Teknik Penulisan Kreatif
Bagi peserta yang mengikuti bengkel penulisan kreatif PTS pada 23 Oktober lalu, sesudah saya membaca contoh-contoh kad yang dihantar, ada 2 perkara yang saya perhatikan:
1. Kebanyakan peserta sudah pandai menggunakan dialog sebagai alat menyampaikan cerita. Pada waktu yang sama, berlaku terlalu banyak dialog sehingga dialog yang tidak penting bagi perkembangan cerita pun dimasukkan juga. Apabila ini berlaku, cerita bergerak perlahan dan proses membaca jadi membosankan.
2. Terlalu banyak dialog sehingga lupa untuk menerangkan tingkah laku watak sewaktu mengucapkan dialog. Ini menyebabkan cerita hampir-hampir menjadi skrip drama! Penerangan tingkah laku yang mengiringi dialog adalah amat penting disebabkan tingkah laku itu menjadi bukti kepada emosi yang dialami oleh watak sewaktu dia bercakap.
Ingatlah bahawa 24% teks dalam surah Yusuf adalah ayat-ayat penerangan.
Tidak cukup hanya dengan menulis apa yang dikatakan oleh watak. Terangkan apa yang dilakukan oleh watak itu sewaktu dia berkata-kata, baru watak menjadi hidup, seolah-olah pembaca dapat melihat watak itu di depan matanya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam ziarah
Puan Ainon Mohd.
Saya komen sikit tentang Teknik Penulisan Kreatif yang terlalu banyak menggunakan dialog itu;
Apabila peserta terlalu banyak menggunakan dialog, membuktikan mereka tidak mendalami `tema cerita dan watak-watak dalam karya mereka. Dengan sendri, perjuangan yang cuba mereka terapkan ke dalam karya itu, lenyap begitu sahaja. Itulah masalahnya, saya rasa.
Barangkali, kalau dibenarkan watak-watak itu `hidup’ dalam cerita di dalam otak atau daya imaginasi mereka dulu, sehingga mereka boleh melihat akan kelogikannya, mungkin karya mereka akan menjadi menyakinkan…
Itu hanya saya punya seposen k ...
Assalamualikum Puan Ainon,
sekadar ingin bertanya….
Dalam penulisan kreatif, berapa peratuskah dialog perlu ada dalam sesebuah penulisan itu? Adakah mustahil untuk menghasilkan sebuah karya dan menyampaikan cerita tanpa menggunakan dialog?
hai kak…
Sebagai penulis yang baru mahu berjinak-jinak dalam dunia penulisan,apakah tips yang dapat kakak dapat berikan?
Post a comment