cerita hantu sedang ngetop saat ini, manakala TV dan filem Siam sudah mabuk hantu sejak 2006 lagi.

Apakah PTS akan ikut masuk ke dalam pasaran buku-buku hantu?

PTS adalah sebuah penerbit yang produknya halal dibaca. Manakala dalam banyak cerita hantu terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan tiang-tiang kepercayaan Islam seperti khurafat dan syirik.

Syirik adalah satu-satunya dosa yang Tuhan tidak akan ampuni meskipun sesudah bertaubat dengan sesungguh-sungguh taubat.

Pada waktu yang sama, kita percaya penerbit Islamik seperti PTS wajib menerbitkan buku-buku yang mendidik masyarakat supaya menjauhi kepercayaan tahyul, khurafat dan syirik.

Malah dari kecil lagi pembaca semestinya sudah diasuh dengan tiang-tiang kepercayaan yang betul.

Justeru kita bersikap terbuka kepada cerita-cerita hantu yang tujuannya ditulis adalah demi menerangkan tiang-tiang kepercayaan Islam seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Jadi, kita mencari buku-buku cerita hantu yang seronok dibaca, tetapi pada waktu yang sama ia ditulis dengan menggunakan perbendaharaan kata sihir, tahyul, khurafat, syirik, haram, dosa, taubat, akidah, hadis dan Quran di dalamnya.

PTS ISLAMIKA akan mengadakan taklimat kepada saudara yang berminat menulis cerita-cerita hantu untuk PTS tentang apa yang dikatakan unsur khurafat supaya saudara jelas, dengan itu mudah saudara mencipta ceritanya.

Kita juga akan menerangkan FORMULA cerita hantu yang seronok dibaca dan evergreen. Buku-buku cerita hantu adalah evergreen, cuma ia bermusim-musim, jadi buku saudara dapat diterbitkan semula setiap kali musim cerita hantu timbul kembali.

Daftar di sini. Encik Imran - 017 381 8700. Tulis nombor hp dan alamat emel.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pesta Buku: Laporan En. Zain Nassri Previous entry: Penulis dan LHDN
alang kelana  on  04/29  at  05:43 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Alang Kelana
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
019 333 5921
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.