Tuesday, December 04, 2007

Strategi dan Teknik Aplikasi Teori Psikolinguistik bagi Meningkatkan Kualiti Bahasa

Adakah saudara berasa saudara kurang pandai menghasilkan ayat-ayat yang bagus-bagus?

Perasaan itu menyebabkan saudara tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi bagi memulakan langkah menulis karya saudara.

Bagaimanakah cara yang efektif bagi meningkatkan kemampuan seseorang itu menghasilkan ayat-ayat yang betul tatabahasanya dan elok serta kemas gaya bahasanya?

Nasihat yang kerap kita terima daripada guru bahasa kita dulu di sekolah adalah "Banyakkan membaca karya yang bagus-bagus."

Nasihat guru kita itu memang betul. Dengan banyak membaca karya yang bagus-bagus, kita dapat meningkatkan mutu penguasaan bahasa kita.

Proses membaca adalah proses merakamkan data bahasa ke dalam memori kita. Penulis yang mahir adalah penulis yang banyak membaca karya bagus-bagus. Jika saudara banyak membaca buku yang bahasanya tidak bagus, hasilnya nanti, apabila saudara menulis, bahasa saudara pun tidak bagus.

Itulah sebabnya penulis yang banyak membaca novel-novel cinta picisan, apabila mereka menulis, mereka juga menulis menggunakan bahasa novel-novel cinta picisan yang banyak dibacanya.

Justeru, bacalah buku yang bahasanya bagus-bagus. 

Ada satu lagi strategi dan teknik bagi meningkatkan penguasaan bahasa. Yang ini lebih berkesan!

Pilih sebuah buku yang kualiti bahasanya amat bagus. Salin ayat-ayat daripada seluruh buku itu dengan menggunakan tulisan tangan. Ya, mulakan proses menyalin itu hari ini, dan lihat nanti kesannya.

Teknik menyalin seluruh buku dengan tulisan tangan adalah berdasarkan sains psikolinguistik. Salah satu teori linguistik mengatakan bahawa seseorang itu hanya dapat menghasilkan ayat-ayat yang terkumpul dalam memorinya.

Maksudnya, jika sesuatu ayat itu tidak pernah kita dengar ataupun kita baca, maka ayat itu tidak akan terakam dalam memori kita, oleh itu ayat itu takkan dapat kita ucapkan ataupun kita tuliskan.

Apabila kita menyalin sesebuah buku, kita sekaligus membaca dan menyalin. Itu sebab proses ini lebih efektif daripada setakat membaca sahaja. 

Proses menyalin seluruh buku adalah proses merakamkan dan memahatkan ayat-ayat dalam buku itu ke dalam memori kita, supaya ayat-ayat itu dapat kita ucapkan ataupun tuliskan. Kita bukan hanya menyalin ayat-ayat, kita juga menyalin sistem ejaan dan tanda bacaan yang betul.

Nota: Maka tidak hairanlah apabila kanak-kanak yang banyak membaca buku-buku PTS ONE, dilaporkan oleh guru dan ibu mereka, bahawa markah karangan Bahasa Melayu mereka meningkat!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bahasa
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ciri Penterjemah Selebriti Previous entry: Novel PTS Bernilai Motivasi-Inspirasi
A.M Jarni  on  12/04  at  08:42 AM

Salam,
Terima kasih untuk tip-tip ini. Saya sangat perlu nasihat sebegini.

Riduan Khairi  on  12/04  at  12:33 PM

Salam,

Puan. Kes saya pula begini. Semakin saya membaca tulisan-tulisan sasterawan yang bagus, semakin saya takut untuk menulis. Saya takut ketika membandingkan tulisan saya dengan tulisan orang lain yang saya baca.

Bagaimana saya boleh mengatasi situasi ini?

 on  12/04  at  12:46 PM

Tuan Riduan,

Perasaan takut itu adalah “ciptaan” kita sendiri.

Beginilah cara menghilangkan perasaan takut itu. Tulis sahaja buku saudara, emelkan kepada saya sedikit demi sedikit, biar saya yang menilainya.

Apabila saya kata “Baiki!” maka saudara baiki.

Apabila saya kata “Sudah cukup baik!” Maka percayalah cakap mentor saudara.

Jangan lawan cakap mentor. Cepat emelkan kepada saya mana-mana sudah ditulis. (Saya marah nih!)

Riduan Khairi  on  12/04  at  01:14 PM

Baik Sifu.

Sifu marah nanti ilmu tidak berkat.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: