Sunday, December 31, 2006

Teknologi POD untuk Pengarang Self-published

Apabila saudara mahu menerbitkan sendiri buku saudara disebabkan memang tidak ada penerbit yang mahu menerbitkannya, apakah yang sebaiknya saudara lakukan?

Pada masa ini teknologi POD (publishing-on-demand) sudah ada, oleh itu gunakan teknologi POD bagi buku yang amat terhad pasarannya, seperti buku puisi ataupun buku kreatif eksperimental.

Contoh buku POD adalah karya Sdr. Si Naga-Naga. Puan Nisah Haron juga menerbitkan buku puisinya menggunakan teknologi POD.

Dengan teknologi POD saudara dapat mencetak minimum 1 unit sahaja, ataupun 10 ataupun 20 unit. Wajah buku POD hampir 100% seperti buku konvensional. Hanya mata pakar buku yang dapat membezakan buku POD daripada buku konvensional.

Buat layout buku saudara, lengkap dengan cover bukunya. Pergi ke kedai cawangan DOCUPLAN ataupun mana-mana kedai fotokopi profesional yang ada dan mereka akan cetak buku saudara itu.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Penulis Self-published
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: DBP Anjurkan Peraduan Mengarang Cerita Kanak-kanak dan Remaja Previous entry: Panggilan Travelogue
Nisah Haron  on  01/01  at  02:04 AM

Salam Puan Ainon,

Sedikit pembetulan : Ujana Ilmu menerbitkan kumpulan cerpen saya, bukannya kumpulan puisi. Namun demikian, self-publishing walaupun nampak mudah bagi mereka yang boleh menanggung kosnya, ia tetap sukar untuk dijual, terutama sekali kepada penulis baru yang masih belum mempunyai nama.

Kalau mahu lihat buku saya - Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus, boleh beli di http://www.ujanailmu.com.my/pd_cinta.cfm

POD lebih sesuai untuk edisi terhad dan penulis itu sudah mempunyai kumpulan peminat / pengikut dalam jumlah yang munasabah. Dengan yang demikian, buku itu lebih mudah terjual. Kalau mahu terbit dalam kuantiti yang banyak dan pembelinya pun sudah ada, lebih baik usah guna POD.

POD juga sesuai untuk penerbitan untuk tujuan dokumentasi.

Pun, carilah editor yang mempunyai mata cekap untuk membantu penulis yang mahu terbit dengan POD ini. Saya percaya bahawa seorang penulis itu tetap penulis. Dia tidak mungkin menjadi editor, ataupun sales person dalam masa yang sama.

Terima kasih.
http://www.annyss.blogspot.com
——-

Puan Ainon Mohd.  on  01/01  at  05:55 AM

Puan Nisah,

Maaf atas maklumat yang tidak tepat berkenaan buku POD puan.

Seperti kata puan, penulis biar kekal menulis. Kerja mengedit itu memerlukan kamahiran yang berbeza. Apatah lagi kerja menjual buku, amat berbeza kemahirannya.

Kalau penulis mahu mengedit karya sendiri macam pengantin bersolek sendiri. Kalau terbit tanpa diedit langsung, nanti macam anak dara naik pelamin dengan tidak didandan oleh pengandam pula. Kalau sudah diedit tetapi terpaksa penulis sendiri yang menjualnya, itu macam pengantin yang didandan cantik tetapi berkipas sendiri!

Hmm… begitulah kompleksnya proses penerbitan buku secara komersial sekarang. Ia adalah kerja teamwork.

Nisah Haron  on  01/01  at  12:28 PM

Puan Ainon,
Saya suka analogi pengantin mengandam & berkipas sendiri! Hahaha… sangat bertepatan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.