Tuesday, February 28, 2006

Tanda Tanya dalam Kisah Indah

Dalam novel SALINA oleh A Samad Said, Salina adalah seorang perempuan ā€œPā€ di kota Singapura pada zaman pendudukan Jepun sewaktu Perang Dunia II.


Salina adalah "P" yang juga disimpan oleh seorang lelaki jahat bernama Abdul Fakar. Sepanjang membaca SALINA, kita tertanya-tanya mengapakah Salina sanggup disimpan oleh seorang lelaki jahat yang kejam terhadapnya itu.


Akhirnya kita diberitahu bahawa rupa-rupanya Abdul Fakar mempunyai ira-iras wajah arwah kekasih pertama Salina. Noktah. Tidak ada lagi tanda tanya.


Dalam teori novel Islami mazhab surah Yusuf, kahadiran persoalan yang tiada disertai jawapannya adalah unsur keindahan. Maksudnya, dalam sebuah kisah yang indah perlu ada tanda tanya yang tidak diberikan jawapannya oleh pengarang.


Ini adalah berdasarkan banyaknya maklumat yang tidak diberikan dalam kisah Nabi Yusuf, sehingga sudah lebih 1400 tahun kemudian kita masih tertanya-tanya, mengapa, mengapa, mengapa?


Dari sudut pandang teori novel Islami, apabila semua persoalan diterangkan jawapannya, maka jawapan-jawapan itu menjadi unsur kecacatan.


Justeru, kisah yang indah adalah kisah yang meninggalkan dalam minda pembacanya pelbagai tanda tanya.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dewan Industri Buku Melayu Malaysia Previous entry: Sifu Fuad Latip
Rostam Effendi  on  02/28  at  07:53 AM

Alamak, tak sedar la!! Happy belated bday!!!!

Now I can catch up reading your short blogs…. hehehe….
——-

Ainon Mohd.  on  02/28  at  08:31 AM

Adinda (ini BM Tinggi) Rostam, terima kasih! Kamal sihat? Kanda selalu jengok blog adinda, tetapi tak diupdate hari-hari!

gina hayana  on  05/23  at  01:32 PM

Ya. Saya lebih menyukai novel yang memberikan sisi “misterius” dan jawabannya biarlah pembaca yang menemukannya.

pemain bola cantik  on  06/03  at  08:30 AM

Novel ini sangat menyentuh.. Saya sngat suke sekali kak..

khasit prenagen esensis  on  06/15  at  01:33 PM

Subhanallah.. sya senang bacenya..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.