Thursday, August 14, 2008

Berapa Kali Bakul Telur Jatuh

Ramai penulis menghantar buku-buku mereka kepada banyak penerbit. Adakah saudara sedang berfikir melakukan yang serupa?  

Kelebihan menghantar karya kepada banyak penerbit adalah kecepatan buku terbit. Jika saudara mempunyai 3 manuskrip, dengan menghantarkan kepada 3 penerbit maka peluang semua manuskrip saudara terbit segera adalah lebih baik.

Satu lagi pilihan adalah sudara pilih satu penerbit yang saudara dapat percayai, dan terbitkan semua karya saudara dengan penerbit itu. Strategi ini adalah lebih baik bagi saudara dan lebih baik bagi penerbit saudara.

Barangkali saudara mempunyai alasan saudara sendiri mengapa saudara menerbitkan buku-buku saudara dengan banyak penerbit. Barangkali saudara hendak mengurus risiko saudara memandangkan ada pepatah yang berbunyi "Jangan simpan semua telur saudara dalam satu bakul, nanti jika bakul saudara itu jatuh, habis pecah semua telur saudara."

Itu cuma pepatah. Cuba kita bertanya, "Berapa kali bakul telur jatuh?"

Soalan yang lebih relevan adalah: "Berapa penulis yang bakul telurnya penuh?" (Maksudnya, berapa penulis akaun banknya menerima royalti lebih RM30 setahun daripada jualan buku-bukunya.)

Rekod pembayaran royalti PTS bagi jualan tahun 2007 menunjukkan 35 orang penulis top PTS berkongsi RM500 ribu. Melainkan YM Dr. Tengku Asmadi yang mempunyai 1 judul, yang lain semuanya mempunyai banyak judul. 

PTS mencari penulis-penulis yang berminat menulis dan menerbitkan semua karyanya dengan PTS sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Keliru Ejaan Mana yang Betul Previous entry: Belum Terbit 5 Ribu Sudah Habis Ditempah Agen

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.