Monday, December 26, 2011

Teknik Surah Yusuf Menghasilkan Karya Picisan

Kritikan lebih keras terhadap buku ini dapat dibaca di sini:

http://pbaru.blogspot.com/2011/12/comic-relief-dalam-teknik-surah-yusuf.html

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu Previous entry: Persediaan dari Buku Cetak ke Ebook
ahmadyani  on  12/26  at  12:19 PM

Kalau kritikan ini datang dari tuan punya pbaru.blogspot, elok jangan ambil perhatian sangat. Kerana setahu saya dia memang suka mengkritik sejak lama dulu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/26  at  03:09 PM

Salam,

Teknik Surah Yusuf adalah salah satu teknik menghasilkan novel, ia bukan penyebab sesuatu karya itu dilabel sebagai ‘picisan’ ataupun sebaliknya.

Dasar penerbit buku itu yang menentukan sama ada mereka hendak menerbitkan sesebuah karya ataupun tidak.

Karya-karya remaja yang diterbitkan PTS bukan ‘picisan’ kerana ia mengandungi unsur-unsur moral yang baik dan ia menggunakan bahasa Melayu tinggi. Hal ini menimbulkan minat membaca dalam diri anak-anak yang pada suatu masa dahulu bosan dengan penampilan buku-buku DBP yang gambarnya kusam dan isinya kurang menarik.

Pengkritik Teknik Surah Yusuf harus menyedari bahawa perkara yang paling penting dan utama ialah sebagai sasterawan ataupun karyawan, ‘karya’ mereka harus sampai kepada masyarakat umum. Karya itu seharusnya memberi manfaat semaksima mungkin, oleh demikian,teknik penghasilan sesuatu karya bukan isu utama. Sumbangan karya kepada pembangunan jiwa dan moral masyarakat lebih penting.

Teknik Surah Yusuf sangat mudah difahami dan dipraktikkan oleh sesiapa sahaja yang berminat hendak berkarya. Picisan ataupun tidak sesuatu karya itu bukan kerana tekniknya tetapi kerana idea pencerita itu.

Puan Ainon mendapat ilham mengajarkan teknik ini demi perjuangan ‘memandaikan bangsa’, sejak PTS bertapak buku-buku Melayu memperoleh penghormatan yang tinggi daripada kedai-kedai buku antarabangsa, yang pada suatu masa dahulu berpendapat menjual buku-buku Melayu sebagai sesuatu yang membebankan.

Kini, buku-buku Melayulah yang melonjakkan jualan di kedai-kedai mereka. Terbukti PTS berjaya mengembalikan maruah bahasa Melayu dan buku-buku Melayu.Rupa-rupanya buku-buku Melayu setanding buku-buku terbitan luar negara seperti Harper Collins dan Penguin.Kebangkitan ini juga memberi manfaat kepada penerbit-penerbit buku Melayu yang lain.

PTS juga menyedari bukan hanya sasterawan yang mampu berkarya tetapi juga orang biasa. Malah PTS berjaya mencungkil bakat penulis dari kalangan profesional seperti para doktor, jurutera, peguam, akauntan dan pegawai kerajaan.Teknik Surah Yusuf mendedahkan teknik berkarya yang mudah, anggun dan bersempadan.

Saya ingin bertanya apakah sumbangan pengkritik Teknik Surah Yusuf kepada negara, sejauh manakah jasa kaum persuratan baru memartabatkan bahasa Melayu?

Jangan hanya pandai mengkritik…tetapi lakukan sesuatu supaya industri buku Melayu di Malaysia bertambah meriah lagi! Kami menanti karya anda di pasaran?

Sekian
Nor

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/26  at  10:46 PM

Semua idea atau teori yang baik perlu menempuh kritikan demi kritikan. Kedua-dua Teknik Surah Yusuf dan Persuratan Baru tidak terkecuali.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: