Monday, February 08, 2010

Teknik Surah Yusuf: Jumlah Kejahatan yang Dilakukan oleh Watak-watak Jahat

Tema utama cerita-cerita yang terdapat dalam Quran adalah "baik lawan buruk", oleh itu kehadiran watak-watak jahat adalah unsur penting dalam sesebuah cerita.

Salah satu persoalan yang memerlukan jawapan adalah: Bagi menghasilkan cerita-cerita yang syariah-compliant dan indah, berapa kalikah watak-watak jahat perlu melakukan perbuatan jahat.

Perlukah watak-watak jahat melakukan banyak macam kejahatan dan melakukannya banyak kali? Sebagai contoh, seseorang watak jahat itu pernah terlibat dengan rasuah, dia juga pernah meminum arak dan mabuk-mabuk, dia juga pernah berzina, pernah bergi berjumpa bomoh sihir, pernah memukul isterinya, juga dia juga pernah bertengkar dan mengkasari anak-anaknya.

Dalam teori dan teknik surah Yusuf, watak-watak jahat melakukan hanya SATU kali kasalahan utama sahaja.

Dalam kisah Nabi Yusuf, Siti Zulaikha hanya melakukan satu kesalahan sahaja, yakni beliau cuba menggoda Nabi Yusuf disebabkan beliau sangat tertarik kepada keelokan rupa paras Nabi Yusuf. Abang-abang Nabi Yusuf melakukan satu kesalahan sahaja, yakni cuba membunuh Nabi Yusuf akibat terlalu cemburu akibat ayah mereka memberikan lebih kasih sayang kepada adik mereka itu.

Akibat kesalahan yang satu itu, bagi menutup kesalahan tersebut, mereka melakukan kesalahan lain. Dalam kes Siti Zulaikha, bagi menutup kejahatan yang telah dilakukannya wanita itu memfitnah Nabi Yusuf di hadapan suaminya, dengan mengatakan Nabi Yusuf telah cuba mencemarkan kesuciannya. Dalam kes abang-abang Nabi Yusuf, mereka berdusta kepada ayah mereka, Nabi Yaakub, dengan mengatakan Nabi Yusuf telah mati dimakan serigala.

Prinsip satu-dosa-sahaja ini juga berlaku dalam kisah Nabi Adam, di mana beliau hanya sekali melakukan kesalahan, yakni memetikkan buah khuldi untuk isterinya, Hawa. Dalam kisah Nabi Nuh pun berlaku prinsip satu-dosa-sahaja, di mana anak dan isteri Nabi Nuh tidak mendengar ajakan beliau supaya ikut naik ke atas kapal.

Nota: Lazimnya, dalam novel-novel yang tidak ditulis menggunakan teknik Surah Yusuf, watak-watak jahat melakukan banyak dan bermacam-macam kejahatan dan dosa-dosa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Teori Surah Yusuf: Tiada Unsur Manual Bagaimana Cara Melakukan Sesuatu Kejahatan Previous entry: Teori Surah Yusuf: Sejahat Manakah Kejahatan Watak-watak Jahat
rohidzir rais  on  02/08  at  05:24 PM

Ramai kalangan perasuah sebenar seorang bapa dan suami yang baik, mengerjakan solat dan haji. Tetapi mereka memberi dan menerima rasuah.

Harimau yang ganas pun masih kasih kepada anak-anaknya. smile

 on  02/08  at  11:33 PM

Puan Ainon, sebagai tambahan kisah Nabi Adam, Iblis pula setelah melakukan satu kesalahan, berikrar di depan Tuhan yang Maha Pengampun akan menghabis seluruh hidupnya melakukan kesalahan. Dia memohon dipanjangkan umurnya, agar dapat menghasut seluruh manusia melakukan kesalahan.

 on  02/09  at  12:01 AM

Mujur dia adalah syaitan, bukan manusia.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: