Bagaimana PTS Mencipta Imej sebagai Penerbit Besar yang Tetap COOL….
Setiap tahun apabila diadakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL), para petugas di booth PTS tampil dengan gaya gila-gila.
Pada tahun-tahun lalu, mereka memakai apron dan telinga tikus.
Tahun ini mereka memakai topi koboi!
Ini adalah strategi yang dicipta oleh jabatan marketing PTS supaya dengan penampilan gila-gila itu, para penyokong, peminat, pendukung, dan pengunjung booth PTS mendapat kesan bahawa PTS adalah sebuah korporat yang sangat periang, mesra, ramah-tamah, mudah didekati, tidak formal, tidak mementingkan duit semata-mata, suka berkawan dan amat menggembirakan.
Pendek kata, penampilan gila-gila itu bertujuan mencipta kesan emosi yang sangat positif kepada para pengunjung booth.
Matlamat pemakaian topi koboi tahun ini supaya PTS mudah dijadikan korporat kesayangan pembeli buku-buku Melayu....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

tahun depan, pakai serban pula… hehehe
Post a comment