Tawaran Percuma Kelas HAIKU
Assalamualaikum, Sifu.
Bilakah program co-writer Ain Maisarah hendak diadakan?. Hmmmm... tak sabar ingin menulis "Aku ingin ke Tokyo" ni ....
myJICA akan mengadakan kelas "HAIKU" (puisi tiga baris Jepun - dalam Bahasa Melayu) kepada kanak-kanak sekolah pada Sabtu 29 Nov. 2008 ini di Putrajaya.
Sekiranya Puan berminat, saya ingin jemput 40 orang peminat/pembaca Ain Maisarah untuk hadir ke kelas ini secara ekslusif.
Kelas ini diberikan secara percuma dan akan dimuatkan cerita dan berita mereka dalam mahalah e-baca.
Setiap peserta juga akan diberikan majalah e-baca untuk tempoh selama 6 bulan.
Sekiranya berminat dan boleh menyediakan murid-murid sekolah sejumlah itu (atau apa-apa jumlah), sukacita dapat dimaklumkan seberapa segera. Sabtu ini kami ada meeting lagi dengan JICA.
NOTA SIFU: Kepada yang berminat segera tulis emel kepada Tuan Muhammad bin Ali.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment