Tarikh Kiraan Royalti
Tiap-tiap syarikat penerbitan mempunyai tarikh 'tahun royalti' masing-masing. Faktor ini selalunya tidak diketahui oleh penulis baru.
Tahun kiraan royalti tidak serupa dengan tahun kalendar biasa. Jabatan Kewangan PTS mula membuat kerja kira-mengira angka jualan buku-buku PTS antara 1hb Januari - 31 Disember pada bulan Januari tahun berikutnya. Cek bayaran royalti mula dihantar berfasa-fasa mulai 1hb Jun sehingga semuanya habis dibayar pada 31 Desember.
Tugas mengira royalti adalah rumit. PTS mempunyai seorang eksekutif khusus bagi menjalankan beban kerja ini. Beliau adalah Cik Norizah Wahid (emel .(JavaScript must be enabled to view this email address)). Penulis PTS yang mempunyai sebarang pertanyaan, mohon hubungi beliau.
Bagi penulis yang bukunya terbit antara 1hb Januari - 31 Disember 2008, mereka mula menerima royalti pada musim ini. Setiap tahun cek royalti mula dihantar kepada penulis bermula pada bulan 1hb Jun sehingga Desember setiap tahun.
Jika buku tuan terbit mulai 1 Januari 2008, itu bermakna tuan akan menerima royalti antara Jun - Desember 2009. Semua cek royalti bagi jualan tahun 2008 akan selesai dihantar pada bulan Desember 2009. (Chairman PTS sentiasa menjadi penulis terakhir menerima cek royaltinya.)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon,
Bersyukur jadi orang terakhir dapat royalti kerana Puan berpeluang membelanjakannya ketika musim mengawan ‘percutian’ pada Disember nanti.
Tentu lebih seronok.
Post a comment