Teknik Menulis Travelogue
“Ya, memang itu lori sampah,” jawab pemandu pacuan 4 roda kami.
“Mengapa pekerja itu makan dari bakul sampah?”
“Memang dia mengutip makanan dari tong sampah,” kata pemandu kami itu. Dia orang tempatan.
Rakan-rakan yang sudah beberapa lama bertugas di Khartoum terpegun melihat gelagat pekerja pemungut sampah mengambil sisa makanan dari dalam tong sampah dan menyuapkannya ke mulutnya. Saya pun terkejut malah kami semua terperanjat melihat peristiwa itu.
Bukan seorang sahaja yang makan dari bakul sampah, tetapi semua pekerja kutip sampah yang bersama lori sampah itu mengutip makanan dari tong sampah.
Pemandu kami terpaksa memberhentikan kenderaan di belakang lori sampah yang mengutip sampah dari belakang bangunan Restoran Amwaaj, sebuah restoran mewah di tengah bandar Khartoum.
“Amwaaj itu restoran mewah, makanan yang dibuang pun berserta pembalut plastik, jadi elok lagi. Sebab itu pekerja itu memakannya,” kata teman Sudan kami.
Restoran Amwaaj terkenal dengan hidangan enak dan istimewa. Antaranya ialah daging kambing (karoof) bakar, ayam panggang, nasi beriani, daun salad Sudan, dan sup cendawan yang lazat.
Amwaaj sangat terkenal di kalangan para pegawai korporat di sekitar Khartoum, begitu juga pekerja pejabat NGO serta agensi-agensi bantuan PBB. Mereka selalu mengunjungi Amwaaj apabila meraikan pelanggan kerana makanan yang disediakan di situ lazat dan bertaraf hotel lima bintang.
Nota: Catatan travelogue di atas adalah karya Tuan Alang Bidara. Beliau mengaplikasikan teknik penceritaan dalam Surah Yusuf bagi menuliskan catatannya.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kita siarkan catatan travelogue ini supaya menjadi model kepada saudara yang berminat menulis buku travelogue saudara.
Sdr Abdullah Jones….
——-
Post a comment