Target PTS bagi Tahun 2010: 35 Judul Baru Setiap Bulan
Presiden dan Ketua Eksekutif PTS, Tuan Arief Rahmat, memberitahu UNIKAPTS bahawa PTS akan menerbitkan 35 judul baru setiap bulan mulai tahun 2010.
Bagi membolehkan target itu dilaksanakan secara konsisten setiap bulan, PTS sedang menjalankan langkah-langkah berikut:
(i) Mengambil editor-editor baru bagi semua anak syarikat PTS.
(ii) Menjalankan bengkel-bengkel latihan penulisan dan penterjemahan bagi meningkatkan jumlah dan kualiti penghasilan manuskrip daripada pengarang sedia ada dan pengarang-pengarang baru.
(iii) Merancang siri-siri baru yang belum ada dalam pasaran buku Melayu.
(iv) Mengenalpasti Laut-laut Biru baru bagi buku Melayu.
(v) Membeli satu pintu lagi bangunan bagi menambah ruang setor.
Target PTS adalah dalam tempoh 8 tahun lagi, PTS dapat menerbitkan 1,000 judul setahun.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam takzim buat semua,
Betullah bagai dikata, industri buku Melayu sedang menggebu-gebu berkembang. Saya jadi teruja untuk menjadi sebahagian daripada statistik tersebut.
Jika peluang menjadi editor jarak jauh (sepenuh masa) dibuka, dengan senang hati saya sudi mengisinya.
Terima kasih.
Hidup PTS!
Semoga buku tulisan saya dan penulis PTS lain akan masuk dalam sebahagian statistik tersebut.
http://www.syahrulnizam.com
Assalamualaikum Puan dan warga PTS,
Benar-benar rasa terpanggil untuk turut membantu PTS mencapai target tersebut jika masih dipanjangkan umur dan masuh diperlukan oleh pihak PTS.
Hendak juga menambah saham Akhirat memandaikan bangsa dalam bidang penulisan.
Banyak langkah diambil demi memandaikan bangsa. Penerbitan banyak buku memanglah satu daripadanya. Oleh itu sudah pasti ramai orang yang perlu ‘dipandaikan’ sebelum buku-buku terbaik itu berjaya diterbitkan dan terjual dengan sempurna.
Post a comment