Monday, March 24, 2008

Tarian Naga dari PTS

PTS ISLAMIKA sedang mengaturkan buat membawa sepasukan lion dance pada Pesta Buku 2008 (4 - 13 April) di PWTC nanti, sempena pelancaran sebuah buku baru terbitannya.

Buku itu berjudul "Rahsia Islam di China". Ia adalah berkenaan kejayaan ekonomi masyakarat Cina Islam di tanah besar Cina, karya Ann Wan Seng yang terbaru.

Sehingga hari ini Tuan Ann Wan Seng adalah ekspot PTS ke Jakarta yang paling berjaya di sana. Bukunya "Rahsia Bisnes Orang Cina" terjual 30 ribu naskhah dalam bulan pertama ia diterbitkan.

PTS melaburkan banyak wang bagi mempromosi buku ini kerana diramalkan buku ini akan laku keras dalam pasaran tempatan dan besar kemungkinan ia dapat dilesenkan ke Jakarta juga.

Nota: Pada Pesta Buku nanti banyak penerbit dari Jakarta akan datang, jadi PTS mahu impres mereka supaya berebut-rebut mahu melesen buku ini dan lain-lain buku PTS. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengajar Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Seni Rekacipta adalah Amat Murah Previous entry: Isu Rasuah di KPM: Sifu Jawab Kritikan Pembaca
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/25  at  04:06 PM

Wah, idea yang cukup menarik Sifu. Kebetulan saya ada terbaca di akhbar berkenaan pemenang peraduan foto Tahun Baru China NST merupakan sebuah keluarga Melayu yang menggayakan tarian naga berlatarbelakangkan perkampungan Melayu.

Lalu saya terfikir, alangkah bagusnya jika naga-naganya terdiri daripada hero-hero PTS. Ah, jika menjadi nyata, mungkin sinaga itu tidak berkung fu tetapi berkuntau jawa.

Semoga buku Ann Wang Seng itu ‘tetap berkung fu’ di pasaran.

rastom  on  03/25  at  10:57 PM

Ini mesti idea sinaganaga, mungkin dia jadi khalifah (kepala naga)?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: