Friday, March 19, 2010

Teenlit, Chiclit… dan Kini Pelit!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasaran novel remaja adalah Laut Biru yang menjanjikan banyak duit bagi penerbit dan penulis yang pandai memenangi hati remaja.

Kedai-kedai buku banyak mempamerkan rak-rak novel remaja di hadapan pintu masuk disebabkan jualan novel remaja amat laris.

Pada saat ini PTS One Sdn. Bhd. adalah penerbit sastera remaja dan kanak-kanak yang paling aktif dan paling inovatif dalam pasaran. Strategi dan sikap inovatif dalam penghasilan produk-produk remaja menjadi faktor kejayaan PTS One. 

Remaja adalah golongan konsumer yang citarasa mereka belum stabil. Oleh itu mereka tidak mempunyai citarasa yang tetap sebagaimana orang dewasa.

Citarasa remaja amat trendi, mudah berubah-ubah. Mereka cepat jemu dengan sesuatu yang serupa. 

Penerbit produk-produk remaja mesti sentiasa memikirkan dan mencipta produk-produk baru. Demikian juga penulis buku-buku remaja.

Terbaru, PTS One memperkenalkan novel remaja genre 'pelit'.

Genre 'pelit' datang daripada gabungan perkataan 'personal' dan 'literature'. Genre ini ditulis menggunakan gaya entri dalam diari.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kesesakan di Booth PTS Previous entry: Risiko Menjual Hakcipta Karya kepada Penerbit
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/22  at  10:01 AM

Salam hormat Puan,

Seperti pelik sedikit bila disebut sebagai genre ‘pelit”. Sebab pelit bermaksud kedekut dalam Bahasa Indonesia smile

Sekadar pandangan.

Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.