Wednesday, March 12, 2008

Tatakerja Pemulihan Judul Teks di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Penuh Misteri

Komuniti bisnes buku mempunyai banyak rungutan tentang bagaimana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, memilih buku-buku teks subjek komponen sastera (KOMSAS).

Para penerbit tidak dipelawa supaya menghantarkan kepada PPK judul-judul yang sesuai  bagi dibaca dan dinilai oleh pegawai-pegawai PPK. Dua persatuan penerbit utama - MABOPA dan IKATAN - tidak diberitahu bagaimana mereka dapat membantu memudahkan penghantaran judul-judul terbitan mereka kepada PPK.

Jadi, sebagai contoh, 2 buah judul PTS ini tidaklah dapat kita hantar ke PPK, sedangkan kedua-dua judul ini amat sesuai dengan tema patriotisme.

PPK tidak mempunyai pusat dokumentasi buku-buku sastera kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Jadi di manakah anggota panel penilai KOMSAS itu pergi bagi memilih bahan-bahan yang dinilai? 

Adakah mereka memilih bahan-bahan itu di kedai buku (Mamak) yang menjual novel-novel picisan?

Ataupun mereka pilih daripada koleksi novel picisan yang menjadi bacaan mereka sendiri?

Tidak ada siapa yang tahu (melainkan Tuhan dan orang-orang tertentu dalam PPK) bagaimana sebenarnya proses PPK memilih, menilai, dan menapis buku-buku yang dikatakan sesuai untuk dijadikan teks KOMSAS.

Tidak ada pakar bahasa yang diminta membantu menilai kualiti bahasa yang digunakan dalam karya-karya yang hendak dipilih. 

Tidak seorang pun pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang tahu, apatah lagi dilibatkan, dalam proses pemilihan itu, padahal projek KOMSAS adalah projek DBP.

Setiap tahun DBP membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi membiayai pelbagai program pengukuhan pengajaran dan pembelajaran KOMSAS.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pusat Perkembangan Kurikulum dan Cerita KOMSAS di Balik Tabir Previous entry: Lagi-lagi Cerita PPK
rastom  on  01/16  at  12:10 AM

Apa yang berlaku dalam PPK itu saya lihat sebagai satu perkara yang berlaku di dalam banyak agensi agensi kerajaan. Penyamun profesional!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: