Saturday, May 09, 2009

Telinga Tikus dan T-Shirt

Foto ini disalin dari blog Puan Nisah Haron. Beliau mengambil foto ini sewaktu beliau mengunjungi gerai PTS pada Pesta Buku 2009 yang lalu.

Tiap-tiap tahun, semasa pesta buku, ada-ada sahaja idea gila-gila yang dicipta oleh PTS bagi mempromosi gerai PTS dan bagi menggembirakan hati mereka yang datang membeli buku.

Pengurusan PTS memang menggalakkan Tim-nya supaya suka dan enjoy bermain-main dengan idea-idea yang terkeluar daripada kotak biasa.

Malah di PTS, berfikir cara gila-gila adalah sebahagian daripada budaya kerja hariannya. Ia adalah keperluan asas dalam bisnes penerbitan buku yang sentiasa mencari idea-idea segar bagi menghasilkan buku-buku yang 'mengejutkan', istilahnya di PTS.

Pada Pesta Buku 2009 lalu, Jabatan Marketing PTS membeli telinga-telinga tikus yang berkelip-kelip supaya dipakai oleh mereka yang bertugas di gerai, baik lelaki mahupun perempuan. Sampai-sampai, Chairman PTS pun seronok memakainya.

Banyak kanak-kanak mahu membeli telinga tikus yang dipakai itu!

Banyak penulis PTS mahu membeli T-Shirt yang pakai oleh petugas! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mencari Buku Melayu Previous entry: Komunikasi Nonverbal: Condong Badan dan Tutup Mata
Iskandar  on  05/11  at  08:54 AM

Puan,

Tahun depan saya cadangkan semua staf PTS pakai hidung merah. Galakkan pembeli gembira dan ketawa melihat wajah tim PTS yang melayan mereka. Nak minta saya jadi badut melayan pelanggan PTS pada hari itu pun boleh.

..............
Nota Sifu:
Hehehe! Tuan Iskandar, saya sungguh suka cadangan tuan itu! Saya harap Jabatan Marketing PTS pun suka (sebab mereka yang buat keputusan apa idea gila-gila untuk pesta buku).

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: