Friday, February 29, 2008

Surah Yusuf dan Teknik Menulis Novel Autobiografi: ‘aku’ dan ‘dia’

Bagi saudara yang berminat menulis novel autobiografi ataupun yang kita sebut dengan istilah jibunsyi, gunakan kata gantinama orang ketiga, yakni 'dia', bukan kata gantinama orang pertama, yakni 'aku'.

Ini adalah berdasarkan teknik penceritaan surah Yusuf di mana Allah menggunakan 'dia'. Dalam surah itu Nabi Yusuf tidak menuliskan cerita dirinya sendiri. Sebaliknya Tuhan yang menceritakan kisah watak yang bernama Yusuf.

Jadi, meskipun cerita itu adalah kisah benar perjalanan hidup saudara sendiri, saudara menulisnya dengan menggunakan teknik seolah-olah kisah itu adalah kisah orang lain.

Justeru, jangan menulis "Aku dilahirkan di Kuala Kangsar." tetapi tulis, "Dia dilahirkan di Kuala Kangsar." 

Teknik penceritaan orang ketiga mempunyai banyak kelebihan:

(i) Ia membolehkan saudara bersikap lebih objektif sewaktu menggambarkan watak saudara sendiri. 

(ii) Ia tidak menimbulkan kesan saudara hanya memuji-muji diri saudara sendiri.

(iii) Ia membolehkan saudara menokok-tambah di sana sini bagi menyedapkan lagi cerita.

Bacaan lanjut tentang teknik surah Yusuf klik di sini. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Agama untuk Remaja Lelaki Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Dasar Bahasa Pengantar Nabi Muhammad
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/01  at  12:07 PM

Assalamualaikum wrb Puan Sifu,
Terima kasih kerana menyediakan ‘platfom’untuk belajar menulis dan menghayati alam penulisan online. Banyak ilmu/tip yang boleh dipelajari di sini (juga link-link yang berkaitan). Maaf puan, saya tidak dapat masuk ke link Teknik surah Yusuf yang puan sarankan. Adakah ini masalah teknikal? TK.

Amiene Rev  on  03/01  at  04:06 PM

Salam,

Kak Sharifah, alamat untuk ke blog tersebut adalah seperti berikut:

sasteraislami.blogspot.com

Harap informasi ini membantu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/03  at  02:51 AM

Terima kasih saudara/i Amiene Rev. Saya sudah boleh memasuki link tersebut. Salam hormat.

wefdsfdsf  on  03/08  at  06:40 AM

kak mcam mane nak dpat KGT A??

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.