Saturday, April 14, 2007

Teknik Mengemukakan Komplen kepada Editor

Apabila saudara tidak puas hati dengan beberapa perkara yang terdapat pada buku saudara yang sudah terbit, tulis emel kepada editor saudara supaya beliau tahu perkara-perkara itu, dan supaya perkara-perkara itu dapat dibaiki.

Di bawah adalah format menulis emel komplen:

1. Mula-mula beri salam dan tuliskan doa yang baik bagi Sang Editor.

Sebagai contoh: Asalamualaikum, Cik Siti Zulikha. Didoakan Cikpuan yang saya hormati selalu dalam keadaan sihat dan sentiasa diberkati Allah.

2. Ucapkan terima kasih atas budi baik editor yang sudah bersusah-payah menerbitkan buku saudara.

Sebagai contoh: Saya baru sahaja menerima 10 naskhah buku saya "Mari Belajar Sembahyang" yang dikirimkan oleh Jabatan Pemasaran PTS. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikpuan yang telah bersusah-payah menerbitkan buku saya itu dalam keadaan yang cantik dan menarik.


3. Puji mana-mana aspek pada buku itu yang saudara suka, mungkin desain kulitnya, mungkin wajah halaman, mungkin ilustrasinya.

Sebagai contoh: Saya sangat suka wajah kulit buku saya itu. Saya juga puas hati dengan kualiti ilustrasi yang digunakan. Diharap Cikpuan dapat sampaikan ucapan salam dan terima kasih saya kepada desainer kulit buku dan juga ilustrator buku saya itu.


4. Jika banyak sekalipun kesilapan itu, sebut 1 atau 2 sudah cukup. Jangan senaraikan semuanya sampai surat komplen itu menjadi lebih daripada 1 halaman. Yang penting adalah mengemukakan langkah penyelesaian yang saudara mahukan.

Sebagai contoh, tulis: Saya ada terjumpa beberapa kesilapan ejaan dan sedikit kesilapan tatabahasa. Cukup.

5. Kemukakan permintaan saudara, sebagai contoh:

(a) Untuk buku saya yang akan datang, bolehkah saya diberi editor lain, supaya saya dapat berkerjasama dengan lebih lancar.

Ataupun,

(b) Apabila buku saya hendak diulang cetak nanti, ada beberapa pembetulan yang saya ingin lakukan. Mohon saya diberitahu jadual ulangcetak buku saya supaya saya dapat hantarkan pembetulan itu lebih awal.

6. Apabila mengakhiri surat, sekali lagi rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sang Editor.

Tulis begini: Sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama Cikpuan. Saya sangat berbangga dan bertuah kerana diterima menjadi salah seorang penulis PTS. Budi baik Cikpuan dan PTS tidak akan saya lupakan.

Nota: Jangan tulis surat komplen semasa hati saudara sedang emosional.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Hubungan penulis-penerbit
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Risiko Menjadi Penulis Terkenal Previous entry: Bagaimana Keuntungan Dikongsi dalam Industri Penerbitan
Pengkritik Blog  on  04/14  at  11:33 PM

Contoh surat komplen yang agak emosional kepada Editor.

Asalamualaikum, Cik Editor. Didoakan Cik Puan yang saya hormati selalu dalam keadaan sihat dan sentiasa diberkati Allah walaupun kerjanya tak betul, banyak silap, salah situ sini.

Saya baru sahaja menerima 10 naskhah buku saya “Mari Belajar Mengkritik” yang dikirimkan oleh Jabatan Pemasaran PTS. Terima kasih sajalah, Cik Puan. Susah-susah sahaja mengirimkan buku tersebut. Mimpi ngeri buat saya apabila melihat buku saya itu.

Wajah kulit saya sangat buruk. Kualitinya tidak mencerminkan tahap kepakaran staf PTS. Kirim salam maut saya kepada desainer dan ilustrator buku saya itu.

Agaknya Cik Puan tak cukup tidur semasa menyemak buku saya. Kenapa banyak sangat silap? Minum kopi banyak-banyak, buka mata luas-luas semasa meneliti hasil karya saya.

(a) Saya ingat saya nak cari editor lainlah pula selepas ini. Cik Puan telah mengecewakan hati saya dengan cara Cik Puan menyunting buku saya.

atau

(b) Tak usah susah-susah nak mengulang cetak buku saya lagi. Saya sudah merajuk. Saya tahu, selepas Cik Puan baca surat komplen saya ini, Cik Puan sudah tentu sudah muak untuk bekerjasama dengan saya lagi.

Bertuah betul saya dapat menjadi salah seorang penulis PTS. Namun, malang sekali, segala tuah itu telah hilang kerana Cik Puan telah dipilih sebagai editor buku saya. Buku pertama pula tu. Jatuh reputasi saya sebagai penulis baru.

Saya akan ingat kenangan pahit bersama Cik Puan di PTS ini, selagi saya masih hidup dan saya akan khabarkan kisah sedih saya ini kepada anak cucu saya. Sekian, terima kasih.

PST: Jangan contohi tulisan di atas ini. Ha. Ha.
——-

naim_adnin  on  04/16  at  12:41 AM

Adakah itu dinamakan gurauan atau apa?

pengkritik blog  on  04/17  at  03:04 PM

Anonymous naim_adnin (itu diana naimkah?), itu dinamakan sempadan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: