Monday, December 20, 2010

Teknik Surah Yusuf: Senarai Semakan

Di bawah adalah ciri-ciri karya yang indah sebagaimana yang disedut daripada Surah Yusuf:

1. Kisah benar dalam sebuah keluarga (Ya) (Tidak)

2. Watak utamanya lelaki (Ya) (Tidak)

3. Watak pembantu utamanya perempuan (Ya) (Tidak)

4. Tempoh ceritanya panjang, sejak watak utama 8 tahun, selama sekurang-kurangnya 20 tahun (Ya) (Tidak)

5. Jumlah wataknya banyak, sekurang-kurangnya 20 orang (Ya) (Tidak)

6. Watak-watak jahat lebih banyak daripada watak-watak baik (Ya) (Tidak)

7. Tidak ada watak jahat yang dihukum, sebaliknya semua watak jahat insaf sendiri (Ya) (Tidak)

8. Terdapat watak-watak daripada pelbagai latar belakang, usia, bangsa dan status dalam masyarakat (Ya) (Tidak)

9. Watak utama ditimpa malang sekurang-kurangnya 5 kali (Ya) (Tidak)

10. Watak utama berkonflik dengan sekurang-kurang 5 pihak lain (Ya) (Tidak)

11. Pada akhir cerita watak utamanya berjaya (Ya) (Tidak)

12. Plot disampaikan secara kronologi (Ya) (Tidak)

13. Bahasa yang digunakan dalam naratif dan dialog adalah Bahasa Tinggi dan bernilai sastera (Ya) (Tidak)

14. Tidak ada bahasa campur-aduk dengan bahasa asing (Ya) (Tidak)

15. Tidak ada bahasa manja, bahasa bayi dan bahasa mesra (Ya) (Tidak)

16. Tidak ada babak percampuran lelaki-perempuan bukan muhrim yang tidak dibenarkan oleh agama seperti majlis tari menari, disko dan seumpamanya (Ya) (Tidak)

17. Tidak ada babak lelaki perempuan berdua-duaan ataupun babak berasmara (Ya) (Tidak)

18. Tidak ada dialog yang menggunakan bahasa kesat (Ya) (Tidak)

19. Tidak ada gambaran tubuh badan lelaki tampan dan perempuan jelita (Ya) (Tidak)

20. Tidak ada deskripsi pakaian lelaki tampan dan perempuan jelita (Ya) (Tidak)

21. Babak-babak mungkar diceritakan dalam dialog, bukan dalam naratif (Ya) (Tidak)

22. Pengarang tidak masuk ke dalam otak dan hati watak-watak (Ya) (Tidak)

23. Kata sifat tidak digunakan dalam naratif, sebaliknya digunakan dalam dialog (Ya) (Tidak)

24. Tidak ada gambaran alam semulajadi (Ya) (Tidak)

25. Tidak ada ukuran-ukuran spesifik (Ya) (Tidak)

26. Tidak ada simbol-simbol kekayaan (Ya) (Tidak)

27. Tidak ada deskripsi detail ruang dalam bangunan (Ya) (Tidak)

28. 30% pekata di depan kata (Ya) (Tidak)

29. 50% dialog terdiri daripada 1 ayat dalam 1 dialog (Ya) (Tidak)

30. Paling kurang 60 episod (Ya) (Tidak)

31. Satu kad satu episod (Ya) (Tidak)

32. Ditulis secara non-linear ikut KJ Method (Ya) (Tidak)

33. DIALOG. ACTION. SETTING (Ya) (Tidak)

Nota: Makin banyak (Ya), semakin indah novel tuan. . .

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Unsur Enchantment Wajib Ada di Dalam Buku Kanak-Kanak Prasekolah Previous entry: Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Sehingga 27 Disember 2010
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/13  at  01:10 AM

terima kasih bagi ilmu yang berguna.
——-

Faizul bin kamaruddin  on  11/14  at  08:36 AM

Plot disampaikan secara kronologi. Bagaimana pula jika plot disampaikan secara kreatif di mana kadangkala plot akhir berada di permulaan cerita. tidak bolehkah? Saya rasa ia akan menambahkan lagi cabaran dalam pembacaan para pembaca.

Puan Ainon Mohd.  on  11/14  at  08:52 AM

Sdr Faizul,

Mengapa hari Ahad tidak datang kursus?! Itu sebab sdr tidak faham mengapa plot mesti ikut kronologi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/21  at  09:40 AM

Salam puan,

Saya suka membaca. Secara personal, saya suka membaca novel yang membolehkan saya merasai, menjiwai dan ‘melihat’ apa sahaja perkara yang diceritakan. Walaupun saya tidak pernah sampai ke muzium The Lourve, Paris, tetapi apabila membaca novel Da Vinci’s code oleh Dan Brown, saya terasa seolah-olah saya telah menjejakkan kaki ke sana!

Sebuah novel boleh membawa pembacanya melawat tempat-tempat di mana peristiwa yang diceritakan berlaku, mengenali watak-watak yang dipersembahkan, dan mempelajari perkara-perkara yang tidak diketahui sebelumnya. Bagi saya, itulah kekuatan sesebuah novel, berbanding bentuk karya yang lain seperti filem. Di dalam filem, adakalanya perasaan dan pemikiran watak-watak gagal diterjemahkan dengan baik. Ini membuatkan saya, selaku penonton, tertanya-tanya, “Kenapa watak A bertindak sedemikian?” Tetapi di dalam novel, penulis berpeluang untuk menggambarkan perasaan dan justifikasi tindakan watak-watak. Unsur ini menjadikan saya faham dan dapat bersimpati dengan watak-watak. Malah, dapat juga membuatkan saya ‘jatuh cinta’ dengan sikap dan pendirian watak-watak yang disampaikan.

Kekuatan filem adalah dari segi visualnya. Penonton tidak perlu membayangkan suasana dan aksi ketika satu-satu peristiwa itu berlaku. Sebaliknya, di dalam novel, gambaran suasana dan environment kadangkala tidak jelas dan memerlukan pembaca meneka-neka bagaimanakah keadaannya ketika sesuatu peristiwa itu berlaku. Saya dapati kekurangan ini menjadikan novel kurang menarik kerana saya tidak dapat ‘masuk’ ke dalam ruang waktu dan environmen yang dipersembahkan. Saya tidak dapat ‘menikmati’ suasana yang diceritakan. Ini adalah mungkin kerana saya adalah seorang yang berfikir secara visual.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.